BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | 9

277 14 0
                                    

Terdengar jeritan dari bilik milik Natrah.

Mereka dengan cemas ingin masuk ke dalam dengan mengetuk-ngetuk pintu itu kerana tidak mempunyai kunci bilik tersebut.

Tuan Hariz yang sedari tadi ditinggal mereka, mula berjalan ke arah pintu dan menepis tubuh mereka satu persatu dan membuka pintu itu dengan kad akses milik Natrah yang diambil olehnya sebelum keluar sebentar tadi.

Lirikan tajam milik Tuan Danish dan Rania dia abaikan.

Pintu dibuka dan dia terus berjalan ke arah sofa yang didudukinya semalam.

Wajah Natrah yang pucat lesi dipandang dengan pandangan kosong miliknya.

Gadis itu membalut tubuhnya dengan selimut sampai ke leher. Seluruh tubuhnya bergetar dan dia juga turut berpeluh dengan banyak.

Tuan Danish yang melihat keadaan anak gadisnya itu merasa bengang dan bersalah.

Dia tak dapat berfikir dengan benar. Anak lelakinya iaitu abang tiri kepada anak gadisnya, sudah bersetubuh bersama.

Tuan Danish mengalihkan pandangannya menghadap ke belakang iaitu dimana Tuan Hariz sedang duduk.

" Kau nampak apa yang kau dah buat!? Kau sedar kan malam tu! Tak boleh ke abaikan nafsu jahanam tu! Kau tengok Natrah Hariz! Kau tengok dia! "

Tuan Danish datang mendekat lalu mencengkam kolar baju milik Tuan Hariz.

" KAU TENGOK MUKA DIA HARIZ! KAU TENGOK! Dia langsung tak bersalah dalam situasi ni! Kau sanggup buat benda tu dekat dia Hariz? Dekat Natrah? Adik tiri kau sendiri? JANGAN JADI BODOH LAH HARIZ! kau sedar malam tu tau tak!? Kau sedar! "

" Hariz tak sedar lah pa! Hariz minum air yang anak kawan mama bagi! Hariz sendiri tak tahu yang air tu beralkohol! "

" Kenapa kau perlu minum? Aku kenal kau lah! Kalau ada orang yang bagi kau air ke, makanan ke! Kau takkan terima! "

" Mama yang suruh Hariz minum! Lagipun masa tu papa juga yang suruh Hariz berbaik dengan mama! " Kata Tuan Hariz, masih cuba menahan nada suaranya supaya tidak menjerkah Tuan Danish.

Tuan Danish terkedu.

Ya, dia yang arahkan anaknya untuk tidak mencari fasal dengan bekas isterinya itu.

Tuan Danish mula menenangkan dirinya.

" Taufiq, Hariz.. kita keluar dulu. " Arah Tuan Danish dengan nada perlahan.

" Raina.. tolong Natrah pakai baju dia. Aku minta sangat dekat kau.. tolong jangan tambahkan lagi stress dia. Aku tau, kau kalau boleh nak maki hamun dia sekarang daripada maki Hariz. Tapi tolonglah.. tahan dulu. Nanti.. lepas dia dah membaik. Kau cakap lah apa pun kau nak cakap.. aku minta diri dulu " luah Tuan Danish lalu berjalan keluar bersama Taufiq dan Tuan Hariz yang sudah menunggu dihadapan pintu.

Raina memandang Natrah. Entah kenapa, rasa marah dan bencinya terhadap gadis itu sebentar tadi sudah tidak terasa selepas 3 orang lelaki dewasa itu keluar daripada bilik tersebut.

Selimut yang menutupi tubuh milik gadis itu ditarik olehnya. Seraya mencapai tangan milik gadis itu lalu digenggam kemas.

" Natrah, sayang.. Maafkan anak aunty ya? Aunty minta tolong sangat sangat dekat Natrah. Tolong maafkan dia.. dia tak sengaja.. Kalau Natrah nak benci dia, benci lah. Tapi tolong maafkan dia.. " mohon Raina dengan nada suara yang lembut.

Natrah hanya memandang Raina dengan matanya yang sembap. Wajahnya yang pucat menambahkan lagi serba salah dihati wanita tua itu.

" Air.. " ucap Natrah secara tiba-tiba sambil memandang sebotol air kosong di meja kecil yang berada di sebelah katil itu.

Raina tersenyum kecil lalu beranjak sedikit ke kanan untuk mengambil botol air tersebut lalu diberikan kepada Natrah.

Dia hanya melihat Natrah meminum minuman itu dengan pandangan lembut layak seperti seorang ibu.

Manakala kini, Tuan Danish, Tuan Hariz dan Taufiq sedang berada di bilik milik Tuan Danish yang berjarak 2 tingkat dari bilik milik Natrah.

Mereka sedang duduk di sofa yang berada di dalam bilik itu.

Sedari tadi hanya Taufiq dan Tuan Danish yang berborak. Tuan Hariz hanya duduk disitu dengan wajah yang sedikit kusut dan seperti merisaukan sesuatu.

" Hariz.. buat masa terdekat ni jangan datang rumah papa sampai papa bagitahu keadaan Natrah pada kamu " Arah Tuan Danish secara tiba-tiba kepada Tuan Hariz yang sedang menunduk. Gelaran yang sebelum ini kasar, telah ditukar olehnya.

" But why?.. At least give me a time to talk to h- "

" Hariz! Cukup! Papa tak nak bergaduh dengan kamu lagi "

Tuan Hariz menghembuskan nafasnya hampa.

Tuan Danish bangun dari duduknya.

" Papa nak pergi tengok Natrah. Kamu duduk sini. Jangan keluar selagi papa tak balik bilik ni " kata Tuan Danish mengarahkan Tuan Hariz, takut lelaki itu lari ataupun mengganggu Natrah.

Keluar sahaja Tuan Danish dari bilik itu, Taufiq yang masih berada di dalam bilik itu memandangnya sinis.

Tuan Hariz hanya memandangnya dengan tatapan kosong.

Lelaki itu tiba-tiba tertawa besar seolah sedang melihat sebuah lelucon.

Tuan Hariz hanya menghembus nafas miliknya. Tahu bahawa lelaki itu bakal memerlinya sebentar lagi.

Taufiq bangun dari duduknya dan berjalan ke arah Tuan Hariz.

Rambut milik lelaki itu dicengkamnya kuat dan hal itu berjaya membuatkan Tuan Hariz meringis kesakitan.

" Aku ingatkan dalam generasi keluarga kau, aku yang paling tak guna sebab dah tebuk ramai perempuan. Eh.. kau lagi teruk rupanya.. adik kau sendiri pun jadi eh? " Perli Taufiq dengan tangannya masih mencengkam rambut Tuan Hariz.

Tuan Hariz hanya memandangnya tajam sambil menahan sakit dari tarikan rambut miliknya.

" Amacam? Boek tak adik kau tu? Kalau boek kau bagitahu aku.. aku pun nak rasa juga "

Sebaik sahaja lelaki itu mengatakan hal sedemikian. Tuan Hariz yang sudah tidak tertahan amarahnya, dengan laju mencapai lengan milik lelaki itu dan melemparnya ke lantai. Paling teruk pun patah pinggang je.

Taufiq menjerit kesakitan apabila belakang badannya dihentam dengan teruk ke atas lantai.

" Kau boleh hina aku.. mama, papa aku.. Natrah.. kau jangan sesekali hina dia. Kau tak tau apa-apa fasal aku. Jadi jangan nak berlagak macam kau tau semuanya. " Ucap Tuan Hariz seraya berjalan keluar dari bahagian ruang tamu bilik itu dan masuk ke ruang tidur yang terpisah dengan ruang tamu itu.

Dia hanya menunggu Tuan Danish pulang dari bilik Natrah.

' sorry, beautiful '

BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | yy_feraaWhere stories live. Discover now