BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | 5

287 9 0
                                    

2 bulan telah berlalu..

Kini rumah banglo dua tingkat yang diduduki Tuan Hariz telah penuh dengan perhiasan pernikahan mamanya dan uncle Taufiq.

Lagi beberapa hari lelaki yang langsung tidak dianggap sebagai ayahnya itu bakal menjadi ayah tirinya.

Dilihat dari tingkat atas, dia perasan mamanya sedang duduk bersimpuh di ruang tamu bersama Taufiq sambil bergelak ketawa memasukkan goodies ke dalam beg yang di beli untuk diberikan kepada tetamu yang akan hadir nanti.

Tuan Hariz berdecit menyampah melihat kemesraan dua hamba Allah itu.

Tanpa mempedulikan mereka Tuan Hariz dengan bengang turun ke bawah dan menuju ke dapur.

Beberapa buah diambil dan dipotong untuk dibawa ke biliknya.

Bik Ti dan bibik yang lain sibuk menguruskan hal pernikahan mamanya.

Disebabkan mamanya tidak mengambil katering untuk bahagian masak jadi Bik Ti dan bibik yang lain lah yang perlu menyediakannya.

Dan hal itu membuatkan dia tidak diurus seperti selalu.

Selepas memotong buah yang dia inginkan. Tuan Hariz dengan laju melangkah ingin masuk ke biliknya semula, tetapi terbantut apabila melihat sosok yang dia kenal berada berdekatan pintu belakang yang menjadi akses ke kolam renang di belakang rumah.

Kaki dibawa menuju kepada sosok itu.

Betul lah sangkaan dia, gadis sewel tak tahu malu itu yang sedang bersandar di dinding pintu sambil memasukkan marshmallow ke dalam mulutnya.

Disebabkan Tuan Hariz tinggi jadi dia dengan mudah dapat melihat apa yang di makan dan siapa orang yang berada di hadapannya kini.

" Kau buat apa kat sini "

Seraya berkata demikian, Natrah yang sedari tadi memakan marshmallow sambil melamun hampir mencampakkan plastik besar marshmallow itu ke dalam kolam renang di hadapannya.

Natrah mengurut jantungnya yang tidak berhenti berdegup dikeranakan terkejut akan sergahan dari Tuan Hariz.

Setelah merasa sedikit lega. Natrah dengan malas menjawab pertanyaan dari anak tuan rumah tersebut.

" Your mother yang ajak aku datang. So, aku datang lah. Takkan nak tolak kurtt " jawab Natrah dengan suara dibuat buat diva.

Tuan Hariz berdecit sinis.

" Kalau datang just nak menghabiskan goodies baik tak payah Cik Natrah Sofya "

Natrah yang sedang mengunyah marshmallow didalam mulut terpaku.

Dilihat plastik marshmallow yang tinggal separuh ditangan.

Perlahan. Dia sedar.

" Ehhh.. aunty Rania suruh letak dekat belakang tadiii!! Alaaa.. macam mana niii!? Mampus lah akuuu "

Dengan kelang kabut Natrah berjalan ke bahagian belakang yang sudah penuh dengan mesin mesin coklat dan sebagainya untuk meriahkan suasana.

Terlihat 5 bungkus marshmallow besar yang berada di sana.

Natrah berjalan perlahan ke arah pakcik pakcik yang sedang menguruskan mesin tersebut.

Tuan Hariz yang mengikut sedari tadi menahan tawanya. Kelakar melihat wajah kecut milik gadis itu.

Natrah berdiri dengan sebersalah. Paket marshmallow di sorokkan di belakang badan.

" Emm.. pakcik " panggil Natrah perlahan.

Salah satu dari pakcik di situ memandang ke arah gadis itu yang sudah seperti cacing kepanasan.

" Ada apa dik? Nak pakcik tolong apa apa ke? " Soal pakcik itu.

" Emm.. pakcikk.. tadi tuan rumah cakap suruh letak lebihan marshmallow ni dekat sini. Tapi.. saya termakannn.. sorryyy " kata Natrah gugup sambil menunjukkan isi plastik marshmallow yang sudah tinggal separuh itu.

Pakcik itu menggelengkan kepalanya sambil menahan tawa.

" Tak apa lah dikk.. makan jee.. marshmallow tu dah banyak dah.. daripada nanti membazir baik adik makan je.. tak apa.. tuan rumah tak marah pun nanti " balas pakcik itu dengan lembut.

" Ye ye je pakcik nii.. kalau aunty Rania marah macam mana? " Soal Natrah lagi.

Baru sahaja pakcik itu mahu menjawab. Tuan Hariz mencelah.

" Aku bagitahu mama aku. Mama aku dah excited tau pasal wedding ni. Kalau kau makan goodies dia untuk tetamu mesti dia marah kau. " Kata Tuan Hariz. Dia ketawa jahat didalam hati setelah dapat mengenakan gadis dihadapannya itu.

Pakcik yang mendengar kata-kata anak tuan rumah itu hanya menggeleng kepala, tahu bahawa lelaki itu sedang menyakat gadis dihadapannya itu.

" Aaaa.. kau jangan lah buat aku macam niii.. " rungut Natrah. Hampir terkeluar air mata gadis 16 tahun itu gara gara ayat yang dilontarkan oleh lelaki dihapannya itu.

Tuan Hariz tergelak senang.

Setidaknya dengan menyakat gadis dihadapannya ini dapat lah dia melepaskan sedikit stress yang membelenggu selama 2 bulan ini.

- 🤍

Hari yang dinantikan mamanya pun tiba.

Suasana di rumah banglo dua tingkat itu meriah dengan kehadiran tetamu tetamu yang dijemput hadir.

Tuan Hariz kini berada di dalam ruangan biliknya. Hanya menyibukkan diri dengan nota dan beberapa buku latihan sejarah.

Manakala di tingkat bawah pula penuh dengan gelak tawa dari sanak saudara yang berborak sesama mereka.

Pengantin perempuan masih berada di dalam bilik membuat riasan di wajah untuk hari bahagianya.

Tuan Daniel berkerut dahi mencari sosok yang dia rindui.

Akhirnya membuat keputusan untuk naik ke atas di mana bilik anak lelakinya berada. Ada beberapa sedara mara dari keluarga itu yang memandangnya pelik, tetapi dia buat tak peduli apa yang penting ialah anak lelakinya.

Pintu bilik Tuan Hariz diketuk olehnya.

" Hariz.. Ni papa datang. Buka pintu please.. "

Tuan Hariz yang sedang menulis tersentak.

Perlahan dia bangun dan membuka pintu bilik yang sedari tadi dikunci kerana tidak mahu di ganggu.

Tuan Danish memandang anak lelakinya yang hanya memakai t-shirt hitam kosong dengan seluar tidur bercorak kotak kotak.

Kaki dibawa masuk ke dalam bilik anak lelakinya itu.

" Hariz kenapa tak siap lagi? Uncle Taufiq pun dah sampai. Hariz siap okey? "

Kata kata yang dilontar olehnya hanya di balas dengan pandangan kosong milik Tuan Hariz.

Tuan Danish tersenyum kecil melihat sikap Tuan Hariz. Mengingatkan tentang dirinya pada waktu muda yang sangat nakal dan suka memberontak.

" Kalau Hariz macam ni. Papa pun nak duduk je lah sini tak nak turun. Biar papa teman Hariz kat dalam bilik ni. Kita duduk lah sini sampai mama Hariz dapat anak baru, nanti dia tinggalkan Hariz. Papa pun nanti mesti dah tak ada sebab kelaparan. Biar Hariz tinggal sorang-sorang. " Kata Tuan Danish lagi seraya berpura-pura membuka bajunya seperti sudah sedia melabuhkan tubuh di atas tilam anak lelakinya.

Tuan Hariz berdecit melihat papanya yang mengugutnya.

" Yelah yelah. Hariz siap. Papa turun lah dulu. Tak kan nak tengok Hariz bogel pula " kata Hariz yang pada akhirnya menyetujui papanya untuk turun menjadi salah satu saksi pernikahan mamanya.

Tuan Danish yang sedang bersandar di kepala katil anaknya tersenyum sinis.

" Kenapa? Tak salah pun papa nak tengok anak papa tukar baju. Dulu pampers kamu pun papa yang tukar masa mama kamu berpantang. " Kata Tuan Danish, sengaja mahu menyakat anak lelakinya.

" Hish.. papaaa! "

" HAHAHAH.. okay okay.. papa keluarrr " kata Tuan Danish seraya meloloskan diri keluar dari bilik Taun Hariz.

BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | yy_feraaWhere stories live. Discover now