BANG! BANG! BANG!
Bunyi tembakkan kuat bergema di seluruh bilik. Peluh mula membasahi muka dan badan nya. Nafas cuba diatur kan sebaik mungkin supaya tidak terus mengikut emosi.
"Zayden, umur kamu dah 23 tahun. Sampai bila ayahanda nak tunggu kamu bersedia?"
Zayden mendengus kasar apabila mendengar soalan Tunku Zain pada nya. Tak habis habis dengan kenaikkan takhta.
"Zayden, tak nak ayahanda. Jangan paksa Zayden" Balas nya mendatar
Harline memandang Tunku Zain. Tangan Tunku Zain disentuh lembut
"Zayden, kamu-"
Kata kata Tunku Zain terhenti apabila Zayden berjalan pergi.
BANG!
Tembakkan terakhir Zayden betul betul terkena pada sasaran. Zayden berhenti untuk menangkan diri.
Pistol yang berada ditangan nya dicampak kasar ke dinding.
"Kenapa ayahanda beria sangat nak suruh aku naik takhta? Kerajaan lain tak ada pon macam ni"
Zayden menarik nafas dalam sebelum dihembus. Sarung tangan yang tersarung di tangan nya itu dibuka. Peluh yang membasahi dahi juga dilap menggunakan tangan nya sahaja.
Zayden memusingkan badan nya kebelakang dan keluar dari bilik menembak itu.
Bilik menembak itu memang tersedia di dalam istana kerana sejak dari kecil lagi Zayden sudah di latih dengan seni pertahankan diri dan menembak.
Dia sendiri tidak tahu kenapa Tunku Zain tekan kan sangat dia dalam seni pertahankan diri.
Zayden berjalan pergi ke ruang tamu. Tiba sahaja di situ..
"Abe Zayden! arghh! baby why you peluh peluh ni. Omg peluh pon hot!"
Zayden menghembus nafas berat. Aduhh si bala ni datang pulak.
"Korang buat apa kat sini?" Soal Zayden malas
Gabriel dan Airil tersenyum seperti kerang busuk. Mereka berdua berjalan mendekati Zayden
"Kitaorang nak ajak kau keluar lah" Gabriel menyentuh lengan Zayden
Saja nak menggedik!
"Keluar mana?"
"Nak pergi magical town!" Kata Airil teruja
Berkerut dahi Zayden mendengar nama salah satu tempat di dalam Elgarien.
"Nak buat apa? Jauh lah. Magical town tu, bandar yang penuh dengan orang orang pelik. Mereka dekat sana kebanyakkan semua selalu guna kuasa pukau atau sihir" Kata Zayden mendatar
Tahun lepas semasa dia dan Tunku Zain pergi ke magical town untuk menjenguk rakyat. Dia dapati banyak sangat mereka di sana yang menggunakan jampi atau sihir untuk kegunaan seharian mereka. Di sana antara kampung yang di duduki orang orang yang tiada pegangan agama..
"Alaa Den, tapi kat sana ada banyak benda best kita boleh buat dan aku dengar dekat sana ada air terjun magical. Kata nya air terjun tu air nya sejuk dan boleh hilang kan stress."
YOU ARE READING
Diana: His deadly poison
Action{Royal Fantasy + romance} Elgarien satu kerajaan yang harmoni dan antara kerajaan paling selamat di seluruh dunia. Tetapi tanpa rakyat sedar. Kerajaan itu sentiasa menjadi sasaran. Tunku Syed Zayden , seorang putera raja yang sangat kacak dan sent...