Selepas kejadian semalam, Maya terus pulang ke rumah nya. Mungkin takut dengan hukuman yang akan diberi Zayden..
Bangun sahaja pagi ini, mereka semua sudah diarah kan oleh Jebat untuk pergi ke kandang kambing.
"Huwaa! Kenapa lah atuk ni pagi pagi dah suruh orang bersihkan kandang kambing dia" Gabriel mengelap peluh yang menitik jatuh dari dahi nya
Gabriel dan Airil ditugaskan untuk membasuh dan membuang najis kambing.
Manakala Lucas dan Chris..
"CHRIS!! BODO KE KAU! AKU PENAT BAWAK DIORANG KELUAR DARI KANDANG! KAU BOLEH CURI ANAK KAMBING TU!!?"
Lucas menjerit kuat apabila melihat Chris mencuri anak kambing dari salah satu kandang kambing.
Dan disebabkan itu, sekarang ibu kambing tu sedang mengejar Chris.
Kambing kambing yang dia kumpulkan setempat tadi kini sudah berselerak.
Ada yang pergi ke kanan, ada yang berlari masuk ke dusun.
"Chris! Dah lah tu! Pulangkan balik anak dia!"
Naik gila Lucas dengan perangai Chris. Sebodo dia, bodo lagi Chris.
Chris ketawa sendiri, dia berhenti kan larian nya. Kemudian anak kambing itu diletak kan balik, serentak dengan itu ibu kambing itu turut berhenti.
"Woi! Aku suruh korang jaga kambing sementara si benak dua orang tu bersihkan kandang bukan suruh buat party dengan kambing" Jebat melihat kambing kambing nya yang banyak sudah berlari ke tempat lain.
Zayden menarik telinga Chris lalu kepala Chris dipukul
"Kau buat apa gila? Otak kau letak celah ketiak ke? Aku ni kan haa memang last aku bawak kau balik kampung. Mintak kena pijak sia"
Jebat menggeleng kan kepala, aduh niat asal nya ingin membuli budak budak bandar ini. Tapi ini macam mereka yang membuli nya.
"Gabriel! terpijak taik kambing!"
Jebat memukul dahi nya sendiri. Penat.
~~
"Zayden! Datang sini sekejap"
Zayden yang tadi nya sedang bermanja dengan isteri nya terus mendengus geram apabila Jebat memanggil nya
Tok daddy ni sengaja tau!
Diana menggeleng kan kepala, dia pasti Jebat sengaja mahu memanggil Zayden..
"Sabar abang... Dari tunggu tok daddy mengamuk baik abang pergi"
Zayden mengangguk kan kepala. Pipi Diana sempat dikucup sebelum dia berjalan keluar
Sampai sahaja di halaman rumah, Zayden mengambil tempat di atas pangkin yang di duduki Jebat.
"Ye Tok Daddy? Kenapa panggil Zayden?"
Jebat memandang Zayden.
"Aku dengar, ada syarat yang Skyland buat untuk kamu. Apa benda syarat nya?"
Zayden agak tersentak dengan soalan Jebat namun dia kekal tenang.
"Kahwin, ambik takhta dan mempunyai waris"
Jebat mengangguk kan kepala. Jadi syarat nya tak lah berat mana . Tapi dia tahu yang hukuman yang akan diberikan Skyland sangat teruk.
"Kalau lah eh, cucu aku tak dapat bagi kau anak or waris. Apa yang kau boleh buat?"
Zayden terdiam.
"I don't know.. Zayden tak tahu macam mana nak jaga negara ni bila ada peperangan"
Jebat menyentuh bahu Zayden lalu diusap lembut bahu anak muda tersebut.
"Satu hari nanti, aku yakin kau akan dapat kawal semua nya"
Zayden menoleh ke kenan, memandang Jebat. Bibir mengukir senyuman nipis
"Hm Tok Daddy, Zayden hari tu nampak baju askar dalam gerobok bilik Diana. Maaf kalau benda ni biadab, tapi apa punca kematian erm daddy Diana?"
J
ebat yang mendengar soalan yang dituju kan Zayden tersenyum tawar.
Satu perkara yang dia benci mahu mengingati nya.
"Danial, bapak Diana.. Seorang askar atau boleh cakap dia antara salah seorang ahli bawahan aku. Aku benarkan dia kahwin dengan anak aku, tapi syarat nya kena berlatih siang dan malam. Aku latih dia dan asah kebolehan dia. Apabila tiba masa dia untuk turun berperang, dia terpaksa tinggalkan Dhiya"
"Dhiya terima. Tapi yang buat kan kami semua sakit... Dia khianat Elgarien. Dia bagitahu banyak info pada tentera Skyland untuk menyerang Elgarien. Umpama seperti menikam keluarga sendiri."
"Apabila benda tu sampai ke pengetahuan Elgarien. Danial dijatuhkan hukuman gantung sampai mati."
Zayden diam membisu. Dia sedikit tekejut dengan cerita tentang bapa mertua nya.
Dia faham sekarang.
Generasi sebelum nya, adalah generasi akhir peperangan.
Dan Tunku Zain mengarahkan semua generasi itu, mendiamkan diri dan tidak membuka mulut tentang sejarah gelap Elgarian pada generasi akan datang.
Sebab itu Elgarien di anggap negara yang harmoni.
Tapi dia yakin, Kebahagiaan Elgarien tidak akan kekal lama..
Dia yakin.
YOU ARE READING
Diana: His deadly poison
Action{Royal Fantasy + romance} Elgarien satu kerajaan yang harmoni dan antara kerajaan paling selamat di seluruh dunia. Tetapi tanpa rakyat sedar. Kerajaan itu sentiasa menjadi sasaran. Tunku Syed Zayden , seorang putera raja yang sangat kacak dan sent...