✨BAB 8✨

5.4K 468 113
                                    

Hadara melihat dirinya dicermin. Sungguh ayu bertudung putih berbaju kurung kosong tapi moden. Makhkota berkilau dikepala.

Sungguh Hadara tidak kenal siapa diri dia ketika ini kerana dia tampak berbeda. Nampak sopan sekali.

"Cantik kau pakai tudung anak beruk." Ujar Tiara kepada Hadara.

"Ish umi ni terkejut tau." Kata Hadara. Tiara tersenyum kecil.

"Comel kau pakai tudung ni tau." Kata Tiara. Hadara tersenyum.

"Aku nak nanti kita nikah kau pakai tudung tau. Aku kan nak halalkan kau dekat rumah Allah so kena lah pakai tudung." Kata-kata Dayyan menjelma didalam kepala.

"Woy mengelamun apa kau?" Tegur Tiara. Hadara menjeling.

"Takde apa lah." Kata Hadara.

"Dah jom gerak sekarang. Dayyan dengan yang lelaki dah on the way." Kata Tiara. Hadara mengangguk.

"Wahhh cantik nye kau Koriah." Tegur Leandra. Hadara tertawa.

"Aku tahu lah. Aku memang gorgeous." Kata Hadara. Leandra menjeling.

"Dah jom karang lambat." Kata Emy.

Dayyan dimasjid yang besar itu berpeluh akibat gementar.

"Habis lah lepas ni sebut nama Dara 10 kali tak lepas tok kadi suruh tukar aku pulak." Usik Adrian. Dayyan menjeling.

"Yang berjabat tangan nanti papa Hayziel kau tak payah nak bising." Kata Naufal sambil menepuk perlahan bahu Dayyan.

"Ha lagi bagus aku tahu papa Hay dah lama berkenan dengan aku." Kata Fawwaz.

"Dah lah tu jangan lah kacau dia." Kata Waaiz.

"Tapi nanti kalau dah tak boleh bagi aku tau kita swap." Sambung Waaiz. Dayyan menyiku perut Waaiz.

"Pengantin perempuan dah sampai." Ujar Fateh.

"Goodluck besteh!" Ujar Adrian, Fawwaz dan Waaiz serentak.

Dayyan duduk bersila dihadapan Hayziel. Jantungnya berdegup kencang.

Sesekali dia menjeling Hadara yang duduk di belakang. Sungguh ayu memakai tudung.

"Habis lah...." Bisik Adrian.

"10 kali...." Bisik Fawwaz pula.

"Eh sudah lah tu mengacaunya." Tegur Faith. Adrian dan Fawwaz mencebik.

"Ready?" Tanya Hayziel. Dayyan menelan air liur kesat lalu mengangguk.

"Dayyan Evano bin Daniel Raqyz."

"S-saya."

"Aku nikahkan dikau dengan puteri ku Hadara Tasneem binti Hayziel Lahyz dengan mas kahwinnya 3 juta ringgit tunai."

"Perghh 3 juta sial." Bisik Adrian pada Fawwaz.

"Terpaling mahal." Kata Fawwaz

"A-aku terima nikahnya Hadara Tasneem binti Hayziel Lahyz dengan mas kahwinnya 3 juta ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Sah?"

"Sah."

"Alhamdulilah."

Akhirnya Dayyan dan Hadara terlah terikat dengan hubungan halal. Hadara mengalirkan air mata setelah sah bergelar isteri Dayyan.

"Asal kau nangis?" Tiara menyeka air mata Hadara.

"Takde pakai eyemo." Kata Hadara sambil tersengih.

Dayyan duduk dihadapan Hadara. Mata mereka saling bertaut.

TROUBLE MAKER LOVE:YANDARA(COMPLETE)Where stories live. Discover now