BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | 14

260 12 0
                                    

" Awak nak apa datang sini? " Soal Natrah lagi apabila soalannya yang satu itu masih tidak dijawab oleh Tuan Hariz.

" Ada hal dengan ketua dekan. Plus.. aku nak tanya decision kau pasal wedding kita. Lantak lah kau nak kata aku ni tak reti nak sabar ke apa.. aku cuma nak tau keputusan kau tu sekarang.. "

Natrah memandang Tuan Hariz dengan menyampah. Langsung tiada satu patah kata pun yang keluar dari bibirnya.

" ..sebelum papa tanya kau malam ni.. so i will ask you first before him " ucap Tuan Hariz lagi.

' i want to be your first.. at everything.. everything sayang '

Natrah memandang Tuan Hariz dengan kerutan di dahi.

" Maksud? Malam ni? Kenapa papa nak tanya fasal hal tu malam ni? Ada apa-apa ke? " Soal Natrah bingung.

Tuan Hariz tersenyum kecil.

" Malam ni ada ceremony for my promotion as CEO of the company.. aku dah naik pangkat dua hari lepas tapi baru nak buat hari ni sebab busy uruskan projek besar " terang Tuan Hariz dengan tenang.

Natrah melopong.

Jika Tuan Hariz dah jadi penerus syarikat Tuan Danish. Itu bermaksud yang semua harta milik Tuan Danish akan menjadi milik Tuan Hariz apabila berusia 35 tahun nanti.

Dan untuk naik menjadi penerus, Tuan Hariz memerlukan calon isteri dan berkahwin. Tradisi ini dilakukan oleh datuk Tuan Danish apabila adik beradik mereka mula berebut akan pangkat dan penerus syarikat itu.

" What? Tapi awak dah ada calon isteri ke? Macam mana boleh jadi penerus pula? " Soal Natrah bingung.

Tuan Hariz tergelak kecil melihat muka polos milik gadis itu apabila menyatakan soalannya.

Dia bangun dari duduk dan mendekatkan wajah miliknya dengan Natrah. Cukup dekat sehinggakan Natrah harus membelakangkan kepalanya dari posisi asal.

" You.. are my future wife, honey " ucap Tuan Hariz nada perlahan.

Mendengar suara husky dan dalam milik lelaki itu membuatkan Natrah tidak keruan.

Matanya melilau memandang sekeliling apabila merasa panas menyerbu seluruh wajahnya.

Tuan Hariz tergelak kecil melihat wajah milik Natrah yang kian memerah.

Dia mengemaskan buku buku milik gadis itu. Dan tindakannya tersebut lagi lagi membuatkan Natrah bingung sendiri.

Melihat wajah bingung milik gadis itu membuatkan Tuan Hariz tersenyum kecil.

" Papa ask me to buy a dress for you.. You have to come to the ceremony tonight. And you must agreed with it honey " kata Tuan Hariz.

Natrah hanya mengiyakan sahaja apabila dia mendengar bahawa Tuan Danish yang menyuruh lelaki itu untuk menemani dirinya membeli dress untuk majlis malam ini.

Apabila Tuan Danish telah memberi arahan, mereka harus turuti. Tiada penolakan.

Apabila mereka berjalan di koridor universiti TI itu. Banyak mata yang memandang diri mereka. Bahkan mengatakan sesuatu yang tidak masuk akal.

'weh, kau tengok Sofya.. aku rasakan yang dekat sebelah dia tu sugar daddy dia lah.. sebab tadi aku nampak yang lelaki tu turun dari kereta Rolls-Royce yang parking dekat bawah tu.. murah duh diaa..'

'dia orang nampak sepadan lah'

'tak cukup dengan acah pandai, sekarang nak jadi acah cantik pula. Jijik aku dengan betina macam tu'

'tu boyfriend Sofya ke?'

Kata-kata yang dilemparkan oleh pelajar-pelajar di universiti itu hanya di pulaukan oleh Natrah.

BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | yy_feraaWhere stories live. Discover now