two

15 4 6
                                    

"Boleh ke bawak tu? Meh aku tolong

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Boleh ke bawak tu? Meh aku tolong." Dine mengambil satu kotak berisi 20 botol air 100 plus di pegangan rakan baiknya, Ellya.

"Thank god Dine kau ada, tangan aku nak putus dah tadi." Ellya menghela nafas lega setelah beban di tangannya berkurangan.

"Mana yang lain?" Mata Dine melilau ke arah turf hoki yang luas di hadapannya. Lama betul rasanya dia tidak menjejakkan kaki di kawasan ini. Kali terakhir Dine meluangkan masa di sini lebih kurang setahun yang lalu. Banyak kenangannya di sini bersama player-player hoki yang lain.

"Ambil stick kot." Dua kotak yang dibawa oleh mereka disusun di penjuru turf. Sesekali Ellya mengelap peluh yang berkeringat di dahi dan lehernya.

"Serious aku cakap, aku dah lama gila tak training. Segala macam lemak semua dah muncul. Tahu-tahu kena heret dengan Coach Harith harini."

Dine hanya mencebik mulutnya sambil melabuhkan duduk di atas bangku yang berdekatan dengan mereka.

"Eleh naik lemak konon, sekali coach suruh pump, laju je masuk goal."

"Hai Dine, Ellya !" Muncul beberapa pelajar mendekati mereka sambil membawa beberapa stick hoki di tangan. Mereka berdua melambai-lambai ke arah pelajar tersebut. Setahun lebih dah tak berkumpul, rindu ler memasing.

"Yow, lama tak jumpa geng !" Bob selaku main keeper menyapa mereka semua.

"Mau tak lama, last game kita tahun lepas kot." Ellya merungut sendiri.

"Agak ah, takpe tahun ni kita bantai je semua. Juara milik kita !" Bob menjulang stick ke udara dengan semangat diikuti yang lain.

"Hm, sembang je juara. Bila game semua main macam kera." Coach Harith mencelah sebaik sahaja tiba bersama beberapa padding dan bib di tangan.

"Ala coach, tahun lepas kalah sebab referee tu yang berat sebelah." Bob mengeluh sementara yang lain mengangguk setuju.

"Betul! Kalau kita jumpa lagi referee tu memang aku baling stick ni kat muka dia." Dine membalas. Siapa je tak geram? Orang dah penat-penat main ikut peraturan semua, ikut suka hati dia je bagi team lain menang. Mintak masuk kubur betul.

"Dah, tak payah nak mengungkit benda dah lepas. Tahun ni coach nak semua fight balik, faham?"

"Faham, coach!"

"Ok, jog 15 round harini. Go!"

Mereka mula beratur dan jogging di sekeliling turf sebanyak 15 pusingan. Masing-masing dengan semangat jogging ramai-ramai. Rindu woi nak training. Tapi lain pula jadinya lepas 20 minit mereka berjogging tanpa henti.

Coach Harith hanya menggeleng melihat kesemua pemainnya terdampar di tengah-tengah turf hoki yang sedikit lembab itu. Macam ni nak jadi juara? Sembang dengan unta pun belum tentu unta nak layan.

"Itulah, aku dah pesan jaga pemakanan, exercise jangan tinggal, tak reti-reti nak buat. Ha padan muka korang. Melingkup macam katak tempurung."

Mereka hanya terbaring mencuri nafas kerana lelah berjogging masih belum hilang. Nak menyesal pun dah takde guna. Apa orang kata? Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.

CHANCE ||  𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠 Where stories live. Discover now