DUM!
"Allahuakbar!"
Zayden yang baru sahaja menutup mata tekejut akibat bunyi yang kuat. Tanpa menunggu lama dia terus bangun dan mengejut semua tentera Elgarien.
"Gab! Gab bangun lah binatang!" Lucas menjerit separuh kuat.
Zayden menyiapkan diri nya sambil mata memandang Lucas yang sedang mengejut Gabriel.
Itu adalah salah satu sebab kenapa dia menyuruh Lucas mengejut Gabriel.
Lelaki itu sangat susah bangun. Buat baran je.
"Tak nak bangun ye kau" Lucas tersenyum jahat
sebelum tangan nya laju melempang kuat wajah Gabriel.
Gabriel terus berdiri dari duduk nya. dengan mata yang membulat mencari siapa yang memukul nya.
"Jamban mana yang berani Serang aku tadi."
Lucas yang sedang mencangkung tergelak kecil. "Dah tua tua pon bodo"
Zayden menggelengkan kepala
"Gabriel! Lucas! cepat. Yang lain .. move move"
Zayden berjalann kehadapan. Melihat apa yang sedang terjadi.
Jantung nya bagai terhenti apabila melihat sebuah perkampungan terbakar besar besaran.
"Keluar lah bodo! Seronok tak tengok bunga api kat rumah korang" Kata Seorang Tentera Skyland.
"Jahat korang ni.. Kalah Iblis!"
Bergetar bola mata Zayden melihat lelaki yang sangat dikenali nya. Tok daddy!
Jebat di tahan oleh tentera Skyland. Rumah jebat saja yang masih belom terbakar.
"Tengok ni Tuan Jebat! Isteri kau kat dalam tu. Dan rumah ni akan jadi bom! debu."
Zayden ingin berlari pergi ke jebat. Namun dihalang Lucas.
"Kat sana ramai sangat tentera Zayden! We need a plan!" Suara Lucas perlahan tapi sangat tegas.
Zayden meraup wajah nya. "Tu Tok Daddy Lucas! We need to hurry."
Zayden menarik nafas dalam cuba untuk menenangkan diri nya.
"Team A pergi jaga kanan. Team B arah barat. Yang lain ikut aku" Kata Zayden dengan suara mendatar. Perasaan takut mula hadir apabila salah seorang ahli keluarga menjadi mangsa Skyland.
Tentera Skyland yang bernama Zikri itu tersenyum melihat Jebat di dalam pegangan nya.
"Ingat Jebat? Beberapa puluh tahun lepas.. Kau bunuh bapak aku!" Zikri menarik rambut Jebat kuat
Jebat mengetap gigi menahan amarah nya. Ni kalau kaki aku tak kena tembak dah lama mati..
"Bapak kau tu orang Skyland. Dia bunuh beratus orang. Tugas aku lah untuk berjuang demi negara. Sedih sekali bapak kau ada anak bangang macam ni" Jebat ketawa kecil
Zikri terus menumbuk muka Jebat. Biadab! "Orang tua tak sedar diri!"
BANG!
"Hey! Get your hand off!" Kata Zayden lantang. Kaki nya berjalan perlahan mendekati Zikri.
Tiga orang tentera di belakang Zikri terus menghala kan pistol nya pada Zayden.
"Kau sentuh dia! Orang kau semua mati" Kata Zayden sebagai kata ugutan
Zikri tergelak jahat "Kau fikr aku takut ke?"
Zayden memandang ke dalam rumah Jebat. Seluruh rumah itu dibasahi dengan minyak tanah.
Dan di tengah tengah itu...
Tokma di ikat pada kerusi...
"Say bye bye to your 'tokma' Tuanku!"
Zayden tersentak dengan sekelip mata rumah Jebat sudah dijilat api. Mana datang semua api ini? Kenapa begitu cepat..
"Kau tak layak hidup!"
BANG! BANG! BANG!
Tanpa berfikir Zayden menembak Zikri dan tentera nya yang lain.
Serentak dengan itu, tangan jebat terlepas dari pegangan Zikri.
"Ya Allah!"
Jebat ingin berlari masuk ke dalam rumah nya. Tapi dihalang oleh Zayden.
"Tok daddy jangan" Kata Zayden perlahan
Tok Daddy menggeleng kan kepala.
"Allahuakbar abang!"
Menggigil seluruh badan Jebat melihat api semakin membara dan mendekati isteri nya.
"ASH-HADU AL LA ILAHA ILLA LLAH!"
" WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADA RASULU LLAH"
Zayden memejam mata nya apabila api mula sampai ke Tokma..
Jebat jatuh terduduk di tanah. Mata nya perlahan lahan menjatuhkan air mata.
Dapat dia rasa, haba dari api itu menyentuh kulit nya.
"Allahuakbar!"
Jebat menangis teresak-esak. Hidup hidup nya yang selama ini ditemani wanita yang dia dambakan.
Jebat mengangkat tangan nya untuk berdoa kepada Allah.
"Ya Allah, Sesungguhnya kau maha berkuasa. Kau tempatkan lah isteri ku .. Dayang Marissa di dalam kalangan orang orang yang beriman kepada mu. Dia isteri yang baik... Dia hormat aku. Dia sentiasa melakukan ibadah pada mu. Ya Allah, tuhan yang maha esa...Permudahkan urusan isteri ku di sana. Hati aku sangat sakit Ya Rabb... Ampunkan lah isteri ku. Ujian mu begitu berat.. Tapi aku cuba untuk redha. Aku terima qada' Qadar .. mu."
~~
Diana tiba di Indra Forest. Dia terima berita tentang kematian Tokma nya. Apabila dia dapat panggilan dari Zayden. Dia tidak percaya..
Keadaan Indra Forest sangat teruk.
Kaki Diana terhenti apabila melihat ramai orang di tanah perkuburan Islam Indra Forest.
"Awak.. Apa amalan yang awak buat? Walaupun cara kematian awak sangat menyeksa kan. Tapi awak masih boleh tersenyum macam ni." Jebat menahan tangisan nya.
Api terpadam dengan cepat setelah dibantu oleh tentera Elgarien dan pihak bomba Indra Forest.
Mayat Dayang masih tidak hancur.
"Jebat, tak boleh kau meratapi macam ni" Kata Imam Wais
"Isteri aku Wais.. Aku tak kuat. 3 minute please"
Imam wais tersenyum tawar. Dia faham perasaan tu.
"Dayang. Tunggu saya ye?"
Jebat mengucup dahi Dayang lama.. Walaupun kulit itu penuh dengan kesan tebakar. Tapi dia tidak kesah. Dia tak geli. Dia tak kan pernah geli.
Dayang Marissa cukup sempurna.
Diana menahan sebak mendengar percakapan Jebat.
"Tok Daddy" Diana duduk di sebelah Jebat.
Jebat memusingkan kepala nya melihat Diana. Dia tersenyum tawar..
"Kenapa datang sini Diana? Kat sini bahaya..." Kata Jebat dengan suara bergetar
Diana menangis. Dia tidak dapat tahan lagi. Ini Kali pertama dia lihat Tok Daddy selemah ini.
"Ampunkan Diana Tok Daddy sebab tak jadi cucu yang bagus"
Jebat menggeleng kan kepala "You're the best Diana."
YOU ARE READING
Diana: His deadly poison
Action{Royal Fantasy + romance} Elgarien satu kerajaan yang harmoni dan antara kerajaan paling selamat di seluruh dunia. Tetapi tanpa rakyat sedar. Kerajaan itu sentiasa menjadi sasaran. Tunku Syed Zayden , seorang putera raja yang sangat kacak dan sent...