Zayden menarik tangan Diana untuk pergi ke satu tempat.
"Abang, nak bawak Diana pergi mana ni?" Soal Diana
Walaupun sudah lama dia duduk di istana ni, tapi belum semua tempat dia pernah jejaki.
Zayden memberhenti kan langkah nya, begitu juga dengan Diana.
Diana memandang persekitaran tempat tersebut dan dia tergamam. Tempat ini seperti padang yang dipenuhi tumbuhan hijau serta bunga bunga yang sangat cantik.
Perkara yang buat dia tekejut adalah, ada 10 ekor kuda yang berada di dalam kandang. Wow.. macam dunia fantasy..
"Abang bawak Diana ke sini sebab nak suruh Diana tenang kan diri" Kata Zayden lembut
Airil datang ke arah mereka sambil menarik seekor kuda.
"Wanna take a ride?" Soal Zayden. Serentak dengan itu, Airil menghulurkan tali yang terikat di kuda itu pada Zayden
"Enjoy love bird!" Airil tersenyum manis sebelum pergi dari situ
Diana menggangguk kan kepala laju. Wah! Dia teringin sangat nak belajar naik kuda.
Tangan Zayden melingkar pada pinggang Diana. "Ready sayang?"
Zayden mengangkat badan Diana sedikit supaya Diana senang naik ke atas kuda.
"hold tight" Pesan Zayden
Zayden mengusap kepala kuda berwarna putih itu dengan lembut. Mata Zayden menikam tajam mata tersebut, seperti sedang berkomunikasi bersama kuda itu.
"Relax Laila.. She's my wife." Kata Zayden lembut
Zayden memandang isteri nya semula "Bercakap dengan dia. Tali tu pegang kuat kuat. Usap leher dia kalau nak dia berjalan. Dia faham"
Kuda kuda yang berada di istana sudah dilatih dan sudah dibiasakan dengan manusia.
Dan Laila adalah kuda yang paling terbaik yang pernah dilatih. Jadi dia tidak berapa risau, jika Diana menunggang Laila.
Diana menundukkan sedikit kepala nya. "Laila, I'm Diana..Jom lah jalan jalan" Kata Diana lembut. Serentak dengan itu tangan nya mengusap leher Laila ..
Laila seperti mengerti, dia terus bergerak dalam keadaan perlahan.
Diana tersenyum suka "Wuhuu! Abang look!"
Zayden ketawa kecil, suka melihat Diana tersenyum.
Sedang elok Diana menunggang kuda, tiba tiba ada seorang pengawal berlari ke arah Zayden.
"Tuanku!"
Zayden menoleh ke belakang
"Tuanku- ampun kan patik kerana menggangu. Tapi-"
BOM!
Bunyi letupan kuat itu membuat kan mereka semua menundukkan kepala.
"Arghhh!! Abang!!"
Zayden membulat mata melihat kuda yang ditunggang isteri nya hilang kawalan.
Kuda sangat sensitive dengan bunyi yang kuat.
"Sayang! Pegang kuat kuat!" Jerit Zayden
Zayden terus melompat naik ke atas kuda berwarna hitam milik nya
"Aron, Relax.. " Kata Zayden, cuba untuk menenangkan kuda nya. sebelum kuda itu begerak laju ke arah Diana
"Abang!" Jerit Diana. Dia memegang kuat Laila.
Dia takut, jika tubuh nya jatuh ke tanah, Laila akan lagi hilang arah dan memijak nya.
Zayden turun dari kuda nya. "Diana lepas kan Laila. Come on.. Abang sambut sayang"
Diana memejam kan mata nya. Perlahan lahan tangan yang memegang kuat leher kuda tersebut dilepaskan.
Zayden pantas menyambut tubuh Diana.
"Pergi lompat naik atas kuda abang" ujar Zayden
Diana hanya akur
"Laila! Laila!Hey, relax"
Zayden cuba menenangkan Laila. Tali yang mengikat di kepala Laila ditarik kuat, supaya Laila memberi perhatian pada nya.
Apabila mata Laila sudah memandang nya. Terus tali yang memgikat di kepala Laila dilepaskan.
Mungkin Laila rasa diancam dan rimas sekarang.
"Laila, hey hey.. Look at me. It's okay... It's okay. Relax!" Kata Zayden penuh lembut
Kepala Laila disentuh perlahan lahan.
Laila seperti faham dengan pujukkan Zayden. Perlahan lahan kuda itu mula tenang.
"Good girl.. Good girl"
~~
"Letupan tu berlaku di Hrathen, dan bom yang digunakan itu berasal dari Skyland."
PAP!
Zayden menumbuk kuat meja di depan nya. Rasa marah yang membuak buak mula hadir..
Skyland benar benar melampau!
"Macam mana dengan penduduk Hrathen?" Soal Diana menggantikan tempat Zayden
Pembesar Hrathen dan seorang ahli tentera menundukkan kepala. Muka mereka bertuka suram..
"Ramai penduduk Hrathen terkorban , pemaisuri ... Yang selamat pon mengalami kecederaan parah. Namun siasatan masih dilakukan. Mencari penduduk yang mungkin tertimbus dalam mana mana bangunan"
Diana menekup mulut nya, dia terkejut dengan berita yang disampaikan oleh pembesar Hrathen itu. Kasihan mereka .. terkorban tanpa sebab.
"Arahkan unit perubatan dan tentera Arlander pergi ke Hrathen. Cari dan rawat seberapa ramai yang boleh" Arah Zayden tegas
Disebabkan Arlender yang paling berdekatan dengan Hrathen jadi apa salah nya jika mereka membantu.
"Keluar. Beta mahu bersendirian"
Pembesar Hrathen dan seorang tentera itu menunduk hormat sebelum pergi dari situ.
Setelah kelibat mereka sudah tiada. Zayden terduduk, wajah nya diraup.
"Abang-"
"Get out Diana. Leave me alone" Kata Zayden mendatar. Kepala dia sangat serabut sekarang.
Diana terdiam. Tapi jika di ingatkan balik, Zayden sentiasa ada dengan dia ketika dia tiada keyakinan diri.
Diana duduk di depan Zayden. Rambut Zayden yang terjuntai menutupi mata dikemaskan.
"Abang, raja yang kuat.. Ingat pesan ayahnda.."
"Diana ada dengan abang. Kita lalu semua ni sama sama.. Demi Elgarien"
YOU ARE READING
Diana: His deadly poison
Action{Royal Fantasy + romance} Elgarien satu kerajaan yang harmoni dan antara kerajaan paling selamat di seluruh dunia. Tetapi tanpa rakyat sedar. Kerajaan itu sentiasa menjadi sasaran. Tunku Syed Zayden , seorang putera raja yang sangat kacak dan sent...