BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | 4

295 11 0
                                    

Tuan Hariz yang masih tercengang dikejutkan dengan sentuhan dibahunya.

Terlihat Bi Nasya yang sedang membawa bakul baju menatapnya bingung.

" Tuan gapapa Tuan? Ada yang perlu Bi bantu? " soal Bi Nasya.

Tuan Hariz hanya berdehem dan menggelengkan kepalanya.

Kakinya diangkat berjalan keluar dari dapur ke arah ruang tamu.

Tetapi melihat senyum tawa milik ibu bapanya yang mesra berborak dengan Taufiq membuatkan dirinya tiada mood untuk ikut bergabung.

Kaki melangkah ke tingkat atas.

Lagipun dia datang harini kerana ada sebab yang tersendiri.

Pintu bilik berwarna putih dengan ukiran modern itu dituju.

Tombol pintu berwarna emas itu dipulas. Tak berkunci.

Tuan Hariz tersenyum kecil.

Dengan cepat dia memasuki bilik itu dan menutupnya kembali setelah berhasil memasukinya.

- 🤍

" Semak je mamat sengal tu! Kalau aku nasi lemak lima posen pun ada masalah dengan dia ke? Tak guna! " Rungut Natrah. Bengang dirinya dengan kata kata yang dilontar oleh abang tirinya itu.

Ramen nya yang sudah siap digaul dengan perencah yang diberikan itu dipandang.

Natrah mendengus.

" Tak ada mood dah aku nak makan! " Kata Natrah lagi.

Walau bagaimanapun tangannya tetap laju mengaut mi itu dan dimasukkan ke dalam mulut.

" Kata tak ada mood nak makan, tapi makan juga. Keling lah kau ni Fya "

Natrah sedang mengunyah tersedak apabila dengan tiba-tiba ada suara dari belakangnya.

Orang yang berkata tadi dengan cepat memberi sebotol air mineral yang sudah separuh diminum kepada gadis itu.

Setelah tekaknya lega. Natrah dengan bengang memandang tajam lelaki dihadapannya itu.

" Lelaki memang annoying eh? Heh! " Kata Natrah bengang.

Orang itu tertawa.

" Kau buat apa kat sini? Macam tak ada kerja pula " kata Natrah dan menyambung memasukkan mi ke dalam mulutnya.

Lelaki itu mengaru tengkuknya yang tidak gatal sambil tersenyum paksa.

Natrah yang melihat tersenyum sinis, tau maksud dari senyuman paksa itu.

" Seriously Kai? Kena pecat atau kau berhenti sendiri? " Soal gadis itu sambil membetulkan postur duduk, bersedia mendengar cerita lelaki di hadapannya itu.

" Kena pecat. Aku pecahkan barang dah 4 kali harini. " Kata Kai ataupun Kairul jiran miliknya yang tua 2 tahun darinya.

Natrah tertawa mengejek ke arah Kai.

" Alaa.. bukannya aku sengaja pun! "

Natrah menggelengkan kepalanya. Malas mahu melayan perangai Kairul yang sering dipecat kerana cuai dan tidak dapat menahan marahnya.

Kairul sering datang ke rumah melalui taman bunga milik umminya dan aunty Rania yang berkawan baik sejak dahulu.

Dia kenal Kairul pada tingkatan dua. Waktu itu dia mengikut aunty Rania melawat taman bunganya yang selama ini dijaga oleh pekebun dirumah itu.

Dan pada waktu itu juga kawan baik aunty Rania dan juga Kairul anaknya datang dan masuk melalui pintu yang terdapat di laluan taman bunga tersebut.

Sejak hari itu Kairul selalu datang ke rumahnya dan meluangkan waktu bersama.

Kini Kairul sudah habis sekolah dan ingin mencari kerja sambilan tetapi keseringan membuat masalah di tempat baru.

" Eh.. aku dah habis makan and aku nak masuk dalam. Kau dah boleh blah. Cau " kata Natrah kasar. Sempat dia menolak bahu Kai, menyuruh lelaki itu pulang ke rumahnya sebelum dirinya melangkah masuk ke dalam rumah.

" Ingat sikit yang aku ni lagi tua dari kau! Suka hati je main tolak tolak bahu aku! Kalau patah macam mana? Kau nak bayar? " Kata Kairul. Matanya menatap tajam gadis yang berjalan masuk ke dalam rumah 3 tingkat itu.

" Sedar pun dah tua! "

Jawapan dari Natrah lagi menambahkan panas dihatinya. Tanpa berlama disitu terus sahaja dia bangun dan pulang ke rumahnya menggunakan pintu di taman bunga.

Esok berbaik balik.

Tombol pintu berwarna emas itu dibuka Natrah.

Ruang bilik yang luas itu ditatapnya lama. Entah kenapa tetapi dia rasa seperti sudah dipecah masuk seseorang.

Tanpa mempedulikan perasaannya itu, Natrah terus memasuki bilik airnya untuk mandi.

- 🤍

Tuan Hariz tersenyum senang sambil memutarkan kerusi belajarnya kekiri dan kekanan.

Di tangannya terdapat dua plastik kecil yang berisikan beberapa helai rambut.

Di salah satu plastik itu tertulis huruf D dan plastik yang lain pula tertulis huruf N.

" Sikit je lagi. Sikit je lagi, lepastu kau dah boleh bersama dengan aku. Aku akan buktikan walau dengan cara apa sekalipun "

Ktok Ktok

Mendengar ketukan pada pintu biliknya. Dengan cepat Tuan Hariz menyimpan dua plastik kecil itu ke dalam laci meja belajar miliknya.

" Hariz! Boleh mama masuk? "

" Masuklah. Hariz tak kunci " sahut Tuan Hariz.

Rania masuk ke dalam bilik anak lelakinya dengan senyuman di wajahnya.

Rania berjalan ke arah katil milik anaknya yang berdekatan dengan meja belajar anak lelakinya itu.

Punggungnya dihenyakkan ke atas tilam sambil tersenyum lembut ke arah satu satunya anaknya.

Tuan Hariz hanya diam memandang. Menantikan kata kata yang bakal disampaikan oleh mamanya.

" Mama harap Hariz okey pasal ni. Mama.. Mama dengan uncle Taufiq dah buat keputusan untuk berkahwin 3 bulan lagi. Hariz okey kan sayang? " Soal Rania lembut. Takut anak lelakinya akan melepaskan amarahnya seperti beberapa tahun yang lepas.

Tuan Hariz yang mendengar agak tersentak. Wajahnya yang memang sedari tadi menayangkan senyuman kecil kini sudah tiada senyum yang terlihat.

" Mama kata lepas Hariz SPM. Tapi ni- hahh.. seminggu sebelum Iz ambil SPM? Maa " ucap Tuan Hariz kesal.

" Ya mama tauu.. tapi kami dah makin tua. Tak kan masih nak melambatkan? Dah cukup dah selama ni uncle Taufiq tunggu bertahun tahun nak dapatkan persetujuan kamu. Tak kan Hariz nak biar mama dengan uncle Taufiq tunggu lagi? "

Kata kata yang dikeluarkan oleh mamanya dihadam. Dia perlu berfikir dengan rasional. Dia tak nak hubungan dirinya dengan mamanya terjejas dan menyebabkan rancangannya hancur.

Tuan Hariz memejamkan matanya cuba menenangkan diri dan amarah di dalam hati dengan keputusan mendadak milik wanita yang disayanginya itu.

" Okey.. Hariz setuju. "

Rania tersenyum gembira, dengan teruja wanita paruh baya itu memeluk Tuan Hariz.

" Tapi.. Hariz nak mama percepatkan 3 minggu sebelum SPM. Hariz tak nak terganggu masa tengah buat persediaan untuk exam nanti. " ucap Tuan Hariz lagi.

Rania tertawa kecil dengan ucapan anak lelakinya.

" Baik sayang.. maaf ya, mama tak patut buat majlis masa Hariz nak jawab exam. Tapi kami dah tak ada pilihan. I'm so sorry honey. Really sorry "

Tuan Hariz hanya mengangguk pasrah.

Rania bangun dan berjalan keluar dari bilik Tuan Hariz dengan teruja setelah mendapatkan persetujuan dari anak lelakinya.

Tuan Hariz hanya memandang pemergian mamanya.

' kalau aku yang mama sendiri lahirkan pun tak cukup untuk mama. Macam mana pula dengan dia? Dia akan suka kan aku ke? Aku cukup ke bagi dia? '

BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | yy_feraaWhere stories live. Discover now