BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | 12

260 13 1
                                    

Pagi menjelang. Rania kini sedang duduk di kerusi yang berada di balkoni bilik miliknya dan suami barunya yang dikahwini beberapa tahun lepas.

Fikirannya kini penuh dengan perubahan sikap Tuan Hariz yang begitu drastik semalam sehingga membuatkan dia tergamam.

Taufiq berjalan keluar ke arah balkoni yang diduduki Rania dengan pakaian mandi tersarung pada tubuhnya.

Tubuh genit milik Rania dipeluk olehnya dari belakang seraya melentokkan kepalanya kebahu wanita itu.

" Sayang okay tak? Kenapa pagi-pagi duduk dekat luar? Tak sejuk ke? " Soal Taufiq dengan suara kantuknya.

Rania hanya tersenyum kecil dengan soalan yang dilontarkan lelaki itu.

" Awak rasa.. Hariz tu dah makin berubah ke? " Soal Rania secara tiba-tiba kepada Taufiq.

Taufiq mengangkat kepalanya. Dipandang bahagian belakang milik wanita itu dengan saksama sebelum dirinya membuat keputusan untuk menjawab soalan wanita itu.

" Berubah apa? Sama je saya tengok. Cuma makin tinggi dan berisi dari dulu je lah. Kenapa? " Jawab Taufiq.

" Bukan tu maksud saya. Maksud saya perangai dia. Awak tengok je lah. Dari dulu dia tak pernah buat hal tapi ni tiba-tiba... huh.. awak pun tau je lah"

Taufiq tersenyum sinis.

" Entah lah sayang.. saya tak rasa yang Natrah berani goda Hariz walaupun tengah mabuk. Lagipun Hariz tu lelaki mesti dia rasa bernafsu tengok Natrah malam tu " kata Taufiq cuba untuk memanas-manaskan hati wanita itu.

Rania menoleh ke belakang memandang Taufiq tajam.

Taufiq tersenyum kecil seraya mengeratkan pelukan pada bahu wanita itu.

" Saya tak bermaksud nak burukkan anak awak.. Tapi saya pun lelaki juga. Saya tau sangat apa yang ada dalam fikiran Hariz masa tu. Lelaki kan. " Kata Taufiq lagi dengan tenang.

Rania menghembuskan keluhan berat setelah mendengar apa yang dikatakan oleh suaminya itu.

" Semalam dia marah sayang.. " luah Rania.

Taufiq yang mendengar memutarkan biji matanya. Disebabkan dia membelakangkan wanita itu, jadi Rania tidak melihat ekspresi wajahnya.

" Dia marah sayang? Sebab apa? " Soal Taufiq dengan nada yang sedikit bengang.

" Saya cakap yang Natrah yang cuba goda dia malam tu. Lepastu dia cakap saya tak ada hak nak urus urusan diaa.. " luah Rania lagi.

" What? Sayang mama dia kut.. of course lah sayang ada hak! Tak apa, nanti saya cakap dengan dia.. awak jangan risau okey? " Kata Taufiq cuba memujuk wanita itu. Pipi milik wanita itu diciumnya sekilas.

Rania tersenyum riang seraya mengangguk-anggukkan kepalanya.

- 🤍

Ktok! Ktok

Ding Dong!

Tuan Hariz yang sedang memakan sarapan miliknya memandang pintu rumahnya yang sedari tadi diketuk bahkan dibunyikan loceng rumahnya.

Bukannya tidak mahu membuka pintu itu, tetapi dia malas sahaja.

Merasa rimas, akhirnya Tuan Hariz berlalu ke arah pintu dan membukanya.

Terlihat Natrah yang sedang menatapnya marah.

Dilihat penampilan wanita itu. Natrah mengenakan skirt pendek paras lutut dan hoodie putih. Rambutnya dibiarkan lepas.

Tanpa aba-aba Natrah terus melangkah masuk ke dalam rumah lelaki itu.

Tuan Hariz yang melihat hanya mengerutkan dahinya pelik.

BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | yy_feraaWhere stories live. Discover now