BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | 1

675 21 0
                                    

-🦋-

" Saya dah penat Danish. Penat. Mental saya ni terseksa. Saya tak sanggup dimadukan dengan kawan baik saya sendiri. Tolonglah Danish , ceraikan saya " kata kata wanita 20 an itu menyentakkan lelaki yang sedang duduk di sisi katil bilik utama itu.

Lelaki itu bangun dari duduknya dan pergi memeluk tubuh genit isterinya.

" Sayang.. Abang sumpah tak tahu apa yang jadi malam tu.. A-Abang cuma tak nak anak dalam kandungan dia tu terjejas dengan situasi diaorang. S-Sayang tahukan apa yang diaorang tengah hadap sekarang ? Hik. Sayang jangan tinggalkan Abang. Abang sayangkan Sayang. Macam mana dengan Hariz ? Dia baru setahun Sayang.. " kata lelaki itu sayu.

Dia tersepit dengan banyak situasi. Di tangkap khalwat bersama kawan baik isterinya di sebuah hotel. Isterinya meminta diceraikan dan berkahwin dengan kawan baiknya. Lagi teruk bahawa kawan baik isterinya sedang mengandung 2 minggu. Betul betul tepat dengan hari dimana dirinya ditangkap khalwat bersama wanita tersebut.

Dia bingung. Dia sendiri tidak tahu menahu akan apa yang perlu dilakukan dengan situasinya yang serabut itu.

Esakan tangis isterinya melemahkan otot-ototnya. Tidak sanggup dirinya mendengar tangis sang isteri yang sangat dia sayangi.

Dengan lembut wanita itu melonggarkan pelukan. Wajah suaminya yang penuh dengan air mata dipandang. Dengan lembut dan penuh kasih sayang dirinya menyapu air mata di wajah putih pucat itu.

" Kita cerai Danish. Saya pun sayangkan awak.. tapi saya tak sanggup. Saya tak sanggup tengok awak berkongsi kasih sayang dengan saya dan orang lain. " kata wanita itu lagi. Dia tekad dengan keputusannya untuk dilepaskan oleh lelaki yang dicintainya.

Lagi lagi lelaki itu menangis teresak esak. Mengetahui bahawa dirinya tiada pilihan lain selain melepaskan isterinya.

Dia tidak mahu melepaskan wanita yang menambat hatinya selama sepuluh tahun lamanya. Tetapi dia tiada pilihan lain. Dia tidak mahu wanita yang dia cintai lebih dari dirinya sendiri terseksa disebabkannya. Dia tiada kekuatan itu.

" Lepas saja awak ceraikan saya. Saya bawa Hariz pergi sekali. Kalau awak nak jumpa dia. Awak jumpa saja tapi jangan bawa saya atau Nayra. Saya tak nak dia jumpa dengan anak saya. "

Kata kata yang dilontarkan wanita itu lebih membuatkan air mata lelakinya berjuraian keluar. Wajahnya kemerah-merahan mengalirkan air matanya.

Membayangkan dirinya harus berpisah dengan isteri dan anaknya dengan terpaksa. Benar benar tidak dijangkanya. Malah tidak pernah sedetik pun dirinya berfikir untuk melepaskan isterinya.

Malam itu mereka menghabiskan malam terakhir mereka dengan tidur berpelukan buat kali terakhir. Mengetahui esok hari sudah tiada kesempatan untuk mereka memperbaikinya lagi.

-🤍

" Nurul Rania Binti Azman.. Aku ceraikan kau dengan talak 1 "

Setelah beberapa kali cubaan akhirnya lelaki itu berjaya menyatakan ayat keramat tersebut.

Sekali lagi air mata lelakinya jatuh. Hanya wanita itu yang mampu menjatuhkan air matanya. Dan tiada yang boleh menggantikannya.

Setelah semuanya sudah selesai disahkan oleh hakim. Maka penduduk di dalam bilik tersebut mula keluar dari situ satu persatu.

Danish melangkah ke arah wanita yang baru sahaja diceraikannya.

Melihat gadis itu tersenyum melayani anak mereka membuat dirinya merasa sebak.

" S-Rania.. boleh saya jumpa dengan Hariz sekejap ? "

Wanita itu melihat Danish dan mengangguk sambil menyerahkan anak lelakinya itu masuk ke dalam dukungan sang ayah.

Danish tersenyum kelat dengan sikap wanita itu terhadapnya. Mengetahui bahawa mereka sudah tiada apa-apa hubungan menambahkan pilu di dadanya.

Wajah anak lelakinya yang sangat mirip dengannya itu dipandang.

Sambil tersenyum kecil dia berkata

" Anak papa Muhammad Tuan Hariz Iskandar. Tolong jagakan mama untuk papa ya ? Maaf , papa mungkir janji. Papa janji setiap minggu papa melawat Hariz. Tak kisah lah berapa banyak pun anak papa nanti. Hariz tetap satu satunya yang papa paling sayang. Okey baby ? "

Sudah sahaja mengatakan hal hal tersebut. Bibirnya lembut mencium dahi , pipi , mata , hidung dan kening anak lelakinya itu.

' Papa sayang anak pertama papa lebih dari segala-galanya '

BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | yy_feraaWhere stories live. Discover now