Hadara duduk dibalkoni pada tengah malam. Matanya memandang ke arah Dayyan yang sedang lena.
Hadara masuk ke dalam bilik dan menutup pintu balkoni. Kaki dibawa ke Dayyan.
Hadara melabuhkan ciuman pada dahi Dayyan.
"Kau jaga diri." Bisik Hadara lalu keluar dari bilik itu bersama beg roda.
.
.
.
"HADARA TASNEEM!" pekikkan suara Dayyan kedengaran disekeliling rumah."Bingit lah tapir! Kenapa ni?" Tanya Tiara. Dayyan bergerak ke arah ibu mentuanya.
"Umi, d-dara mana?" Tanya Dayyan dengan cemas.
"Dalam bilik kau ler. Dia mana turun lagi." Kata Tiara. Dayyan menggeleng.
"Tak dia takde. Dia takde umi." Kata Dayyan. Tiara terus tergamam.
"Dalam bilik air?" Tanya Tiara. Dayyan menggeleng.
"Heh apa ni pagi-pagi dah bising?" Kata Adrian sambil memeluk patung Cinderellanya
"Dara hilang." Kata Dayyan.
"WHAT!? bro Dara tu dalam pantang nok." Kata Adrian.
"Aku tak tahu." Kata Dayyan sambil meramas rambutnya.
"Woah lek jangan kuat sangat ramas botak kau kang." Kata Adrian.
"Busyuk duduk dulu. Makan lepas tu kita cari." Ujar Emy dengan lembut.
"Macam mana busyuk nak makan kalau busyuk tak selera mengenangkan isteri busyuk yang tak sihat tu!?" Bentak Dayyan kasar.
"Dayyan Evano jaga suara." Tegur Daniel dengan dingin.
"Sorry mummy." Ujar Dayyan.
"Dah it's okey. Duduk makan." Kata Emy. Dayyan duduk di kerusi.
"Goodmorning world!" Fawwaz meregang badan dengan berpakaian baju tidur Dora.
"Dah tua-tua begini lagi perangainya ye?" Tegur Hayziel.
"Excuse me papa Hay. Daddy, ayah dengan umi sampai sekarang still pakai baju kartun. Takde pulak nak disound." Kata Fawwaz dengan divanya.
Bunga menuruni anak tangga dan bergerak ke meja makan.
"Bunga kau nampak kak Dara?" Tanya Dayyan. Bunga memandang Dayyan lalu mengeluarkan sampul surat.
"Benda ni?" Tanya Dayyan sambil membuka sampul surat tersebut.
Dayyan melihat isi dalam sampul surat tersebut.
Assalamualaikum baby!
Aku minta maaf keluar tanpa izin kau. Bukan niat aku nak tinggalkan kau. Aku hanya nak cari ketenangan. Aku cukup penat,serabut dengan semua benda. Jadi bagi lah aku keluar seketika. Aku janji aku balik semula aku janji. I love you bye.
Your manja,
Hadara Tasneem.Mengalir air mata jantan Dayyan saat membaca surat tersebut.
Dayyan terus berjalan ke arah Bunga dan memegang kedua bahu Bunga.
"M-mana kau dapat ni Bunga?" Tanya Dayyan sambil menggongcangkan bahu Bunga.
"Cakap Bunga!" Kata Dayyan.
Bunga mengeluarkan telefon bimbitnya dan menaip sesuatu.
Aku jumpa dekat dalam bilik aku. Aku tak tahu kenapa kak Dara letak dalam bilik aku.
Selepas membaca itu lalu melepaskan cengkaman bahu Bunga.
Dayyan terus berlari ke biliknya.
Telefon bimbit dicari. Nombor telefon Hadara di dail.
Hadara tidak menjawab panggilan daripada Dayyan.
"Arghh!" Dayyan menghempas telefon bimbitnya.
"Kenapa buat aku macam ni manja?" Air mata jantannya mengalir.
.
.
.
Dayyan duduk dibalkoni biliknya dengan wajah sembab. Matanya merah kerana sudah berhari-hari dia menangis.Pintu bilik diketuk. Tanpa menjawab pintu bilik Dayyan dibuka oleh seseorang.
Pantas Dayyan memaling kebelakang melihat gerangan yany memasuki biliknya.
"Kau nak apa, Yish?" Tanya Dayyan.
"Kau okey?" Tanya Dayyish. Dayyan menunduk.
"Kau tengok keadaan aku sekarang okey ke?" Tanya Dayyan. Dayyish tertawa kecil.
"Ye nampak macam mati bini." Kata Dayyish. Dayyan hanya diam.
"Kau memang nak lemah macam ni je ke?" Tanya Dayyish. Dayyan mendongak memandang Dayyish.
"Maksud kau?" Tanya Dayyan. Dayyish memeluk tubuh mata memandang hadapan.
"Maksud aku, kau nak duduk diam je ke? Tak nak cari? Dah 2 minggu Dara pergi. Im pretty sure you miss her so much." Kata Dayyish. Dayyan menunduk kembali.
"Apa kurangnya dengan kau? Kau tak nak cari Alisa?" Tanya Dayyan. Dayyish tergelak sinis.
"I found her. She so cute dengan perut buncit dia." Kata Dayyish. Dayyan tersenyum kelat.
"Kau beruntung." Kata Dayyan. Dayyish memandang abang kembarnya.
"Beruntung sebab Alisa pregnant. Ye aku memang beruntung dapat dia, dia pun hargai aku suami dia. Tapi aku yang cam sial. Aku yang tak guna." Kata Dayyish dengan kesal.
"Sedar diri." Kata Dayyan. Dayyish tertawa.
"Pergi lah cari bini kau tu." Kata Dayyish.
"Aku tak tahu kat mana." Kata Dayyan.
Dayyish memeluk tubuh dan menjongket kening.
"Sejak bila skill hacker kau hilang?" Tanya Dayyish. Dayyan hanya diam.
"Aku tak rasa nak cari dia." Kata Dayyan. Dayyish mengerut dahi.
"Why?" Tanya Dayyish.
"Dia pergi nak cari ketenangan. Aku takut kalau aku cari dia, dia bertambah stress sampai nak bunuh diri macam hari tu." Kata Dayyan lalu mengeluh.
"Kalau kau rasa itu yang terbaik tak pelah. Aku pun tak nak ambil Alisa sekarang. Aku tahu dia perlukan masa sedikit." Kata Dayyish lalu melontarkan semula pandangan ke hadapan.
"Yan." Panggil Dayyish. Dayyan mendongak memandang Dayyish.
"Aku nak minta maaf apa yang aku pernah buat dulu. Aku sumpah minta maaf. Betul apa daddy kata, aku cintakan Alisa aku sayang Alisa tapi sebab ego sebab aku tercabar Dara jadi kakak ipar aku, aku buat benda bodoh." Kata Dayyish. Tampak riak kesal di wajahnya.
"Aku dah maafkan dah. Jangan lah fikir kisah lama tu." Kata Dayyan.
"Uiiii bincang apa tu persatuan hilang bini." Usik Fawwaz dari balkoni sebelah.
"EH KAU PERSATUAN SINGLE DIAM JELAH. AKU LEPUK KAU KANG." Kata Dayyan. Fawwaz dan Adrian tertawa besar.
"Ate seronok betul ler jadi single. Takde masalah dunia. Iye dok?" Kata Adrian sambil mencuit bahu Fawwaz.
"Iye ler. Teman setuju bebenor dengan kamu nye. Heeh." Kata Fawwaz lalu tertawa besar.
Bang!
"Opocot meletup ayam." Adrian melatah apabila Dayyish melepaskan tembakkan.
"NGAJAK RIBUT LO!?" kata Adrian lalu mengeluarkan snipernya.
"Ingat aku takut lah?" Kata Dayyish lalu beredar ke dalam.
"takut lah tu sebab tu masuk dalam." Kata Adrian lalu menjeling.
"Kau sabar kau Dayyish aku cari kau." Kata Adrian sambil berjalan ke dalam mencari Dayyish.
"Ha main main mamat ni dengan aku, nak kena betul lah." Bebel Adrian.
Dayyan tidak menghiraukan terus sahaja memandang langit yang mula gelap.
"You are my perfect wife. You are my life, manja. No one can replace you and nothing can separate us except death."
TBC
VOTE AND COMMENTS.
YOU ARE READING
TROUBLE MAKER LOVE:YANDARA(COMPLETE)
Random𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 6 [ C O M P L E T E] Highest ranking #1 relationship "My perfect wife." Dua bala iaitu Dayyan Evano dan Hadara Tasneem. Mereka hanya sebatas sepupu. Tidak berniat untuk mengadakan keluarga bersama. Lama-kelamaan Dayyan Evano mula timb...