Nur Hilya Dania's POV
Bunyi mesin Electrocardiogram (EKG) yang sedikit samar-samar menyebabkan aku membuka mata aku perlahan-lahan namun agak sukar apabila cahaya lampu memasuki retina mata secara mendadak. Kepala yang sedikit berdenyut menyebabkan tangan secara spontan naik untuk mengurut pelipis kepala agar kurang sedikit sakitnya. Aku pandang tangan aku apabila dapat aku rasakan yang ada sesuatu di tangan aku. Aku pandang branula yang telah disambungkan dengan saline water yang sedang tergantung di sebelah kanan kepala katil pesakit ini.
Aku perasan yang aku bukan lagi dekat gudang itu. Aku dekat mana ni? Yang aku tahu, akak Emilia ada menyapa aku apabila aku tidak mahu memberikan kerjasama pada budak perempuan yang lebih kurang seusia dengan aku. Aku tak silap ada dengar nama dia apabila Arran memanggilnya sebelum dia yang berlawan dengan penculik aku itu. Aku cabutkan Intravenous line (IV) itu. Apa kau fikir aku nak cabut branula tu ke? Sakit woi nak cabut macam tu je. Aku sayang diri lagi.
Selipar yang tersedia di lantai, aku pakai. Belum sempat aku mahu menapak ke hadapan, terasa kepala semakin berdenyut menyebabkan aku berpaut pada dinding bilik ini. Ya Allah, sakitnya kepala aku. Aku rasa macam nak cabut sahaja kepala aku saat ini. Aku gagahkan juga dan mencapai pintu sliding ini. Kepala ditolehkan ke kiri dan kanan. Dekat mana ni? Ya Allah, moga aku tak kena culik lah tapi seingat aku, akak Emilia ada sebut yang mereka akan membawa aku ke mana entah. Aku sendiri pun lupa. Sebabnya ketika itu aku dah hampir nak pengsan betul dah.
Aku hampir tersungkur apabila mahu menapak lagi. Tangan sempat memegang dinding bagi menstabilkan koordinasi badan. Ya Allah, hilangkanlah sakit kepala aku ini. Apabila rasa pening kepala sudah hilang sedikit, aku menapak lagi ke hadapan sehinggalah sampai ke pintu besar. Aku toleh ke kiri dan kanan lagi apabila melepasi pintu besar itu. Kiri ke kanan atau ke hadapan lagi ni? Aduh, aku tak tahu aku dibawa ke mana saat ini. Ini pertama kali aku jejakkan kaki ke sini. Sudahnya aku memlilih untuk ke hadapan lagi. Lantaklah, yang aku tahu aku nak cari jalan keluar.
Arran William Raffael's POV
Aku hanya menjenguk kembali Dania melalui pintu bilik wadnya. Tangan aku terus membuka pintu sliding itu bagi mengesahkan apa yang aku nampak saat ini. Tak ada! Kosong! Husnuzon Arran, dia pergi toilet ke.
Aku melangkah masuk ke dalam bilik wadnya itu dan duduk di atas sofa yang tersedia.Adik aku memang tak beritahu yang Dania dah sedar oleh sebab dia dah cakap tadi yang dia kena turun padang join meeting Fayyan. Aku hanya biarkan sahaja. Aku masih lagi terkejut yang aku ada adik. Aku bukannya anak tunggal tapi ada adik? Mana ibu dengan ayah aku sorokkan si Qistina ni dulu? Setahu aku dulu aku memang seorang sahaja. Mana ada ibu mengandung dah. Eh pelik ni. Takkanlah ayah duakan ibu pula? Ke si Qistina ni adik angkat aku? Emtahlah, aku tak pernah buat ujian DNA dengannya.
Seminit bertukar menjadi lima minit kemudiam bertukat menjadi sepuluh minit. Aku dah tak tenang duduk apabila aku rasa Dania dah macam nak berkampung dalam tandas. Aku akhirnya berdiri kembali untuk mengetuk pintu tandas yang tersedia di dalam bilik wad ini. Harapnya memang dia dalam tandas lah.
YOU ARE READING
Arran's Sweetheart
Romance[Second book of Fael's series] "And then I met you, and slowly but all at once my whole world began to change." -ARRAN WILLIAM & HILYA DANIA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untu...