Arran William Raffael's POV
Aku hanya memicitkan kepala aku apabila aku perasan yang nilai wang yang hilang tu lebih besar daripada apa yang aku sangkakan. Aku pandang pula ke arah Adryan yang sedang memandang ke arah aku juga. Dalam masa dua tahun, boleh hilang sebanyak ini? Macam mana Senior Department of Finance buat kerja? Tak reti buat kerja ke?
"Aku nak kau panggil semua department finance dengan marketing. Aku tak puas hati ni. Report marketing dengan finance tak sama sangat ni masalahnya."
Aku hanya anggukkan kepala aku apabila Adryan menjatuhkan arahan itu. Patutlah aku tengok sepupu aku yang lagi dua orang tu dah stress bebenor lately ni. Siapa lagi kalau bukan Ezriel dengan Ayran. Ezriel tu yang memang asalnya pendiam jadi lagi pendiam lately ni. Kalau kau dengar dia bersuara tu kira beruntung sangat-sangat dah tu. Ibarat macam ada emas yang keluar daripada mulut dia kalau dia bersuara. Ha begitulah perumpamaannya. Ayran yang biasanya main-main bila waktu kerja pun boleh jadi serius. Nampak kan dekat situ yang kes ini serius yang teramat?
"Call Ez kejap lagi. Suruh dia turun sini sekali. Tak payah nak mengada duduk sana."
Sekali lagi aku hanya anggukkan kepala aku. Beginilah kehidupan aku sebagai CEA Adryan. Kenapa bukannya Ayran ataupun Ezriel yang pegang? Aku rasa macam dah cakap sebabnya dekat cerita Adryan dengan Emilia tapi tidak mengapa, meh aku cerita balik.
Senang sahaja. Mereka adik-beradik yang memang pegang jawatan tiga cawangan itu. Executive dipegang oleh Adryan memandangkan dia anak sulung. Ezriel pula pegang bahagian Finance memandangkan masa sekolah tinggi dulu dia ada ambil subjek perakaunan. Jadinya dia lah CFO. Ayran? Dia CMO, Bahagian Marketing. Percayalah cakap aku yang Ayran bab membodek orang memang nombor satu. Kebiasaannya memang kalau Adryan ke luar negara untuk meeting ataupun bertemu dengan investors baru atau yang lama, memang Ayran jadi mangsa kedua untuk ikut Adryan. Mangsa kedua? Yelah, Aku ni kan assistant Adryan, jadinya akulah mangsa utama huhuhu.
"Belah sana siapa nak jaga kalau dia pun turun?"
Adryan terdiam sekejap. Memang tahun ini aku dengan Ayran akan naik sebagai leader. Aku sebagai leader dan Ayran sebagai co-leader. Yang itu pun nanti akan diceritakan. Masih terlalu awal untuk aku ceritakan. Tetapi sementara aku dengan Ayran tak naik lagi, memang jawabnya jawatan tu masih dipegang oleh dua orang kembar tu.
"I will ask Papa about this. Papa akan jaga belah sana sementara kita semua balik Malaysia sekejap."
"Ikut kau lah. Yang nak kena menjawab dengan uncle nanti is you not me."
Aku hanya berlalu pergi ke bilik kerja aku setelah selesai berbincang dengannya. Masuk sahaja aku ke dalam bilik kerja aku menyebabkan aku hampir gugur jantung melihat Emilia yang sedang memakai tudungnya. Dia pun terjerit buat seketika apabila dia nampak aku dah pegun dekat situ. Aku pun terkejut disebabkan dia yang menjerit secara tiba-tiba menyebabkan aku terus memalingkan badan aku ke arah lain.
"Kenapa you tak ketuk dulu sebelum you masuk?!"
"Eh! Ini bilik I ye! For what I nak kena ketuk sebelum masuk bilik kerja sendiri? You tu yang dah menceroboh bilik I!"
"You tu yang lupa! Kan Ryan yang suruh I duduk dalam bilik kerja you dulu sebab I nak solat."
Haah kan. Aku terlupa pula tentang itu. Sudahnya aku hanya meminta maaf kepada Emilia kerana telah menuduhnya menceroboh bilik kerja aku. Dia pula sudah keluar daripada bilik aku setelah dia siap memakai tudungnya. Aku membuka semula mata aku apabila bunyi pintu bilik kerja aku telah ditutup kedengaran. Buka sahaja mata aku, pandangan mata aku disajikan dengan botol susu milik Eman. Aduhai. Mengamuk pula budak kecil tembam itu kejap lagi kalau lambat dapat susu. Sudahnya, aku yang jadi tukang delivery ke bilik Adryan.
YOU ARE READING
Arran's Sweetheart
Romance[Second book of Fael's series] "And then I met you, and slowly but all at once my whole world began to change." -ARRAN WILLIAM & HILYA DANIA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untu...