"Bila aku tanya soalan, aku mahukan jawapan, sweetheart. I don't take silence as answer."
Aku pejamkan mata aku sambil memeluk erat tali handbag aku. Aku buka mata aku apabila aku rasa dia dah tak dekatkan mukanya dengan aku namun malangnya muka dia masih terpampang depan mata aku menyebabkan aku terus ke belakang bagi mencipta ruang antara kami berdua.
"I want answer, sweetheart."
"Boleh tak jangan panggil saya sweetheart?! Awak ni tak takut bini ke Encik Adryan? Saya bukannya perempuan murahan yang awak boleh sesuka hati nak jadikan mistress awak! I'm not going to ruin another women's life! Awak tu dah ada anak buat cara macam bapak orang lah!"
Dengan itu aku tampar mukanya. Geram juga aku. Nak demand jawapan macam aku ni buat salah besar. Aku berlalu pergi setelah berterima kasih kepadanya sebab dah tolong aku tadi. Aku hanya berjalan kaki menuju ke arah teksi yang ada tersedia di hujung jalan. Mujur sahajalah dekat sini mudah nak dapat teksi. Terkejut aku apabila dia menarik aku dan mencampakkan aku ke dalam keretanya sebelum dia masuk ke bahagian pemandu nak memandu pergi.
Aku pandangnya dengan pandangan yang tidak percaya. Like, what the heck! Aku berdecit kuat lalu berpeluk tubuh sambil memandangnya yang sedang memandu.
"Kalau ye sekali pun awak tak reti hormat isteri awak, tolong hormatkan saya sebagai perempuan Islam. Tak perlu rasanya saya terangkan tentang hukum pegang anak dara orang sesuka hati walaupun berlapik."
"Despite everything I've done to you, this is what you paid back to me, sweetheart?"
"Saya dah cakapkan! Jangan. Panggil. Saya. Sweetheart! Saya bukannya sweetheart awaklah, Encik Adryan!"
"Might as well gives me your name kalau taknak kena panggil sweetheart lagi."
"Dania. The name is Nur Hilya Dania binti Affandi."
"Cantik."
"Terima kasih. Sekarang bawa saya balik kampus. Saya dah penat. Saya pelajar University Nevada."
Aku nampak Adryan naikkan sebelah keningnya apabila aku berkata begitu. Betul lah ni. Aku memang dah penat. Social battery aku perlu dicas. Aku lebih rela dating dengan katil ketika ini. Aku hanya bersandar pada seat keretanya sambil melemparkan pandangan ke luar. Mata aku mengantuk sebenarnya ni. Aku harap sangat aku tak tertidur dalam kereta suami orang. Mampus aku kena kejar dengan penyapu oleh bini dia nanti.
Arran William Raffael's POV
Aku menoleh seketika ke arah Dania. Lah, patutlah dia senyap, tidur rupanya. Aku hanya gelengkan kepala aku.
"Berani betul ye kau sweetheart tidur dalam kereta stranger."
Aku hanya meneruskan pemanduan aku menuju ke rumah keluarga Raffael. Aku bakal disoal siasat ni kejap lagi oleh Adryan dan juga Ayran. Ah! Senang cerita semua orang lah termasuklah Mia dan juga Aidan. Aku tahu aku tak patut bawa Dania pulang ke rumah keluarga Raffael. Firasat aku lebih mengatakan bahawa rahsia keluarga kami akan tersimpan walaupun Dania akan mengetahui tentang kami. Aku dapat rasakan dia sejenis yang ignorant person.
YOU ARE READING
Arran's Sweetheart
Romance[Second book of Fael's series] "And then I met you, and slowly but all at once my whole world began to change." -ARRAN WILLIAM & HILYA DANIA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untu...