Semenjak dirinya dikurung di rumah ini, keadaannya sudah tidak stabil lagi. Fikirannya tidak menentu, emosi bercampur baur. Yang pastinya, dendam itu ada.
Dia sudah tidak terlihat seperti normal lagi, matanya sembab, pipinya cengkung, kesan lebam ada dimana-mana saja. Sera cuba untuk membuka ikatan tali yang sudah seminggu terlilit di badannya.
Jangan risau, dia masih dibenarkan untuk mandi dan ke tandas oleh Mark tetapi wajib di bawah pengawasan lelaki itu. Tambahan pula rumah itu agak kecil dan tertutup. Cuma ada dua tingkap berjeriji dan satu pintu keluar. Benar-benar seperti penjara. Sukar untuk Sera melepaskan diri.
Mark tiada di rumah pada masa itu. Berpuluh kali lelaki itu berpesan supaya jangan buat hal. Nahas dirinya jika berbuat demikian. Namun, Sera sudah lelah.
Sebanyak mana pun Mark cuba merawatnya, membelainya, memberi segala keperluan untuknya, tetapi sikap cemburu buta dan panas baran membuatkan perasaannya sudah mati untuk Mark.
Dia tahu Mark betul-betul mencintainya tapi ini bukan cara yang benar. Sangat salah. Bahkan dia merasa jijik dengan kewujudan lelaki itu.
Disebabkan dia sudah arif dengan cara ikatan Mark, Sera berjaya membuka ikatan tersebut setelah sepuluh minit bergelut.
Lengan yang terasa kebas diregangkan sebaik mungkin. Dia mula merancang untuk mencari telefon bimbitnya memandangkan peluangnya untuk keluar dari 'penjara' ini sangat tipis.
Satu persatu anak tangga rumah itu dinaiki olehnya bersama beberapa anak kunci yang dijumpainya di dalam kabinet ruang tamu. Seminggu memerhatikan gerak geri Mark memudahkannya untuk mengetahui di mana barang-barang penting di rumah itu.
Sera berdiri di hadapan bilik tidur Mark. Dia sangat yakin telefonnya terletak di dalam sana. Segera dia mencuba segala anak kunci di dalam genggamannya.
Kesemuanya sudah dicuba tetapi tiada satu pun yang dapat membuka pintu tersebut. Dicubanya sekali lagi bagi memastikan dia tidak salah memilih kunci.
"Salah kunci tu sayang, kuncinya dekat sini." Bisikan Mark yang perlahan di telinganya membuatkan Sera tercampak kunci tersebut ke lantai. Dia terduduk apabila melihat Mark sedang tersenyum memandangnya. Hancur segala rancangannya. Musnah.
Mark mula mendekatinya hingga wajah lelaki itu betul-betul di hadapan wajahnya. Tangan ligat menyelitkan rambut Sera ke belakang telinga.
"Siapa suruh you naik sampai sini?" Lembut sahaja Mark bertanya tetapi sangat menikam untuk Sera.
Dikesatnya air mata yang mengalir di tubir mata gadis itu dengan ibu jarinya. Mark mencium dahi Sera. Cukup lama.
"I sebenarnya plan nak bagi you hadiah special harini tapi you buat hal, so i tak boleh nak buat apa.."
Rambut Sera direntap kasar dan diheret turun ke bawah.
❥・•
Jaemin memasang muka terpaling pasrah melihat kedua rakan baiknya tidak henti-henti ketawa semenjak mereka melihat pakaian dan motor yang dibawanya hari ini.
YOU ARE READING
CHANCE || 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠
Teen Fiction⸻ Tidak semua yang kita inginkan akan menjadi kenyataan. Harapan yang disimpan tidak semestinya boleh digapai. Tidak semua juga mampu mendapat peluang yang dimahukan. ※ This story is dedicated for all who're hoping for something uncertain. 2023 ||...