Hadara melihat gambar-gambar Dayyan yang diberi oleh penyiasat rahsianya.
"Ha!" Leandra menyergah Hadara. Terhinjut bahunya.
"Ish kau ni kan aku tarik rambut kau kang." Kata Hadara. Leandra tertawa.
"Awak nya buat apa? Rindu orang jauh ke? Siap tengok gambar ni." Usik Leandra. Hadara menjeling.
"Aku rasa nak minta cerai balik ni." Kata Hadara. Membulat mata Leandra
Pak!
"Kau dah kenapa lahanat? Tetiba nak minta cerai. Kau nak mampus?" Kata Leandra sambil mencekak pinggang.
"Ishh kau tengok lah jantan ni. Berjambang, berjanggut tak hensem langsung!" Kata Hadara. Leandra menepuk dahi.
"Habis pasal itu aja kamu nak cerai? Eh tapi kalau aku an aku nak cerai jugak." Kata Leandra.
"Ha kan? Kau setuju dengan aku an?" Kata Hadara. Leandra mengangguk.
"Astu ni kalau dah cerai dia macam mana?" Tanya Leandra.
"Biar lah dia." Kata Hadara sambil menjeling.
"Kau ni otak pakai sikit lah. Kan kau yang selalu cukur janggut dia bagai tu. Sebelum kau kahwin dengan dia pun, dia suruh kau buatkan pasalnya dia tak reti buat sendiri." Kata Leandra. Hadara memeluk tubuh.
"Eleh boleh je suruh Adrian ke Fawwaz ke cukur kan." Kata Hadara.
"Tak feel lah nanti." Kata Leandra.
"Feel menda lak?" Kata Hadara. Leandra tersenyum.
"Takde apa lah." Kata Leandra. Hadara menjeling.
.
.
.
Dayyish memandang dari luar tingkap seorang wanita berjalan bersama seorang kanak-kanak."Alisa.." ujar Dayyish perlahan.
Dayyish keluar dari perut kereta lalu masuk ke dalam tempat kerja Alisa.
"Hey Alisa. Naik tanduk kau ea? Aku suruh kau siapkan kerja aku ni tapi kau buat bodoh je kan?" Seorang wanita memarahi Alisa.
"Maaf Kak Lin. Saya banyak kerja lagi nak buat. Sebab tu saya tak ambil tugasan kak Lin ni." Ujar Alisa dengan lembutnya.
"Eh kau ingat aku kisah ke? Kau tahu tak disebabkan kau bos marah aku. Kau ni memang perempuan tak guna kan? Kau sengaja nak aku kena marah dengan bos kan?" Kata kak Lin sambil menunjal kepala Alisa. Alisa mengetap bibir.
"Kau nak goda bos kan? Aku tahu lah latar belakang kau, kau bekas pelacur kan?" Kata Kak Lin dengan sinis. Alisa terdiam.
"Ni budak ni pun anak haram kan? Yang dalam perut ni pun sama kan!?" Kata kak Lin sambil mencubit Damien juga mencucuk perut Alisa yang sedikit membuncit. Damien menangis kuat.
"Lincahnya tangan kau cubit anak aku." Suara garau menegur aksi Kak Lin.
"Kau siapa? Tak payah campur urusan aku dengan sundal ni." Kata Kak Lin.
"Aku suami dia." Kata Dayyish dengan sinis. Alisa menunduk.
"Lah suami. Kau tahu tak isteri kau ni bekas pel-
"Tahu. Aku yang kutip dia kenapa?" Tanya Dayyish dengan dingin.
"Ouh kira kau suka lah bekas orang." Tanya Kak Lin dengan sinis.
"Halah takde beza dengan kau. Kau pun sama je." Kata Dayyish sambil tersenyum sinis.
"Apa kau merepek ni?" Tanya kak Lin.
"Laki kau tu, kau ingat dia suci sangat ke? Dia pun antara yang dah rasa tubuh isteri aku ni. So kira laki kau pun bekas orang. Sebelum dia kahwin dengan kau lagi dia memang kaki perempuan." Kata Dayyish. Terus berombak dada kak Lin.
YOU ARE READING
TROUBLE MAKER LOVE:YANDARA(COMPLETE)
Random𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 6 [ C O M P L E T E] Highest ranking #1 relationship "My perfect wife." Dua bala iaitu Dayyan Evano dan Hadara Tasneem. Mereka hanya sebatas sepupu. Tidak berniat untuk mengadakan keluarga bersama. Lama-kelamaan Dayyan Evano mula timb...