Bab 6

61 4 0
                                    

Dua minggu berlalu dengan sangat pantas. Kini tiba lah hari pernikahan Tunku Syed Zayden dan Diana Evelyn.

"bro"

Zayden yang tadinya sibuk bersiap untuk majlis nya sekejap sahaja lagi terus menoleh pada si suara.

Dan seperti yang disangka, Gabriel dan Airil sedang memandang nya.

"Dah ready belum? Kalau belum aku boleh ganti tempat kau"

Zayden menjeling Gabriel. Yang bukan bukan hidup nya. 

"Kau betul betul cinta kan dia? Atau kau kahwin sebab untuk waris tu je. Kau tak rasa macam kau pijak maruah dia ke?"

Zayden terus memandang Airil. Soalan Airil benar benar menyentakkan nya.

Dia sendiri tidak tahu..

"Aku tak tahu.. Aku dah dapat rasa Cinta tu. Tapi aku sendiri takut dia salah faham bila dia dapat tahu tentang syarat waris tu satu hari nanti. Jangan risau, aku akan tanya dia sendiri sebelum aku sentuh dia."

Gabriel memeluk bahu sahabat nya itu "Apa apa jadi dalam rumah tangga kau nanti. Bincang elok elok. Aku tak nak membe aku jadi duda"

Zayden ketawa kecil mendengar kata kata Gabriel.

"I will always love her Gabriel. That's my promise"

Zayden memandang jam rolex di tangan nya. Waktu sudah menunjukkan pukul 9.50 pagi. Majlis pernikahan nya bermula 10.00 pagi. 

Zayden  membetulkan samping nya, Tapi masih kelihatan tidak kemas.

"Kau tak pandai pakai samping eh jimbit?" Soal Airil yang dari tadi memandang Zayden membetulkan samping nya.

Zayden tersengih lalu kepala di geleng.

Airil mendekati Zayden. Samping sahabat nya itu dibuka sebelum dia melipat samping itu dengan kemas.

Selepas samping Zayden dikemaskan, Airil mengambil keris rasmi keturunan Elgarien dan diselitkan tepi samping itu.

"Aww so cuwittt dua baby kita ni."

Gabriel merakam video Airil membetulkan samping. Moment mereka. sebelum Zayden sah menjadi suami nanti.

"Dah lah jom. Nanti sian bakal Bini kau tunggu" 

~~

Zayden menuruni tangga untuk ke dewan rasmi.

Dari dalam istana lagi Zayden sudah mendengar suara suara rakyat nya.

Zayden sudah duduk di depan tok kadi. Kepala nya sempat menoleh pada pelamin yang di duduki Diana,  Harline dan puan Dhiya

Tapi dari tadi Diana hanya menundukkan kepala. Langsung tak membalas pandangan nya

Zayden memandang sekeliling nya. penuh dengan wartawan dan camera.

Gabriel dan Airil duduk di sebelah Zayden.

"Ampun Tuanku... Tuanku sudah bersedia?" Soal Tok kadi

Zayden menggaru kepala yang tidak gatal lalu dia mengangguk kepala nya.

Jantung nya turut berdegup kencang.  Takut, gelisah, gembira semua perasaan nya bercampur.

"Tunku Syed Zayden bin Almarhum Tunku Syed Zain."

"Ya saya"

"Aku nikahkan dikau dengan Diana Evelyn binti Danial Andrew dengan mas kahwin nya 3000 Elgarien tunai"

"Aku terima nikah nya, Diana Evelyn binti Danial Andrew dengan mas kahwin nya 3000 Elgarien tunai" 

Hanya dengan sekali lafaz Tunku Syed Zayden, raja Elgarien sah menjadi suami pada Diana Evelyn.

"Alhamdulillah"

Dewan rasmi itu penuh dengan flash camera dari wartawan dan jurugambar.

Selepas selesai membaca doa. Zayden terus berdiri dan berjalan ke pelamin nya..

Harline dan puan Dhiya berdiri , memberi ruang pada Zayden dan Diana untuk pembatalan wudhu

"Assalamualaikum Diana Evelyn" Kata Zayden perlahan

"Waalaikummussalam"

"Look at me my love" 

Zayden menolak dagu Diana perlahan supaya Diana memandang diri nya.

Apabila mata Diana sudah bertembung dengan mata Zayden. Badan Zayden mengeras..

Mata hijau itu...

Walaupun sudah banyak kali dia memandang wajah Diana. Tapi mata itu tidak pernah membuat hati nya tidak berdegup kencang.

Mata hijau itu sangat cantik...

"I really love your eyes. It's make me obsess with it."

Wajah Diana berubah warna. Zayden sentiasa memuji mata nya.

"Aww look at you sayang. It's so cute when your blushing"

Diana seperti mahu menekup muka nya kat bantal. Arghh malu

"Come give me your hand. I want to put this ring on your  finger"

Diana perlahan lahan menghulur kan tangan nya.

Zayden memegang tangan Diana sebelum cincin itu disarungkan pada jari isteri nya.

"And now you're officially my wife, my soul, my love and queen of Elgarien." Kata Zayden perlahan

Zayden menarik Diana duduk rapat pada nya. Belakang kepala isteri nya dipegang lembut sebelum bibir nya jatuh pada dahi Diana.

"Wuhuuuu!!! Bestikkk ku sudah halal bersama cinta hati nya sihh! Kamu bila lagi!" Gabriel menjerit seperti orang tidak betul.

"Ku hamil duluan sudah tiga bulan" Airil menyanyi kuat..

"Watafak? Apa? Kamu hamil? Kata kan siapa bapak nya!"

Gabriel menunjuk nunjuk pada perut kempis Airil

Airil memegang perut nya "Argh! Bapak! Ini anak bapak!"

Zayden menggeleng kan kepala sahaja melihat perangai dua sahabat nya itu

Dia kembali merenung wajah Diana..

"Demi Allah Diana, aku tak kan lepaskan kau. Walaupun banyak mana pon ujian yang kita hadapi nanti, sekali aku sebut nama kau dalam akad. I will not leave you. I promise sayang.. Kita lalu semua nya bersama.."

"I love you with all my heart. Trust me always Diana. I won't leave you and please don't you ever leave me sayang.."

Diana tersenyum manis. Pipi suami nya di usap

"Diana tak kan tinggalkan abang. Abang lah raja yang mampu mengambil hati Diana."

Zayden turut tersenyum.

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri

Sebelum Zayden menarik Diana masuk ke dalam pelukkan nya.

Pelukkan pertama mereka setelah sah menjadi suami isteri.

"Ya Allah... I really love her"

"I love you so much Diana Evelyn. My Queen.."



Diana: His deadly poisonWhere stories live. Discover now