Bab 17

51 4 0
                                    

Mereka semua sudah tiba di magical town. Seperti yang disangkakan, keadaan magical town sentiasa bising dengan jampi jampi dari orang perkampungan di situ.

"Meremang weh dengar jampi jampi nya" Kata Lucas sambil menggosok gosok telinga nya.

Zayden menayangkan wajah bersahaja di sebalik mask.

"Jangan layan jampi diorang. Kau boleh kena pukau. Focus berjalan ke depan" Ujar Zayden

Mata Zayden tidak berhenti melihat keadaan sekeliling Magical town

Chris memandang Gabriel dan Airil "Yang korang ni kenapa diam pulak?" Soal Chris pelik. Tak pernah Gabriel dan Airil diam selama ini.

"Aku pernah kena jampi kat sini. trauma aku" Jelas Gabriel

Daripada dia melangkah masuk magical town lagi, dia berusaha untuk memekak kan telinga nya dari mendengar jampi jampi yang dibaca.

Zayden menghiraukan sahabat sahabat nya. Focus nya cuma satu.

Untuk memantau pusat pelombongan.

Cepat siap cepat balik! Boleh jumpa bini!

Setelah 30 minit berjalan, mereka semua sudah tiba di pusat perlombongan emas. 

Ramai orang kampung disitu sedang mencari emas. Ada yang sedang menggali dan ada yang sedang mencari di dalam air.

Rakyat magical town tidak menggunakan duit untuk pembelajaan. Mereka hanya bergantung pada emas.

Perlombongan emas di magical town adalah perlombongan terbesar di dalam dunia.

Jadi tidak terkejut jika ramai orang disini.

"Kenapa kau nak pergi sini Zayden? Tak kan tak tahu cara cari emas" Kata Airil selamba

Zayden diam tidak menjawab. Mata nya memandang wajah satu persatu rakyat nya yang sedang mencari emas.

Wajah mereka kelihatan di paksa...

"Hey! Tu emas kami! Rakyat Magical town hanya bergantung pada emas! Jangan rampas hak kami!"

Suara kuat seorang wanita menarik perhatian semua orang yang berada di situ.

Wanita itu sedang menjerit pada seorang lelaki tua.

Lelaki tua itu tersenyum sinis. Segenggam emas yang berada di tangan nya dicampak pada wanita tersebut.

"Take it!"

Lelaki tua itu mengangkat tangan nya tinggi sebelum dijatuhkan kembali

BANG!

Zayden dan yang lain membulat mata apabila melihat kepala wanita tadi sudah berkecai.

Namun tiada seorang pon di antara mereka kelihatan terkejut. Seperti sudah biasa melihat perkara tersebut.

kecuali..

"Mama!"

Seorang lelaki kecil berlari pergi ke wanita yang sudah mati ditembak oleh lelaki tua tersebut.

Budak kecil itu menangis kuat melihat keadaan ibu nya.

"Chris! Pergi naik ke kereta api dari sini ke Hrathen! Periksa laluan kereta api. Dan tutup semua pengangkutan awam dari pergi ke Hrathen dan Magical town. Airil pergi ke bukit atas dan korang berdua ikut aku" Zayden memberi arahan

Mereka semua mengangguk akur dengan arahan Zayden .

"Kenapa kau bunuh mama aku!!" Jerit budak kecil itu kuat

Lelaki tua yang bernama Stanford itu menggengam tangan berbentuk penumbuk.. Cukup pantang dia melihat budak kecil menjerit jerit.

Baru sahaja Stanford mahu bergerak mendekati budak kecil itu, Zayden pantas menolak tubuh Stanford kebelakang.

Budak kecil itu ditolak lembut supaya berlindung di belakang nya.

"Don't hurt him" Zayden bersuara penuh dingin

"Who are you? Mind your own business!" Stanford menengking Zayden.

Stanford tidak dapat melihat wajah Zayden. Tapi melalui mata tajam Zayden dia tahu lelaki ini bukan orang biasa.

Zayden memandang Stanford dari atas sehingga ke bawah. Mata nya berhenti pada tattoo yang berada di tangan Stanford.

Tattoo dengan lambang S.

"Skyland" Kata Zayden perlahan

Zayden tidak faham. Apa jadi dengan perlombongan magical town sebenarnya? Kenapa tiada sesiapa melaporkan hal ini pada nya? Atau menteri kerajaan Elgarien?

Zayden perlahan lahan menjatuhkan mask yang dipakai.

Mengeras tubuh Stanford melihat wajah Zayden.

"Apa yang kau buat pada rakyat aku?"

Selepas sahaja Zayden menyoal pertanyaan tersebut, sebuah lori yang penuh dengan emas berhenti di tepi mereka.

Dan lori itu berlambangkan Skyland!

"What have you done to my kingdom!" Soal Zayden cukup keras

"Kami cuma ambik hak kami. Lupa janji bapak kau beberapa tahun lepas?" Sinis Stanford berkata.

Zayden sudah faham sekarang. Tunku Syed Zain pernah berjanji untuk memberi kan 30% hasil bumi Elgarien.

"But you take more than that! Hasil bumi Elgarien ada banyak! Tapi kau ambik semua emas di Magical town! Itu bukan hak kau! Ini hak rakyat aku!"  Zayden meninggi kan suara 

Budak kecil yang berlindung di belakang nya tadi sudah pergi ke bapa nya.

"Hanya 7% emas yang boleh Skyland  ambil. Tapi ni sudah melebihi dari perjanjian. Rakyat Magical town perlukan emas untuk menyara kehidupan." 

Ye memang benar, Elgarien sangat kaya dengan hasil bumi. Selain dari perlombongan emas, di sini ada Kristal dan permata. 

Ia langgar perjanjian kerana 30% itu adalah campuran hasil bumi Elgarien bukan hanya pada emas.

Suasana menjadi hening. Stanford sengaja tidak mahu membuka mulut.

"Aku nak korang semua berambus  dari sini. Selagi kau ada di Elgarien. Apa apa arahan aku,  kau perlu ikut" Tegas Zayden

Stanford mengangkat kedua tangan nya ke udara. Senyuman pscyho tidak lekang di bibir

"I'll go but remember! Kau kena hadap Raja Skyland" Kata Stanford sebelum semua warga Skyland yang berada di situ bergerak pergi.

Zayden memicit kepala nya.. Masalah sudah mula datang. Di saat ini hanya satu di dalam fikiran nya.

Keselamatan Elgarien! 

Semua warga Magical town menunduk hormat pada Zayden.

"Maafkan beta. Beta-"

TING TING!

Bunyi yang datang dari phone milik Zayden memberhenti kan niat nya untuk berkata. Ada lima gambar yang di hantar kepada nya.

Zayden mengetap gigi menahan geram.

"Gabriel! Lucas! Take over! Aku ada hal penting"

Sebelum Zayden bergerak pergi, dia memandang semua rakyat nya

"Maafkan beta, kerana tak nampak masalah ni sejak dari dulu lagi. Akan beta pertimbangkan tentang penjagaan magical town. Harap kamu semua tidak menyebarkan hal ini pada kerajaan luar. Maafkan beta sekali lagi"






Diana: His deadly poisonWhere stories live. Discover now