Kandungan Hadara telah mencecah 3 bulan. Sepanjang dia mengandung 3 bulan Wadiya sering ke rumahnya untuk memberi makanan.
Kali ini Wadiya datang dengan bekal ditangan. Pintu rumah diketuk beberapa kali.
"Dara!" Wadiya menegur dengan mesra lalu memeluk tubuh Hadara.
Hadara tersenyum lebar dan membalas pelukkan tersebut.
"Masuk lah. Kau bawa apa tu?" Tanya Hadara sambil membuka pintu seluas-luasnya. Wadiya melangkah masuk.
"Saya bawa ni, mi goreng mamak dengan donut." Kata Wadiya.
"Erm sedap. Kau duduk dulu aku buat air." Kata Hadara. Wadiya mengangguk.
Wadiya melabuh punggung di sebuah kerusi sambil menunggu kedatangan Hadara.
"Dayyan kerja ea?" Tanya Wadiya. Hadara mengangguk.
Hadara berjalan berhati-hati sambil membawa dua buah gelas berisi air.
"Nah air kau." Kata Hadara. Wadiya mengambil minuman tersebut.
"Ni makan lah penat saya masak." Kata Wadiya. Hadara membuka bekas mi goreng tersebut.
"Erm sedap sia bau." Kata Hadara lalu mengambil garfu untuk menyuap makanan itu ke dalam mulutnnya. Wadiya hanya melihat Hadara makan dengan berselera.
Dayyan ditempat kerja mengurut pelipisnya. Kerja yang sedang dihadapkan sangat merunsingkannya.
"Hye abe!" Adrian masuk ke dalam bilik kerja Dayyan.
"Apa kau nak?" Tanya Dayyan dengan tegas.
"Stress je kau." Kata Adrian. Dayyan mengeluh.
"Stress lah jugak. Pakcik jamal ni lah. Nak bangunkan hotel bila kita bagitahu harga kos nak ditampung dia kata mahal lah apa lah. Kalau takde duit tak payah buat. Eyy aku lahh." Rungut Dayyan sambil menghempas kertas-kertas kerjanya.
"Ouh begituu. Almaklum lah saya takde kerja. Kerja saya Lara and Adam yang cover." Kata Adrian sengihan. Dayyan menjeling.
"Mana Fawwaz? Asal tak buat hal? Tanya Dayyan.
"Hmm Fawwaz pergi restoran dia. Pasalnya chef tak cukup. Ada 2 orang chef kat sana cuti. Sorang bini bersalin sorang lagi mak sakit. So dia kena cover ler. Tinggal aku seorang diri." Kata Adrian dengan sedih. Dayyan tertawa.
"Padan muka kau. Aku rasa an better kau pergi kerja. Pasalnya nanti kahwin Adam takkan bagi muka. Ha nanti mula la kau terkial-kial nak buat kerja. Macam aku dulu." Kata Dayyan lalu fokus semula dengan komputernya.
"Heh malas." Kata Adrian.
"Haih kau ni cuba ubah peel tu." Kata Dayyan.
"Woahh sejak bila kau jadi manusia berguna ni. Kita ni bala tahu tak?" Kata Adrian.
"Maklum lah nak jadi bapak ni saya ubah lah peel saya yang macam syaitan ni." Kata Dayyan. Adrian menjeling.
"Aku dengar si hantu kum kum tu selalu datang rumah kau hantar makanan kat Dara." Kata Adrian.
"Haah. Aku an pelik tapi kita kena lah husnuzon. Yelah orang buat baik kan?" Kata Dayyan. Adrian memeluk tubuh.
"Tak jugak doh. Kadangkala kebaikan akan terselit keburukan." Kata Adrian. Dayyan seakan-akan tersentak.
"Takdelah dia okey je kot." Kata Dayyan. Adrian mengangguk sahaja.
"Okey lah abe Dayyan. Kita pergi dulu. Nak kacau Fawwaz pula." Pamit Adrian. Dayyan menggeleng kepala.
Adrian terus melangkah keluar dari bilik tersebut dengan senyuman lebar.
"Pukul berapa ni?" Dayyan melihat jam dipergelangan tangannya.
YOU ARE READING
TROUBLE MAKER LOVE:YANDARA(COMPLETE)
Random𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 6 [ C O M P L E T E] Highest ranking #1 relationship "My perfect wife." Dua bala iaitu Dayyan Evano dan Hadara Tasneem. Mereka hanya sebatas sepupu. Tidak berniat untuk mengadakan keluarga bersama. Lama-kelamaan Dayyan Evano mula timb...