BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | 20

133 6 0
                                    

Sekujur tubuh milik seorang lelaki yang sedang berbaring di atas katil bersaiz King itu mula bergerak-gerak menandakan lelaki itu mula terjaga dari lenanya.

Tuan Hariz membuka kelopak matanya perlahan memastikan keadaan sekitarnya bagi menjelaskan penglihatannya.

Tekaknya terasa kering jadi dia memilih untuk bangun dari pembaringan dan berjalan keluar dari biliknya.

Menapak sahaja kakinya di ruang tamu, sekujur tubuhnya mula terpaku melihat sosok gadis pujaannya yang tertidur di sofa ruang tamu bersama dengan tv yang terbuka memaparkan drama Korea.

Dirinya hampir lupa kalau gadis itu berada di apartment miliknya kerana bergaduh dengan teman baik gadis itu.

Nafas berat dihela apabila dirinya melihat gadis itu dengan cuainya tidur tanpa menggunakan selimut.

Dengan cekap Tuan Hariz mengapai selimut yang terletak di atas meja.

Tangannya ralit menyelimutkan gadis itu. Memastikan bakal isterinya itu tidak kesejukkan.

Dengan jarak yang sangat dekat. Tuan Hariz dapat melihat muka Natrah dengan sangat jelas.

Wajah tanpa rungutan dan eksperi itu di pandang olehnya. Tenang.

Gadis itu kelihatan sangat tenang dan bahagia seperti sedang bermimpikan suasana yang sangat diinginkannya.

" How can you be so pretty? " ucap Tuan Hariz perlahan.

Tanpa disangka-sangka olehnya. Natrah yang hanya melelapkan mata buat seketika kerana merasa lelah mendengar ucapan Tuan Hariz yang berada tepat di hadapannya.

" Nak buat macam mana, dah dari kecil dah cantik " balas Natrah tanpa membuka kelopak matanya.

Mata Tuan Hariz membuntang. Terkejut mendengar suara gadis itu.

" How much pretty i am? ten or infinite? " ucap Natrah lagi.

Matanya dibuka memandang wajah Tuan Hariz yang sudah kemerahan.

Kerana terlalu malu, dengan wajah kemerahan miliknya Tuan Hariz berjalan dengan laju masuk semula ke dalam biliknya.

Tidak jadi mengambil air di dapur.

KTAK!

Mendengar pintu bilik yang dikunci membuat Natrah tertawa terbahak-bahak.

Tidak sangka lelaki yang sering membuatnya sedih ketika masih remaja itu boleh mempunyai ekspresi seperti itu.

" Comel. "

- 🤍

Lampu dengan bermacam warna menghiasi seluruh kawasan itu.

Bunyi riuh dari speaker dan pengunjung di dalam ruangan itu membuatkan ruangan itu tampak pengap.

Di satu sudut ada seorang lelaki dengan beberapa orang wanita di sampingnya sedang meminum sebuah cecair berwarna kuning jernih.

" Affan, you tak nak buat dengan i lagi ke? " Soal salah satu wanita disitu.

Affan yang mendengar hanya tertawa.

" Tak best lah sekali je.. at least twice? " Ujar wanita itu lagi.

Affan membetulkan duduknya dan mula merangkul salah satu wanita dengan pakaian yang ketat dan seksi disebelahnya.

" I'm sorry girl.. I just like to have a one night stand " kata lelaki itu tanpa beban.

Wanita itu berdecak marah lalu memilih untuk melangkah pergi dari sana.

PLAK!

Tanpa amaran tiba-tiba lelaki dengan wajah tampan itu di tampar oleh seorang gadis dengan tudung selendang hitam membaluti kepalanya.

Affan menatap gadis itu geram. Hello! Dia duduk elok je kut kat situ and ended up kena tampar tiba-tiba? Gila ke apa?

" What's your problem? " Soal Affan dengan nada yang sedikit tinggi kerana bunyi lagu yang kuat membuatkan dirinya perlu menguatkan suara ketika bercakap.

" My problem? Hey! Encik Casanova! Saya tau yang awak tu handsome and kaya! But sampai hati awak rosakkan kawan saya?? Kawan saya tu dah ada tunang tau! Awak nak ke tanggungjawab tentang kesucian dia ha!? Sekarang ni dia dekat rumah dah macam orang gila bila dapat tau yang dia pregnant! Leb- "

" Eh! Perempuan mana yang kau maksud ni? And for your information! Aku tak kan pernah nak make out dengan perempuan yang tak nak buat benda tu dengan aku! Dia dah ada tunang? Salah dia bukan aku! And aku boleh pastikan yang aku pakai pr- "

" Pakai protection? Kalau awak pakai protection habis tu macam mana kawan saya boleh mengandung ha! Awak nak cakap hantu kicap ke yang buat dia macam tu!? Lebih baik awak ikut saya sekarang and tanggungjawab dekat kawan saya! Now! " Kata gadis itu dengan tegas.

" Kalau aku tak nak tanggungjawab macam mana? " Soal Affan sinis.

Dia boleh pastikan yang dia tak pernah sekalipun tidur dengan perempuan yang masih ada dara. Dan gadis di depan dia ni cakap pasal kesucian?  What a joke.

Mendengar soalan lelaki itu membuat gadis dengan rupa paras orang belanda itu menetapkan giginya geram.

" ITU MAKSUDNYA AWAK TU PENGECUT! DASAR LELAKI TAK GUNA PERGI MAMPUS LAH! " Maki gadis itu dengan sakit hati yang membelenggu dada.

Dengan langkah lebar dia menapakkan kaki keluar dari tempat maksiat itu. Lebih baik dia balik ke rumah dan mengawasi temannya yang sedang bersedih sebelum hal-hal yang tidak baik berlaku.

Affan memandang pemergian gadis itu dengan hati yang tidak tenang.

Dia paling tidak boleh apabila dipanggil pengecut. Terasa harga diri dia dipijak-pijak.

Dengan langkah malas dia bangun dari duduk dan meletakkan 6 lembar duit berdigit 100 itu di atas meja dan memilih untuk melangkah pergi mengikuti gadis tadi.

Sementara wanita-wanita genit tadi mula menyambar duit yang ditinggalkan oleh Affan sebentar tadi.

Affan yang kini sedang mengejar langkah gadis tadi mula menyambar tangan miliknya.

" Wait! "

Bukannya berhenti gadis itu malah menampar pipinya lagi.

" How dare you touched my hand! " Ujar gadis itu dengan marah.

Sakit dihati apabila lelaki itu tidak mahu bertanggungjawab terhadap temannya. Di tambah pula sakit hati apabila lelaki itu dengan selamba memegang tangannya.

Dia jaga diri elok-elok tak bagi mana-mana lelaki sentuh, mamat tak guna ni main pegang je!

Affan menunduk memandang gadis dihadapannya.

" I'm sorry.. " ujar Affan. Tahu salahnya memegang wanita Islam tanpa ikatan sebuah kesalahan.

Walaupun dia memang sering berhubungan badan dengan wanita manapun. Tak bermaksud dia akan sesuka hati dengan wanita yang menjaga diri seperti dihadapannya kini.

" Awak nak apa lagi? Bukan ke awak cakap yang awak tak nak bertanggungjawab dekat kawan saya? " Ujar gadis itu dengan sedikit sindiran yang diberi.

Affan mehembus nafas beratnya.

" Okay aku akan tanggungjawab if! Memang aku yang buat dia pregnant! If not! Kau kena minta maaf dekat aku sebab dah fitnah aku, pregnant kan anak orang! Deal? " Ujar Affan.

Gadis itu memandang Affan dengan lama sebelum bersetuju dan mengajak lelaki itu untuk pergi ke rumah temannya.

Bersambunggg....

BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | yy_feraaWhere stories live. Discover now