"umiiii......" Hadara berlari memeluk tubuh Tiara.
"Huhuuu Dara anak beruk kuuu..." Tiara mendakap tubuh Hadara.
"Kenapa kau tak balik tahun depan Dara." Ujar Tiara dalam tangisan palsu.
"Apa umi ini?" Cebik Hadara. Tiara tersengih.
"Aaaaaa mummy....." Dayyan memeluk tubuh Emy. Emy tertawa.
"Rindu mummy tak?" Tanya Emy.
"Rindu rindu!" Jawab Dayyan.
"Anak tapir kuuu." Daniel menghampiri Dayyan.
"Daddy tapir!" Dayyan memeluk tubuh Daniel.
"Huwaa kenapa kau balik? Aku dah bahagia dah dengan bini aku." Kata Daniel. Dayyan yang tadi memeluk tubuh Daniel terus menolak tubuh Daniel.
"APA DADDY NI!?" Marah Dayyan.
"Alah daddy gurau aja kamu pun take serious lah." Kata Daniel sambil mengusap kasar kepala Dayyan.
"Malas lah kawan daddy. Jum mummy." Tangan Emy digenggam erat lalu Dayyan dan Emy berlalu pergi.
"Woyy bini aku!" Kata Daniel lalu mengejar langkah Dayyan dan Emy.
"Sudah lah tu sampai bila nak berpeluk kat sini." Kata Hayziel. Hadara dan Tiara mencebik.
"Papa ni orang nak drama an tak boleh." Kata Hadara. Hayziel menggeleng kepala.
"Tah abang ni." Kata Tiara lalu merangkul lengan anaknya dan beredar.
Mereka semua masuk ke dalam rumah agam Luqman.
"Uncle Dayyan!" Rayfal berlari terkedek-kedek ke arah Dayyan lalu memeluk kaki Dayyan.
"Cieee bala boy!" Dayyan mendukung tubuh kecil Rayfal.
"Where is Damien cumil cumil?" Tanya Hadara sambil mata melilau mencari Damien.
"Aunty Dara." Damien berjalan perlahan-lahan ke arah Hadara.
"Awww my fav anak fruit cumil cumil." Hadara mendukung Damien.
"Adrian dengan Fawwaz mana?" Tanya Dayyan.
"Diaorang kena stay sana lagi sebulan sebab diaorang tak train budak pun sebulan lepas." Kata Nayra sambil menyuap Tengku Ellena makan.
"What? Diaorang tak train?" Ujar Hadara seakan-akan tidak percaya.
"Haah uncle Fendy bagitahu." Kata Nayra.
"Dara jom gi makan." Ajak Dayyan. Hadara mengerut dahi.
"Malaslah." Kata Hadara.
"Takde kau malas-malas cepat." Dayyan menarik lengan Hadara yang berlapik.
"Arghh tak nak lah!" Marah Hadara.
Dayyan dan Hadara sampai di sebuah restoran. Mereka berdua masuk dan membuat pesanan.
"Asal tak makan kat rumah je halah." Kata Hadara.
"Aku nak bincang kat sini and kita tamat kat sini." Kata Dayyan dengan series. Hadara memeluk tubuh.
"Kita kahwin." Kata Dayyan. Hadara mengeluh.
"Dayyan..."
"Aku boleh bimbing kau, kalau alasan kau pasal kau pendosa kau bukan perempuan yang baik then aku akan bimbing kau." Jata Dayyan. Hadara sedikir terharu melihat usaha Dayyan ingin membantunya berubah.
"But we don't love eachother." Kata Hadara.
"Cinta itu akan datang dengan sendiri tak usah dipaksa. Kalau dah bergelar suami isteri aku yakin Allah akan tiup kan rasa cinta, kasih sayang dan bahagia. Bergantung juga pada niat kita. Niat aku nak bimbing kau ke syurga Allah itu niat aku." Kata Dayyan. Hadara menunduk.
YOU ARE READING
TROUBLE MAKER LOVE:YANDARA(COMPLETE)
Acak𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 6 [ C O M P L E T E] Highest ranking #1 relationship "My perfect wife." Dua bala iaitu Dayyan Evano dan Hadara Tasneem. Mereka hanya sebatas sepupu. Tidak berniat untuk mengadakan keluarga bersama. Lama-kelamaan Dayyan Evano mula timb...