BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | 16

197 14 0
                                    

Dewan yang ditempah khas untuk majlis perasmian pelantikan direktor utama baharu bagi syarikat
ditata dengan sangat mewah dan elegan.

Tuan Hariz kini sedang berada di meja paling hadapan menanti Tuan Danish dan Natrah datang ke majlis itu.

10 minit sebelum majlis bermula, kelihatan sosok tubuh langsing milik Natrah dengan dress hitam separas bawah lutut yang dikenakan olehnya menghampiri meja bulat yang diduduki oleh Tuan Hariz.

Tuan Hariz yang sememangnya dari tadi memerhati pintu masuk utama dewan itu terpaku melihat penampilan gadis itu dengan rambut panjangnya yang hanya di klip separuh.

Walaupun cara pemakaian gadis itu simple. Tetapi ia memberikan aura elegan dan mewah yang terlihat minimalis.

Leher gadis itu terhiasi oleh rantai bertali halus berwarna silver dengan batu permata berwarna hitam berkilat.

Tuan Hariz tersenyum melihat penampilan gadis itu dan kembali berdecak marah apabila dirinya mula mendengar bisikan bisikan para tetamu yang memuji kecantikan milik Natrah.

' kalau aku dapat dia ngam juga.. bini aku dah l*ngg*r lah siot.. mana puas '

' before you ambil dia.. i ambil dia dulu.. kalau pregnant i campak dekat anak lelaki i.. HAHAHA '

' tinggal je lah duit dekat dia.. lepastu blah.. apa takut? '

Perbicaraan diantara lelaki melayu yang sudah agak berusia serta seorang lelaki Cina yang berada beberapa buah dari meja miliknya menjadi santapan telinga dengan pendengaran tajam milik Tuan Hariz.

Ingin sahaja dirinya pergi menerpa ke arah mereka dan membunuh satu persatu manusia yang telah memikirkan sesuatu yang tidak sepatutnya terhadap Natrah.

Pandangannya teralih lagi ke arah Natrah dan Tuan Danish yang sedang berborak dengan beberapa rakan bisnes Tuan Danish.

Padahal dia sudah memilih pakaian yang cukup tertutup untuk dikenakan Natrah pada majlis ini. Tetapi hal itu tetap menarik minat dan fikiran kotor para tetamu di situ.

Tuan Danish dan Natrah kini sudah berada di meja bulat yang sedang diduduki oleh Tuan Hariz.

" Kamu kenapa ada dekat sini? Pergi keluar sekarang.. majlis dah nak mula " kata Tuan Danish dengan tegas.

Ya.. sepatutnya Tuan Hariz berada di bahagian luar untuk bersedia menerima jawatan yang bakal dijabatnya sebentar lagi. Tetapi kini dia berada di dalam dewan dengan penutup mulut berwarna hitam menutupi wajah kacaknya.

Natrah hanya tersenyum sinis melihat Tuan Hariz dimarahi oleh Tuan Danish. Dan hal itu berjaya membuatkan Tuan Hariz berdecak geram dan bangun dari duduk nya. Sempat dirinya menjeling Natrah yang tertawa kecil di sebelah Tuan Danish.

Merasa tiada kesempatan untuk membalas gadis itu. Akhirnya Tuan Hariz membuat keputusan untuk melangkah keluar dari dewan dan bersiap sedia bagi majlis yang bakal dimulakan.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Tuan Danish dan bersertakan beberapa pemegang saham terbesar syarikat itu.

Akhirnya, masa untuk pelantikan bagi Tuan Hariz tiba.

" We will invite Mr. Tuan Hariz Iskandar Bin Tuan Danish Iskandar who is the only one and only heir TUAN ISKANDAR COMPANY'S  to go up on stage and accept the position he will hold as the Main Director of TI Company's " ucap pengacara majlis di atas pentas.

Tuan Hariz berjalan dengan yakin ke atas pentas dan menerima jawatan miliknya dengan senang hati.

Setelah itu, dirinya memberikan beberapa buah ucapan pendek dan majlis diteruskan dengan sesi makan.

Tuan Hariz kini berada di meja bulat yang diduduki olehnya sebentar tadi dengan Natrah berada di sebelahnya.

Tuan Danish juga duduk disana menanti keputusan anak gadisnya itu.

Natrah yang sedang memotong daging di dalam pinggannya itu merasa ditatap. Dia mendongakkan kepala memandang kiri kanan dan tentu sahaja yang di lihatnya ialah Tuan Hariz dan Tuan Danish yang berada di sisi kiri dan kanannya menatapnya dengan pandangan yang berbeza untuk menanti dirinya untuk membuka mulut.

Natrah tahu apa yang dinantikan oleh kedua lelaki itu.

Dengan gugup dia letak perlahan pisau dan garfu yang digunakan untuk memotong daging.

Dia menarik nafasnya perlahan.

Natrah mencuba untuk mengawal suaranya supaya tidak terbata-bata sebentar lagi. Kepalanya kini cuba menyampaikan ayat yang sudah lama tersemat di benak fikirannya.

Dia memandang Tuan Hariz dan Tuan Danish bergantian.

" Ara setuju. " Ucap Natrah dengan yakin

Tuan Hariz yang mendengar cuba menahan senyum. Padahal hatinya sudah melonjak gembira.

Manakala Tuan Danish pula tercengang. Dia tidak sangka Natrah ingin bersama dengan anak lelakinya itu.

Merasa tidak dapat apa-apa jawapan dari ayahnya dan Tuan Hariz. Natrah berkata lagi.

" Ara setuju untuk kahwin dengan Hariz "

Tuan Hariz yang masih ingin menahan diri mula menggigit bibir bawahnya. Rona merah sudah menyerbu ke seluruh permukaan wajahnya.

Dia memalingkan wajahnya bertentangan dengan Natrah dan sedikit menunduk. Senyuman yang dia tahan sedari tadi dilakukannya. Dia senyum sehingga kelihatan semua giginya.

Giginya diketap kan bersama. Selain cuba untuk menahan senyum lelaki itu juga cuba untuk menahan diri supaya tidak menjerit riang di tengah-tengah majlis ini.

Tuan Danish yang sudah dapat menerima persetujuan Natrah menggelengkan kepalanya melihat tingkah Tuan Hariz itu.

'Anak siapa tah'

Natrah yang melihat mula kebingungan. Baru sahaja ingin menepuk bahu lelaki itu. Tetapi dia di kejutkan dengan tindakan drastik Tuan Hariz yang tiba-tiba berpaling ke arahnya dengan sorot mata yang biasa diberikannya.

Lelaki itu berdehem kecil.

" Baguslah kalau tu jawapan kau. Besok kita pergi fitting baju. " Kata Tuan Hariz.

Natrah membesarkan matanya, terkejut dengan keputusan yang dibuat Tuan Hariz.

" Awak gila eh? Awal sangat laahhh.. " ucap Natrah, frustrated.

Tuan Hariz membuat muka tidak peduli kepada ayat yang dilemparkan oleh gadis itu.

Dan membuatkan Tuan Danish yang melihat sedari tadi tertawa tanpa suara melihat Tuan Hariz yang cuba berlagak tidak peduli kepada Natrah.

Dia tahu pasti anak lelakinya itu sedang merasa gemas melihat bibir gadis itu yang memuncung ke hadapan sedari mengatakan ayat-ayat yang tidak jelas, yang pasti merupakan rungutan kepada tingkah laku lelaki itu.

Natrah mendekat ke arah Tuan Hariz.

" Kita tukar hari sabtu eh? Saya busy laa.. pleaseee.. " ucap Natrah cuba memujuk lelaki itu.

Memang dia setuju untuk berkahwin dengan lelaki itu. Tetapi tidak secepat ini. Setidaknya sebulan.

Dia harus memastikan sesuatu selama masa itu berjalan.

Tuan Hariz yang tidak tahan dengan kecomelan gadis itu akhirnya mengangguk setuju.

Baru sahaja gadis itu ingin tersenyum bahagia. Tetapi dipunahkan dalam sekejap hanya dengan beberapa patah perkataan yang di lontarkan lelaki itu.

" Seminggu lepas tu kita nikah. Tiada bantahan. " Kata Tuan Hariz yang kemudian pergi ke arah Tuan Danish dan mengajaknya berbual di luar.

Natrah menggurutu di dalam hati.

' STRESSS!! '

BERSAMBUNG...

BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | yy_feraaWhere stories live. Discover now