BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | 6

268 14 0
                                    

Tuan Hariz turun kebawah. Banyak mata mata yang memandangnya.

Ialah pengantin lelaki dengan pengantin perempuan dah selamat duduk dia baru nak turun dah macam dia pula nak kahwin.

Tuan Hariz menuju ke arah Tuan Danish yang sedang tersenyum memanggilnya supaya duduk disebelah lelaki itu.

Majlis pernikahan itu diteruskan setelah Tuan Hariz selamat duduk disebelah Tuan Danish.

Ramai wanita dan gadis-gadis yang melihatnya dengan senyuman... miang?

" Muhammad Taufiq bin Zulkifli aku nikahkan dikau dengan Nurul Rania binti Azman dengan mas kahwin sebanyak 200 ringgit tunai. "

" Aku terima nikahnya Nurul Rania binti Azman dengan mas kahwin 200 ringgit tunai. "

" Sah "

- 🤍

Majlis pernikahan Rania dan Taufiq berjalan dengan lancar.

Kini Tuan Hariz sedang makan di meja yang disediakan bersama Tuan Danish. Tentulah Natrah turut berada disitu.

" Pa " panggil Tuan Hariz.

" Ye kenapa? Nak papa suap? "

Balasan Tuan Danish berjaya mendapat jelingan Tuan Hariz dan tawa Natrah yang duduk diseberang.

" Ish.. Hariz nak tanya ni. Serious sikit boleh tak? " Rungut Tuan Hariz.

Tuan Hariz dengan papanya memang sangat manja.

Tuan Danish hanya mengangguk memberi ruang anak lelakinya itu untuk bertanya manakala Natrah diseberang sibuk memasukkan makanan kedalam mulut sambil memasang telinga akan perbualan dua beranak itu.

" Masa papa kahwin dengan mama dulu mas kahwin papa bagi berapa? " Soal Tuan Hariz lagi.

Tuan Danish memandang Tuan Hariz tak percaya.
Sebelum dirinya tertawa kecil.

" Papa bagi dalam 22 ribu, seperangkat alat solat, AL quran and... entah lah papa tak ingat " kata Tuan Danish lagi.

Balasan dari Tuan Danish membuatkan Tuan Hariz dan Natrah tercengang. Bukan tak pernah mendengar atau melihat duit sebanyak itu tetapi tak sangka duit sebanyak itu dihabiskan hanya untuk mas kahwin.

Belum tahu lagi macam mana majlis perkahwinan papa dan mamanya dulu.

Pasti menggunakan kos yang banyak.

" Papa cerai dengan aunty Rania lepas dah keluar duit banyak macam tu.. tak menyesal pa? " Soal Natrah.

Tuan Danish tersenyum mendengar pertanyaan gadis itu.

" Tak ada apa yang papa nak sesalkan Natrah. Benda dah jadi, walau besar mana pun cinta papa dekat aunty Rania kalau dah tertulis yang aunty Rania tu bukan jodoh papa so, bukan lah. " Balas Tuan Danish terlihat senyumannya yang kelat.

Tuan Hariz merengus marah.

" Kenapa masa si Naura tu dah meninggal papa tak kahwin balik dengan mama? " Soal Tuan Hariz bengang.

Natrah yang mendengar nama maknya disebut tersentak seketika sebelum dia menyambung memasukkan potongan tembikai merah ke dalam mulut.

" Macam yang papa cakap tadi. Tak ada jodoh.. Dah, Hariz jangan marah dengan mama ataupun uncle Taufiq pula ya? Dia dah jadi ayah tiri kamu. Walau macam mana tak suka pun kamu dekat dia jangan hilang hormat pada dia. Faham apa yang papa cuba sampaikan ni? "

Nasihat Tuan Danish cuba dia hadam dan lakukan tapi.. Tuan Hariz Iskandar anak Tuan Danish Iskandar semestinya ego tinggi melangit.

Tuan Hariz hanya mengangguk. Dia memandang Natrah yang sedang makan buah-buahan dengan lahap seperti tidak diberi makan setahun.

" Papa tak bagi perempuan ni makan ke pa? Dah macam hantu raya dah Riz tengok " kata Tuan Hariz.

Pandangan jijik diberikan kepada gadis itu.

Natrah menjelingnya.

" Aku dari pagi tadi tak makan sebab tolong Bik Ti dekat dapur! Daripada kau! Dah lah terperap je dalam bilik! Macam anak raja pula! So kau tak payah nak banyak complain! Huh! Annoying! " Kata Natrah lalu bangun menuju ke arah meja yang dipenuhi manisan.

Tuan Hariz merungut dengan sikap gadis itu yang tak serupa perempuan.

Tuan Danish yang melihat hanya menggelengkan kepalanya. Sudah biasa melihat mereka berdua bergaduh.

- 🤍

Tuan Hariz yang sedari tadi duduk di pantry di dapur sambil menikmati secangkir teh yang dibuat Bik Ti, seringkali di ganggu oleh mata gadis gadis yang sibuk menatapnya.

Kadangkala mereka akan dengan sengaja berjalan di belakangnya dan melaga-lagakan lengan mereka pada belakang badan lelaki itu.

Bukannya tidak mahu naik ke biliknya tetapi dia masih tunggu papanya pulang.

Dan sekarang dia berada di dapur memerhati gadis kasar yang disangka tak tahu buat kerja dapur sedang memasak mi goreng untuk dijadikan santapan kepada yang menolong pekerjaan tadi.

Memandangkan lauk ketika majlis tadi sudah banyak yang habis kerana tetamu yang hadir lebih ramai dari yang disangka.

" Bik, nanti tolong masukkan dalam bekas besar. Penat lah gaul. Berat. " Laung Natrah kepada beberapa bibik yang sedang menyusun bekas bekas yang sudah selesai dibasuh.

Mendengar hal itu, Tuan Hariz dengan suka rela bangun dari duduknya dan mengambil beberapa bekas yang cukup besar.

Dengan cekap dia memasukkan mi goreng yang sudah selesai di masak itu ke dalam bekas bekas tersebut.

Banyak gadis di kawasan dapur yang sedari tadi menyibukkan diri disana dikeranakan Tuan Hariz tersenyum melihat urat-urat pada lengan lelaki itu.

Natrah membuat muka menyampah. Dia menjeling Tuan Hariz.

" Punya lama kau duduk situ termenung. Ini je kerja yang kau buat? Ck ck ck. Tak patut tak patut " kata Natrah.

Hal yang dikatakannya mampu membuatkan gadis gadis di kawasan itu menjelingnya. Tapi apa dia kisah? Dia cakap benda betul kut.

" Kau tak payah nak banyak cakap Natrah, menyampah. " Balas Tuan Hariz agak bengang dengan komen gadis itu. Tetapi betul lah tu. Dia hanya termenung menatap gadis itu membuat kerja sedari tadi.

Setelah selesai memindahkan semua mi goreng itu ke dalam bekas yang diambilnya sebentar tadi, Tuan Hariz mengambil dua pinggan dan diceduk mi goreng itu lalu di masukkan ke dalam pinggan.

Seorang gadis dengan tudung shawl hitam diselempangkan ke kiri dan ke kanan datang mendekat seperti menantikan sesuatu dari Tuan Hariz.

Tuan Hariz hanya mengabaikannya dan memberi pinggan yang sudah diisi mi goreng itu kepada Natrah dan pinggan lain yang juga turut diisi mi masih ditangannya.

Natrah hanya memandang pelik dengan apa yang dilakukan lelaki itu.

Tuan Hariz mengambil garfu dan diberikan kepada Natrah.

" Kau dah masak tak kan nak tengok je? Jom makan " ajak Tuan Hariz sambil menarik lengan gadis itu menuju ke meja makan di depan.

Gadis bertudung shawl hitam tadi tercengang dan terpaku setelah dipalau Tuan Hariz.

BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | yy_feraaWhere stories live. Discover now