Hadara termenung memandang permandangan luar tingkap. Cahaya matahari memasuki bilik wadnya.
"Jom kita balik manja." Ujar Dayyan sambil menutup beg baju Hadara.
Hadara duduk di atas kerusi roda ditolak oleh Dayyan.
Sampai ditempat parkir kereta terus Hadara dicempung dan dimasukkan ke dalam perut kereta.
"Kita balik rumah mummy." Kata Dayyan. Hadara bingung.
"Kenapa nak balik rumah mummy? Balik jela rumah kita." Kata Hadara. Dayyan tersenyum.
Dayyan mencapai tangan Hadara dan menyelitkan jarinya pada jari Hadara.
"Sebab mummy nak jaga manja. So kita balik rumah mummy." Kata Dayyan dengan ceria.
"Aku tak nak. Aku nak balik rumah kau." Kata Hadara dengan dingin.
"Manja jangan lah macam ni. Kalau kau duduk rumah aku, aku tak tahu nak jaga orang pantang. So aku nak mummy jaga kau." Pujuk Dayyan. Air mata Hadara bertakung.
"Kau rasa kira masih boleh bahagia ke? Macam mana jodoh kita terhenti sampai di sini?" Tanya Hadara dengan tiba-tiba.
"Manja. Aku dah janjikan aku akan pertahankan kau. Aku akan pertahankan rumah tangga kita. Aku janji." Kata Dayyan dengan bersungguh-sungguh.
"Macam mana kalau aku dah tak kuat? Macam mana kalau kau sendiri pun lelah?" Tanya Hadara. Empangan air matanya pecah.
"Tak, aku janji aku takkan penat takkan lelah. Aku akan pertahankan." Kata Dayyan sambil mengesat air mata Hadara.
"Dah jangan cakap macam ni lagi okey? Kita kan pasangan bala. Bala kena kuat."kata Dayyan sambil tersenyum manis. Hadara mengangguk.
"Cenyum cikit." Kata Dayyan. Hadara tersenyum manis.
"Alolololo comelnya manja aku." Kata Dayyan. Hadara tertawa kecil.
Dayyan terus memulakan pemanduan ke rumah Emy dan Daniel.
Sepanjang perjalanan senyap sunyi, hanya bunyi radio sahaja yang menemani mereka.
Kereta masuk ke dalam perkarangan rumah Daniel.
Dayyan turun lalu bergerak ke tempat duduk belakang mengambil beg baju Hadara.
Bergerak pula ke tempat duduk hadapan tempat Hadara. Pintu dibukakan Dayyan membantu Hadara keluar dari perut kereta.
Masuk sahaja ke dalam rumah terlihat ahli keluarga mereka berada disitu termasuk keluarga Taufyq.
"Bawa Dara naik and then turun balik. Ada benda nak kena settle." Kata Nayra pada Dayyan. Dayyan sekadar mengangguk.
Terus dibawa naik Hadara ke biliknya. Tubuh Hadara dicempung diletakkan perlahan-lahan di atas katil.
"Kau nak tinggalkan aku?" Tanya Hadara. Dayyan membuka tudung dikepala Hadara dan melabuhkan ciuman didahi Hadara.
"Kau rehat dulu. Nanti aku naik balik." Kata Dayyan. Hadara menggenggam erat tangan Dayyan.
"Manja sekejap je." Pujuk Dayyan. Hadara melepaskan genggaman tangan.
Dayyan terus mengusap kepala Hadara lalu keluar dari bilik itu.
Dayyan menuruni anak tangga dan bergerak ke arah ruang tamu.
"Ada apa?" Tanya Dayyan.
"Tadi aku suruh Faith pecah masuk rumah kau. And Faith jumpa donut ni." Kata Nayra.
"Doktor cakapkan Dara keguguran pasal ada something yang dia makan. Boleh jadi pasal donut ni." Kata Naufal. Dayyan terus tergamam.
Pantas dia melihat ke arah Dayyish. Dayyish menunduk.
YOU ARE READING
TROUBLE MAKER LOVE:YANDARA(COMPLETE)
De Todo𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 6 [ C O M P L E T E] Highest ranking #1 relationship "My perfect wife." Dua bala iaitu Dayyan Evano dan Hadara Tasneem. Mereka hanya sebatas sepupu. Tidak berniat untuk mengadakan keluarga bersama. Lama-kelamaan Dayyan Evano mula timb...