Arran William Raffael's POV
Aku tenung skrin Macbook di hadapan aku. Profile Dania yang aku minta pada Zaquan tempoh hari selepas kami bertolak untuk pulang semula ke US dibaca. Dan ya, seperti yang diminta oleh buah hati aku itu, aku tak kacau dia dah. Sebaik sahaja aku meminta anak buah aku menghantarnya semula ke kolej kediamannya, aku memang tak cari dia dah selepas itu. Sekarang sudah masuk hampir dua minggu kami tidak contact each other.
Name : Nur Hilya Dania binti Affandi
Age : 24 years old
Birth place : International Islamic University Malaysia (IIUM) Medical Centre, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, Malaysia
Education :
-PT3 & SPM : Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang, Malaysia
-Asasi : Foundation in Science, Centre of Foundation Studies (CFS), UiTM Campus Dengkil, Selangor, Malaysia
-Bachelor Degree : Bachelor of Arts in Criminal Justice, University of Nevada, Las Vegas, United States of AmericaFamily members :
-Father : Affandi bin Zaki (alive)
-Mother : Suhaila binti Mahid (alive)
-Brother : Muhammad Haizarul Darwish bin Affandi (alive), Muhammad Hafzal Dailan bin Affandi (deceased in 2015 because of colorectal cancer)Scholarships :
-High school : Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) starting from Form 2 until Form 5
-Bachelor Degree : Biasiswa Yayasan Firma Guaman under a private company in Malaysia-The only daughter and a youngest in family
-currently on Year 3 (Semester 5) of Bachelor DegreeAku melepaskan keluhan apabila aku perasan yang Zaquan tak carikan nama company scholarships Dania walaupun aku ada syak daripada awal lagi ianya ada kaitan dengan company milik orang itu. Firma Guaman? Then, dia akan kerja sebagai apa dekat Malaysia nanti bawah company tu? Aku lupa pula apa yang Emilia pernah ceritakan dahulu.
"Jangan banyak mengeluh, nanti rezeki lari. Cukuplah budak tu je yang lari dari kau, Ran."
Aku hanya mengendahkan sahaja Adryan yang melabuhkan duduknya di atas sofa sebelah aku. Malas nak layan dia. Daripada kami tiba di US lagi, dia sibuk duk cakap Dania lari daripada aku. Katanya, padan muka. Aku rasa nak gantikan gam gajah sebagai lipbalm dia. Banyak membebel betul!
"Kau ni sejak kahwin, kerjanya membebel je! Dah ada anak tiga orang, makin banyak membebel. Memang sah kau dah tua, Ryan."
"Eh! Elok sikit eh! Macam lah kau tu makin muda."
"At least aku tak masuk three series lagi. Kau tu dah nak habis three series!"
Akhirnya! Arran 1, Adryan 0!
"Kau dapat apa yang kau nak?"
"Tak. Tapi aku yakin yang private company tu actually bawah manusia tak guna tu."
"Why not minta tolong Asher carikan lagi? Aku tengok dia macam lagi banyak tahu tentang Dania berbanding kita semua."
Aku diam buat seketika. Betul lah tu apa yang Adryan katakan. Abang tiri aku itu lebih banyak tahu mengenai Dania berbanding kami semua. Masakan tidak aku terkejut apabila dia mengetahui tentang Dania sebelum ini sedangkan aku tidak pernah menceritakan apa-apa tentang gadis itu kepada ahli keluarga aku di Sepanyol walaupun dekat Sya dan juga mummy.
"You know what to do Ran... semuanya di tangan kau sekarang. Raffael bawah kau dengan Ayran sekarang ni. Kau nak Raffael keluar underworld or not, itu semua bawah kau. If yes, then just proceed with what I have been doing dengan Em."
YOU ARE READING
Arran's Sweetheart
Romance[Second book of Fael's series] "And then I met you, and slowly but all at once my whole world began to change." -ARRAN WILLIAM & HILYA DANIA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untu...