BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | 13

244 15 2
                                    

Penampilan diri dipandang oleh Natrah.

Dia kini sudah mula kembali belajar seperti biasa di Universiti milik Tuan Danish.

Hembusan kecil keluar dari mulutnya. Sudah masuk 3 hari setelah Tuan Hariz dan Tuan Danish memberi waktu untuknya berfikir. Tetapi sampai sekarang dia masih belum mempunyai keputusan yang tepat.

Kakinya mula melangkah keluar dari bilik tidurnya dan menuju ke Universiti.

Sesampai di sana, Natrah dengan segera menuju ke kelasnya yang terdapat di tingkat 2.

Masuk sahaja ke dalam kelas itu, tanpa aba-aba Dania teman baik miliknya itu menerpa ke arahnya dan memeluk dirinya.

" Weeeee.. Rinduuu! Lamanya kau pergi holidayyyy! Aku takut jadi apa-apa kat kau dekat sana tauu.. Dah lah tak update apa-apa pun dekat akuu " ucap Dania seraya memuncungkan bibirnya.

Natrah hanya tersenyum kecil. Dia tahu bahawa Tuan Danish telah mengambil cuti seminggu untuknya dengan alasan bercuti.

Lagi lagi dia menghembuskan nafas keluh miliknya.

Dia mengalihkan tubuh rendah milik Dania yang masih memeluknya. Dengan cekap tangannya mendekat ke arah dahi milik gadis itu dan menjentiknya perlahan.

" Kau tak payah nak kecoh sangat. Aku pergi holiday je bukan pergi berperang. Huh! " Ucap Natrah sebelum berjalan ke arah meja yang diduduki Dania tadi.

Dania yang merasa sakit akan jentikan itu menggosok dahinya kesal seraya menjeling Natrah.

Kaki miliknya melangkah cepat cuba untuk mencapai langkah besar milik Natrah dengan payah.

Melihat Natrah yang sudah duduk di sebelah kerusi miliknya membuat dirinya semakin merasa kesal kerana tubuhnya yang rendah membuatkan dirinya susah untuk menyaingi langkah milik gadis tinggi bak model itu.

Dia duduk di kerusi miliknya dengan kesal.

Wajah Natrah yang sedikit kurus dari sebelum ini membuatkan dirinya tertanya-tanya.

Baru sahaja Dania ingin menanyakan soalan tentang percutian dan perubahan fizik milik gadis itu, tetapi tertangguh kerana pensyarah yang sudah melangkah masuk ke dalam kelas.

Mereka kini hanya fokus akan pelajaran yang diajarkan oleh pensyarah mereka dihadapan.

- 🤍

Universiti TI kini kecoh apabila melihat kereta berjenama Rolls-Royce yang model keretanya amatlah jarang untuk terlihat di sana kerana kebanyakan pelajar lebih gemar membawa kereta sport dan terlihat modern berbanding kereta tersebut.

Kereta yang sangat popular digunakan oleh orang-orang kaya untuk menghadiri sebuah majlis, kini berjalan menyusuri jalan tar di universiti itu dan menuju ke arah bahagian utama universiti tersebut sebelum berhenti.

Pemandu kereta itu keluar dari perut kereta dan dengan cekap pergi ke arah pintu dibahagian penumpang belah kiri dan membukanya untuk mempersilakan orang yang berada di dalam kereta itu untuk keluar.

Tuan Hariz keluar dari perut kereta sambil membetulkan kot serta tali leher miliknya.

Cermin mata miliknya juga turut dibetulkan sebelum dia mula melangkah dengan wajah beku miliknya menuju ke arah pejabat universiti TI.

Setiap langkah yang diambil pasti terdengar bisik-bisikan tentang penampilan dirinya yang sangat berkarisma.

Lagipun dirinya tidak menyambung pelajaran disitu, melainkan di universiti di Melbourne, Australia. Dan itulah penyebab pelajar di universiti TI itu tidak mengenalinya.

Tuan Hariz berada di universiti tersebut untuk menguruskan sesuatu hal dengan ketua dekan di situ.

Dia telah mengambil alih syarikat papanya beberapa hari yang lepas dan itu lah yang menyebabkan dirinya berada di universiti TI itu.

Perpustakaan di universiti TI kini sangat lah sunyi. Hanya ada beberapa orang pelajar sahaja di situ termasuklah Natrah Sofya yang sedang menulis nota di iPad miliknya dan ada beberapa buah buku di samping iPad nya.

Dia membuat ulangkaji tentang topik yang ditinggalkannya beberapa hari setelah ketidak hadiran dirinya.

Dania sudah pulang kerana ingin keluar membeli-belah bersama umminya.

Dia kini sedang mengusutkan rambutnya apabila melihat notification tentang kerja yang diberi pensyarah pada minggu lepas dan kerja tersebut perlu diberikan sebelum deadline pada hari Rabu minggu hadapan.

" Eiiii! Menyampahnyaa.. Dah lah aku still tak dapat catch up apa yang dia explain dekat depan tadii.. lepastu nak aku buat itu ini pulaa.. penat tau takk? " Rungut Natrah seraya menghantukkan kepalanya diatas meja perlahan.

Disebabkan dia menghantukkan kepalanya berdekatan dengan buku tebal yang diambil olehnya tadi. Ia menyebabkan buku itu jatuh lalu mengenai kakinya yang tidak bertutup dengan kasut miliknya kerana kasut itu telah dibuka olehnya akibat rimas dan tidak selesa.

Natrah mengaduh sakit dengan agak kuat dan hal itu menyebabkan dirinya ditegur oleh penjaga perpustakaan itu.

Natrah menunduk untuk mengambil buku yang terjatuh itu kembali.

Natrah mengeluh lemah apabila kembali melihat kerja yang harus dilakukannya masih belum selesai dan masih berada di atas meja menanti dirinya untuk menyudahkannya.

Dia melentokkan kepalanya lemah ke atas meja.

" Penatnyaa.. Bila lelaki kaya nak minat akuu.. Penat lah belajar " kata Natrah tanpa sedar.

Tuan Hariz yang sedari tadi berdiri 4 meter dari Natrah berdecit kecil mendengar kata-kata yang dilontarkan gadis itu.

" Kau nak aku campak black card depan muka kau ke? " Gumam Tuan Hariz perlahan.

Tuan Hariz berjalan ke arah gadis itu dan duduk di kerusi yang berada di hadapannya.

Natrah yang merasa ada pergerakan disekitarnya mengangkatkan kepalanya.

Riak wajahnya berubah terkejut apabila melihat Tuan Hariz berada di hadapannya.

Natrah dengan segera membetulkan postur tubuhnya dan menyisir rambutnya menggunakan jari setelah dirinya telah menyerabutkannya sebentar tadi.

Natrah berdehem kecil.

" Awak buat apa kat sini? And lagi satu.. Macam mana awak boleh masuk? " Soal Natrah bingung. Kerana setahu dirinya pelawat tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan universiti selain tempat parking, taman dan fasiliti yang berada di luar bangunan sahaja. Itu pun tidak boleh berlama-lama.

" Ni kan U papa. Lantak aku lah nak masuk, keluar sesuka hati pun " kata Tuan Hariz.

Natrah berdecit mendengar jawapan milik lelaki itu.

" But still.. ni kan U papa bukan awak punya.. And tak bermaksud yang ni U papa awak, awak boleh buat ikut suka hati je " balas Natrah. Sempat dijeling Tuan Hariz dengan menyampah.

Tuan Hariz membalas jelingan milik gadis itu seraya membalas ucapan milik Natrah.

" Untuk pengetahuan kau. U ni dibuat atas nama aku, bukan atas nama papa. And itu bermaksud, if aku nak bakar U ni sekalipun. Tak ada masalah. Sebab U ni aku yang punya sayang " balas Tuan Hariz dengan lagak yang selalu dipamerkannya. Berlagak.

Natrah yang mendengar ujaran Tuan Hariz itu terkejut.

Bukan kerana panggilan 'sayang' milik lelaki itu melainkan tentang pemilik asal universiti TI yang sedang diduduki olehnya sekarang.

" Awak nak tipu saya pun agak-agak lahh! Tak lawak okey.. " ujar Natrah seraya tergelak kecil.

" Ada nampak macam aku tengah tipu kau ke ? " Soal Tuan Hariz sarkastik sambil memamirkan wajah beku miliknya.

Sorry sayangg.. lambat update pulaa.. busy siapkan homework and product for SRT.. sorry okay cinta ? 🤭😘

BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | yy_feraaWhere stories live. Discover now