Bab 29

45 4 4
                                    

BANG BANG! BOM!!

"Tuan! Keadaan terlalu teruk! Kita perlukan bantuan!" Jerit Naufal kepada Airil 

Airil mengelap peluh yang membasahi dahi. Nafas cuba diatur sebaik mungkin.. Airil mencari kelibat Chris. 

Dia perlukan Chris untuk mencari bantuan di luar.

"Chris! Chris!" Jerit Airil apabila tidak dapat mengesan di mana kedudukan Chris.

"Arghhh! sakit lah bodo!"

Jantung Airil berdegup laju mendengar suara Chris mengerang kesakitan melalui earpiece yang dipakai.

"Chris-"

TINGGG!!

Semua tentera Elgarien terduduk mendengar bunyi kuat dari earpiece mereka.

Airil pantas membuka earpiece nya akibat bunyi yang terlalu kuat.

Airil memandang ke arah Naufal.. Mata Naufal perlahan lahan bertuka warna hitam sepenuhnya..

Airil tersedar sesuatu... Mereka berada di Magical. Town.

"Bukak earpiece korang cepat! BUKAK!" jerit Airil.

Namun hanya dua tiga sahaja yang sempat membuka earpiece mereka ..

"Tuan.. Sakit-"

150 orang tentera Elgarien.. rebah ke tanah selepas mata mereka bertuka warna..

Mereka semua ..

Mati.

Airil tergamam dengan situasi yang sedang berlaku. Mata nya langsung tidak berkelip memandang mayat rakan pejuangan nya..

"hahahaha! Apa lagi yang kau harapkan wahai Tuan Airil?" Kata seseorang yang berjalan ke arah Airil.

Airil mengangkat kepala nya memandang gerangan tersebut..

"Mikael?"

Mikael.. Gabenor Magical Town.

"Kau khianat penduduk magical town? Kau- ... Kau bunuh bangsa kau sendiri!"

BANG!

Mikael menembak peha Airil agar lelaki itu tidak dapat berlawan..

"Tuan Airil.. Aku boleh jadi lebih kaya bila aku bekerjesama dengan Skyland.." Mikael tersenyum sinis

Mikael mencengkam kuat peha Airil yang baru sahaja ditembak..

Berkerut dahi Airil menahan sakit..

"Mayat Chris ada dekat je kat sini..Nanti cari ya? Kirim salam dengan Tuanku Zayden. Cakap dengan dia .. Ampunkan patik ya?"

Mikael berdiri tegak

Airil yang memandang nya penuh dengan amarah dihiraukan sahaja..

"Kau kena ingat... Orang yang paling kau percaya dan paling baik tu lah yang sebenarnya orang yang paling licik dan munafik."

Mikael tersenyum penuh makna sebelum berjalan pergi... 

~~

"Diana"

Setelah sekian lama Gabriel melihat Diana hanya termenung, dia memberanikan diri untuk menegur wanita itu.

Diana memandang Gabriel "Ya? Kenapa?"

"Kau nampak serabut. Anything to share hm?" Gabriel mengambil tempat di depan Diana

"Aku risaukan diaorang semua.. Macam mana agaknya keadaan diorang kat sana?"

Diana: His deadly poisonWhere stories live. Discover now