Talhah menarik Wadiya masuk ke dalam rumah dan menghempas tubuh Wadiya disofa.
"Ishh apa abang ni!? Sakit tahu!?" Marah Wadiya sambil mengusap pergelangan tangannya.
"Abang penat tahu tak,nak jaga Diya tak behave ni? Tok pa, papa ajar kita semua benda ni untuk pertahankan diri bukan cederakan keluarga orang yang dah banyak membantu kita." Kata Talhah sambil memeluk tubuh.
"So? Tak payah jaga. Biar Diya urus hidup Diya. Memang tok pa and papa ajar untuk lindungi diri, tapi sekarang ni Diya nak guna untuk kebahagian Diya." Kata Wadiya.
"Ha yelah lepas tu tengok Diya cuba musnahkan keluarga Dara? Abang tak sebodoh itu and kebahagian Diya? Dengan cara diaorang mati Diya bahagia macam tu?" Kata Talhah. Wadiya mengepal penumbuk.
"Kenapa abang bela sangat si Dara tu? Kenapa? Siapa adik abang!?" Tanya Wadiya dengan amarah.
"Diya! Diya adik abang! Tapi abang cintakan Dara. Dia bahagia abang bahagia!" Kata Talhah. Wadiya tergamam.
"Rasa cinta abang pada Dara tak pernah hilang walau sedikit. Abang cintakan Dara! Sebab tu abang bela dia. Abang tak nak tengok air mata dia tumpah setitis pun sebab menyakitkan hati abang." Kata Talhah. Air mata cuba ditahan.
"So kenapa abang tak cuba rampas dia?" Tanya Wadiya.
"Mencintai tak semestinya memiliki. Kadang yang manis hanya layak jadi kenangan bukan masa depan. Tipu lah kalau abang kata abang reda dia dengan Dayyan. Abang sakit. Tapi abang tengok dia senyum dia bahagia dengan Dayyan, abang pun happy. So why abang nak musnahkan kebahagian dia?" Kata Talhah. Wadiya menunduk.
"She has been disappointed twice. Let her feel her happiness." Kata Talhah. Wadiya berdiri menghadap Talhah.
"Abang yang nak tengok dia bahagia bukan Diya." Kata Wadiya lalu mendaki anak tangga. Talhah hanya memandang adiknya.
"Abang takkan biarkan Diya hancurkan rumah tangga dia." Bisik Talhah.
.
.
.
"Manja!" Dayyan memeluk pinggang ramping Hadara dari belakang. Hadara tersenyum."Manja suka tak honeymoon kat sini?" Tanya Dayyan. Hadara mengangguk. Mata masih tertancap pada ombak dilaut.
"Baby, jom manja shave kan janggut ni. Tadi manja nak buat kat rumah baby tak nak lah ape lah, nak cepat lah." Kata Hadara sambil pusing menghadap Dayyan. Tangan diletakkan di atas dada bidang Dayyan.
"Yelah yelah jom." Ujar Dayyan lalu bergerak ke bilik air.
"Baby duduk." Kata Hadara. Dayyan duduk di atas kerusi.
Hadara membongkok kan sedikit badannya.
"Eyy susah lah macam ni." Kata Hadara lalu duduk di atas peha Dayyan. Dayyan terkaku.
"Manja, sedar tak manja duduk kat mana sekarang ni?" Tanya Dayyan. Hadara tersenyum sinis.
"Sedar." Bisik Hadara. Dayyan mula tak keruan.
Beberapa minit kemudian Hadara siap mencukur janggut dan juga jambang Dayyan.
"Yeayyy hensem!" Kata Hadara lalu mencium pipi Dayyan.
"Erm berjanggut hensem, tak berjanggut lagi hensem." Kata Dayyan sambil menilik wajahnya.
"ASSALAMUALAIKUM!"
Hadara mendengar ucapan salam diluar pintu pantas mencapai tudung sarungnya lalu membuka pintu.
"Waalaikumsalam." Jawab Hadara.
"Eh nyah. Yuk lah mandi laut." Kata Adrian.
"Kau gila ke setan tengah hari buta panas ni?" Kata Hadara sambil melihat cuaca terik diluar.
YOU ARE READING
TROUBLE MAKER LOVE:YANDARA(COMPLETE)
Random𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 6 [ C O M P L E T E] Highest ranking #1 relationship "My perfect wife." Dua bala iaitu Dayyan Evano dan Hadara Tasneem. Mereka hanya sebatas sepupu. Tidak berniat untuk mengadakan keluarga bersama. Lama-kelamaan Dayyan Evano mula timb...