BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | 19

215 8 2
                                    

" Ara.. baguslah kau kat sini "

Dia bangun dan mula menarik tangan Natrah untuk mengikutnya duduk di salah satu kerusi disitu.

Dania yang turut berada di situ menatap bingung dua insan Allah itu.

Tuan Hariz mula mengambil dua kotak cincin permata dengan harga yang sangat tinggi dan membawanya kehadapan Natrah.

" You choose " ucap Tuan Hariz lembut.

Natrah terdiam. Matanya melirik ke arah Dania yang berdiri di antara dirinya dan Tuan Hariz.

Terlihat wajah gadis itu yang kebingungan dan kemudian mula berubah ceria semula.

" How about this one? It's pretty and have a gorgeous look " ucap Dania, tangannya mencapai cincin yang berada di kotak yang lain dengan bentuk design bold, permata besar berwarna hijau dan putih dengan warna emas yang menyerlah mengelilingi permata itu.

Tuan Hariz ingin membuka mulut tetapi cepat di cegah oleh Natrah.

" Yang ni.. yang ni lawa.. " kata Natrah sambil menunjukkan cincin silver dengan permata kecil dan halus menyusuri lekukan kecil yang telah ditetapkan oleh pereka.

Tuan Hariz tersenyum kecil seraya mengambil kotak cincin itu dan memberikannya kepada staff di situ.

Dania yang merasa terabai mula sakit hati.

" What the fuck are this, Sofea? " kata Dania dengan geram.

Natrah bangun dan cuba menjelaskan apa yang terjadi tetapi dirinya malah dijerkah oleh Dania.

" Hubungan korang apa hah!? Sampai nak pilih-pilihkan cincin bagai! Eh, Natrah Sofea! Kau memang suka rampas semua yang aku nak ke hah!? Tak cukup dengan ex boyfriend aku kau goda, sekarang Hariz pun kau nak ambil ke!? " Jerkah gadis itu bengang.

Tuan Hariz yang tidak dapat menahan amarah miliknya mula bangun dari duduk apabila melihat jari milik gadis dihadapannya kini mula menonjol kepala Natrah.

" Apa masalah kau ha perempuan? She's my future wife, there's nothing wrong with it! She's free to do whatever she want! And bila masa pula dia rampas aku dari kau? Who are you? My girlfriend? My sister? My mom? Not, right? So shut the fuck up! " Balas Tuan Hariz dingin.

Mereka langsung tidak menghiraukan pandangan orang-orang sekeliling yang memberikan pandangan yang berlainan sehingga membuatkan Natrah yang berada ditengah antara mereka mula panik.

" SIAL PUNYA PEREMPUAN!! KAU DENGAN MAK PELACUR KAU TU TAK ADA BEZA! SAMA SAMA PELACUR! MURAH! GUNA PU-- "

SLAP!

Satu tamparan keras mendarat tepat diatas wajah mungil milik gadis muda itu.

" Aku tak kisah kau nak hina aku Dania. Tapi- ma- mama aku.. tolong jangan. Dia syurga aku. Kau tak ada hak nak kata dia macam tu! Macam mana hina pun dia! Dia tetap mak aku! " Kata Natrah dengan linangan air mata yang merembes keluar dari matanya.

" Ya! Aku dengan Hariz memang akan menikah! And then what!? Kau tak ada hak untuk tentukan aku kahwin dengan siapa, suka dengan siapa! Itu semua hak aku! I love him and I will make him mine! " Ucap Natrah tanpa sedar meluahkan isi hatinya.

Tuan Hariz mengulum senyum mendengar bicara gadis pujaannya.

Natrah mula mendekatkan wajahnya ke tepi wajah Dania.

" first come first serve, sial " bisik Natrah di telinga Dania.

Dia melangkah keluar dari situ dengan cepat. Tidak ingin berlama-lama berada di sana, takut sampai membuat kekacauan menjadi semakin teruk.

Manakala Tuan Hariz kini mula mengambil cincin yang dibelinya tadi dan mula mengambil langkah ke arah Dania yang sedang berdiri mematung di tempat yang sama ketika ditampar Natrah sebentar tadi.

" Kau patut bersyukur sebab Natrah yang tampar kau. Kalau aku... Bukan setakat tampar, lebih dari tu pun aku akan buat " kata Tuan Hariz dan berlalu pergi dari situ.

Dania mengetap giginya geram.

" AHHH! SIAL! " jerit gadis itu.

Dirinya mula mengambil langkah untuk keluar dari sana apabila melihat para pengunjung mula mengeluarkan telefon pintar masing-masing untuk merakam dirinya yang sedang menjerit seperti orang gila.

-🤍

Natrah mencapai sehelai tisu yang berada di atas meja di hadapan tv ruang tamu itu.

Air matanya di lap.

Wajah wanita yang sedang menangis di dalam kaca tv itu ditonton dengan hati pilu.

" How dare you Song Kang! Arghhhh "

Tuan Hariz yang melihat tingkah gadis itu yang menangis dihadapan kaca tv hanya menggeleng perlahan.

Dia membawa mangkuk berisi buah-buahan yang dipotong olehnya sebentar tadi ke arah Natrah.

Tuan Hariz meletakkan mangkuk itu di atas meja kayu bernuansa moden di hadapan Natrah seraya mulut menyuruh gadis itu memakan makanan yang dipintanya.

Natrah pulang bersama Tuan Hariz kerana dirinya sangat malas untuk memandu pada waktu itu.

Dan dirinya meminta untuk tinggal sementara di apartment milik Tuan Hariz kerana tidak mahu membuat Tuan Danish merasa risau akan keadaannya.

" Kau tak ada cara lain ke nak express perasaan kau tu? Aku rasa dah banyak kali kau tengok cerita Song Kang kesayangan kau ni. Cerita yang sama pula tu. Kalau ending dia elok tak apa juga, ni ending macam s- "

" Awak boleh diam tak? Saya nak tengok muka suami saya. Tak nampak situation dia orang macam mana sekarang ni? Boleh tak awak cuba faham dia orang? " ucap Natrah dengan mata sembap miliknya menatap manik coklat terang milik lelaki itu.

" Faham dia orang atau kau? " kata Tuan Hariz dan membalas tatapan mata milik gadis itu.

Tubuhnya mula mendekat menghakis jarak diantara mereka.

" And siapa suami kau? Dia atau aku? You have to remember, the one who will be your husband is me! " Bisik Tuan Hariz tepat di hadapan wajah Natrah.

Natrah terdiam begitu juga Tuan Hariz yang baru menyadari  jarak yang dihakis dirinya kerana terlalu mengikutkan emosi.

Mata milik mereka bertemu pandang dalam kiraan yang cukup lama diiringi dengan adegan panas yang terpapar di dalam kaca tv sehingga membuat suasana terasa panas.

Hal itu berhenti apabila ada suara yang cukup nyaring keluar dari kaca tv  dan menyentakkan kedua-dua manusia berlainan jantina itu.

Mereka mula berdehem dan kelihatan kalut apabila merasa suasana yang agak janggal menyelubungi diri masing-masing

Tuan Hariz berpamitan pergi ke dalam bilik kerjanya dan hanya membiarkan Natrah berbuat sesuka hati di dalam rumahnya apabila merasa jantungnya mula tidak tentu arah.

Begitu juga Natrah.

Gadis itu meletakkan tapak tangannya di dada.

Dengan wajah yang memerah gadis itu mengambil mangkuk buah-buahan di atas meja dan melahapnya dengan rakus bagi menghilangkan degup di dada.

Dia menyambung menonton drama Korea di tv tanpa memikirkan tentang apa yang berlaku sebentar tadi.

Bersambung...

BUKAN HUBUNGAN TERLARANG | yy_feraaWhere stories live. Discover now