five

13 3 4
                                    

Latihan berjalan seperti biasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Latihan berjalan seperti biasa. Jisung semakin mahir dan handal dalam sukan ini. Dia berasa gembira dengan perubahan dirinya.

Dine juga berasa bangga terhadap Jisung kerana hanya dalam masa seminggu, lelaki ini sudah mahir dengan semua kemahiran yang diajarnya. Tidak hairan kenapa Coach Harith memilihnya untuk mengisi kekosongan posisi attacker. Jisung seorang yang sangat cekap dan cepat belajar.

Dine sedang cuba menambah skill baru pada dirinya. Dia ingin menambah kelajuan pukulannya dan ketepatan shot cornernya.

'Pap!'

'Pap!

'Pap!'

Satu-persatu bola hoki masuk ke dalam gaung tanpa henti. Semakin lama semakin laju bola dipukul oleh Dine.

"DINE! HATI-HATI!"

Sedang asyik gadis itu memukul bola, dia menoleh ke arah suara yang tiba-tiba menjerit namanya. Satu bola hoki terbang ke arahnya dengan laju. Belum sempat dia ingin mengelak, bola tersebut sudah mendarat ke arah buku lalinya dengan kuat.

"Aduh!" Dine mengerang kesakitan. Dia terus terduduk di situ dan memegang kaki sebelah kanannya.

Jisung yang merupakan orang paling hampir dengan Dine segera menghampiri untuk melihat keadaan gadis itu.

"Kau okay tak ni, Dine?" Dia mencangkung di hadapan Dine yang masih terduduk sambil membelek kakinya.

Kelihatan lebam yang agak serius di buku lalinya berwarna ungu kebiruan. Bola hoki yang sangat keras itu sememangnya sangat berbahaya jika tersalah pukul.

"Okay je ni, biasalah lebam sikit-sikit. Takyah lah risau." Dine menutup kembali kakinya. Dah bertahun dia berjinak-jinak dengan sukan ini. Terhentak dengan bola hoki itu sudah jadi makanan dia.

"Dine! Sorry sangat-sangat weh, aku betul-betul tak sengaja! Weh macam mana ni...." Bob menghampiri Dine dengan rasa bersalah. Dia sepatutnya lihat terlebih dahulu sekeliling sebelum membuat pukulan. Cuai lah kau ni Bob!

"Takpe, biasa lah tu tersalah pukul kan.. No worries lah Bob, pergilah sambung training." Dine tersenyum nipis ke arah Bob.

"Omaigod bestie! Are you okay?" Ellya sedikit terlambat menyedari situasi yang berlaku tetapi tidak mengapa. Better late than never!

"Aku okay jelah! Risau sangat korang ni alahai.." Dine masih tidak berganjak dari duduknya. Sebenarnya dia sendiri tidak yakin untuk bangun kerana lebam yang dilihatnya tadi agak teruk.

Hanya Jisung yang sempat melihat lebam tersebut. Lelaki itu hanya memandang Dine tanpa reaksi. Dia tahu lebam itu bukan lebam biasa.

"Cuba bangun." Jisung ingin memastikan keadaan Dine betul-betul okay.

Dine terdiam seketika sementara yang lain sedang menunggunya untuk bangun. Mahu tak risau, main attacker kot! Kalau injured teruk ni, tiada siapa dah boleh ganti posisi si Dine ni.

CHANCE ||  𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠 Where stories live. Discover now