Bab 27

39 4 0
                                    

Krik krik

Bunyi cengkerik yang kuat menunjukkan kawasan di situ betul betul sunyi. Di kawasan mereka sekarang.. sangat gelap.

Tiada sorang pon yang membuka lampu atau bara api. Disebabkan waktu sudah malam, mereka akan berehat untuk esok pagi.

Masing masing bergilir untuk berjaga pada setiap 2 jam.

Airil menggosok gosok mata nya. Kini tiba masa nya untuk berjaga.

Waktu menunjukkan pukul 3.30 pagi.

"Tahajjud kejap lah"

Airil membuka vest kalis peluru nya dan peralatan nya yang lain. Mereka berada di dalam hutan yang tidak terlalu besar. Tempat ini memang untuk berehat sahaja.

Airil memandang sekeliling memastikan tiada musuh dari Skyland di situ.

Tentera  Elgarien masing masing bersandar di pokok. ada jugak yang menjadi kan beg mereka sebagai bantal.

Airil berjalan perlahan pergi ke tempat yang lebih bersih.

Botol air nya dikeluarkan lalu dia mengambil wudhu dengan tertib.

Setelah selesai berwudhu

Airil membentang kan sejarah nya. Niat solat Tahajjud dibaca sebelum takbir di angkat.

Setelah selesai dia solat tahajjud. Airil mengangkat tangan untuk berdoa..

"Ya Allah.. Ya Rahman .. Ya Rahim... Kau ampunkan lah dosa dosa ku serta dosa orang orang yang beriman kepada kau Ya Allah.. Ya Allah.. Aku sedar, aku seorang hamba mu yang penuh dengan maksiat. Aku manusia biasa yang tidak lari dengan dosa.. Kau pegang lah tangan ini Ya Allah. Sungguh aku tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolangan engkau  Ya Ghafūr.." 

"Kami penat Ya Allah.. Kau permudahkan lah urusan Elgarien dalam hari hari yang penuh sukar ini. Kau berilah kami kemenangan dan keadilan yang selayak layak nya. Berilah Elgarien kekuatan.. dan kau terima lah ibadah ibadah kami sepanjang peperangan ini. Kadang kami lalai.. dan kadang kami lemah.. Matikan kami dalam Iman.. Kami tidak layak mendapat syurga mu..Tapi kami tidak mahu rasa sakit nya neraka mu.. Ampunkan lah Ya Rabb.."

"Amiin Ya Rabbal Alamin.."

laju air mata Airil jatuh.. Sakit. Bila mengenang kan dosa dosa lama. Sakit bila mengenang kan bila bila masa sahaja dia boleh mati.

Dia takut.

Siapa sahaja yang tidak takut dengan kematian.

Walau sebaik mana pon kita..Kematian itu sangat sakit..

Airil bersujud lama.. Dia menangis semahu mahu nya. Cara ini saja yang boleh menenangkan hati nya.

"Tuan"

Airil bangun dari sujud nya. Air mata nya dikesat sedikit.

Dia menoleh ke belakang.

"Ya Khalid?" 

Khalid tersenyum nipis. Dia dengar semua doa Airil.. Walaupun Airil nampak seperti gila gila dan jarang serious. Namun Airil tetap mempunyai rasa sedih .. Dan rasa takut.

Lelaki di depan nya ini. Sangat kuat dan tabah.

"Tuanku nak bercakap dengan tuan." 

Airil menggangguk. Dia melipat kan sejadah nya lalu kaki nya mengikut langkah Khalid.

Setelah tiba di tempat berkomunikasi. Khalid menyerahkan telifon itu pada Airil.

"Bro"

Suara Zayden mula kedengaran. Terus bibir Airil memgukir senyuman.

Sudah seminggu peperangan ini berlaku dan sudah seminggu jugak di tidak mendengar suara sahabat nya itu.

"Yow bro! Aduh lama tak dengar suara kau"

Zayden ketawa kecil

"Aku tak ada apa apa. Hidup lagi ni. Harathen semakin baik. Ramai tentera Skyland berundur... Aku nak mintak laporan. Macam mana dengan Westlint?"

"So far, Westlint baik baik saja. Mungkin esok hanya 5 orang akan berjaga di sini dan kami yang lain akan gerak ke Magical town." Ujar Airil

"Magical town? No, aku tak izinkan kau pergi. Kau stay dekat Westlint. Magical town terlalu bahaya sekarang. Peperangan di situ sangat dasyat. Bom sana sini."  Kata Zayden dingin

Bukan tidak percaya dengan Airil. Tapi, Magical town adalah bandar yang paling terjejas.

"Chill bro. I'm fine! Lagipun kalau aku tak ada. Siapa nak kendalikan tentera ni. They will die if I'm not there!"   Airil cuba  yakin kan Zayden.

"No! You can't go. This is my command!"  Suara Zayden meninggi

Sungguh dia risau dengan keadaan sahabat nya jika Airil pergi ke sana.

"I'm the leader here! I should go with them" Suara Airil turut meninggi namun masih tidak terlalu kuat  

"And I am your king! No. Means no"

Khalid yang memegang senjata turut mendengar perbualan antara ketua nya dengan raja Elgarien.

Khalid memusing ke belakang. Tidak mahu memandang Airil. Dia masih di sini untuk menjaga dan memerhati kawasan.  

Airil menarik nafas dalam.. "Sorry bro. Aku dah baca ikrar untuk sentiasa ada untuk Elgarien. Tiada istilah kawan takut aku tak selamat.  This is about Elgarien and I will go."

"Okay kalau itu yang kau mahukan. Esok aku dengan Lucas naik Magical town."

"What? Habis Diana macam mana mana?" Soal Airil

"Diana stay istana dengan Gab."

"eh kau tak payah lah pergi-"

"shut bro. Mulut macam bontot ayam. Tidur lah sana" Zayden meletakkan panggilan tersebut





Diana: His deadly poisonWhere stories live. Discover now