𝐀𝐫𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐚 | Episode 14

60 7 35
                                    

Arran William Raffael's POV

Sejak daripada rumah keluarga kami tadi, manusia sebelah aku ini hanya mendiamkan diri. Aku tahu otak dia dah melayang entah ke mana walaupun pandang ke hadapan namun tidak pula aku menegurnya. Bukannya taknak tapi kalau betul dia nak aku tahu, dia akan beritahu sendiri. Lah, kenapa macam aku dengan si Dania ni dah kahwin sungguh ni?

Sampai sahaja di hadapan pintu masuk, aku menghentikan kereta lalu berpusing ke arahnya yang masih dalam dunia khayalan. Aku tenung seketika raut wajahnya yang manis itu. Muka dia serius nampak betul polos tu. Aduh lah. Masakan tidak si Emilia dengan Adryan gelakkan aku semalam apabila aku menceritakan tentang Dania kepada mereka.

Flashback

Aku sekarang ini rasa hempuk kepala dua orang ni! Sabar sahajalah dapat sepupu dengan sepupu ipar macam ni. Aku cerita benda betul, dia gelakkan aku pula. Nak sahaja aku rendam kepala dua orang suami isteri ini ke dalam kolam di sebelah aku ni ha memandangkan kami sedang minum malam di luar rumah. Ya, minum malam. Saja. Adryan tengah dating dengan Emilia dekat sini, aku yang mengacau hehehe.

Kena bombastic side eye juga lah aku dengan Adryan tadi apabila Emilia masuk balik ke dalam untuk pakai tudung dengan membawa hot chocolate kepada aku memandangkan aku jarang minum kopi. Aku bukannya macam dua ketul ni yang suka minum kopi terutamanya Adryan. Tetapi sejak dia dah kahwin, jarang dah aku tengok dia minum kopi.

"Cerita ni rasanya tak ada lawak pun. Yang korang berdua gelak sampai tahap macam ni sekali apa pasal?"

"Lawak lah! Aku ingatkan kau dah mati rasa dekat perempuan. Rupanya dalam diam eh. Adoilah."

"Jangan tanya kenapa lah kalau kejap lagi aku rendam kepala kau dengan Em dekat dalam kolam ni, Ryan!"

"Tak tapi apa yang Ryan cakap betul tau. I ingatkan after what happened dulu, you dah mati rasa. Eh meniber muncul Dania, you terus fall in love eh."

Aku tepuk meja di bahagian hadapan Emilia. Geram! Eiii! Sesungguhnya sabar aku semakin menipis. Risau ada yang jadi mayat kejap lagi. Ni lah jadinya kalau Emilia dengan Adryan sekepala. Memang boleh jahanam dunia ni nanti. Kalau tak sekepala pun sama ye je boleh jahanam apatah lagi kalau sekepala. Hauk betul dua orang ini. Sudahlah diungkitnya kisah cintun monyet aku dulu.

"Tapi serius weh. Aku tertanya-tanya. Apa budak tu buat dekat Hunington sampai sekarang. "

"Masa aku terserempak dengan dia dekat sana after dah settle kes dengan si gay tak guna tu, aku nampak dia. Tak tanya pula how tapi itulah bila aku tanya, makan penampar juga pipi aku."

"Wau! Arran William Raffael bin Aizadin ditampar oleh Nur Hilya Dania? Amazing news ye!"

"You diam Em. "

"Eh mana boleh diam. Ini berita hangit, sensasi yang I patut gosip dengan adik I."

"Jangan nak mengada! Nanti si Ez tu makin tokok-tambah cerita pula! Adik you tu bukannya boleh dipercayai."

"He's a better person after he met someone, Ran. I cuma nak tengok sejauh mana dia boleh sorokkan daripada I. Apa dia ingat kakak dia tak tahu ke pasal his dirty little secret?"

Aku nampak Emilai menyisip sedikit hot chocolate miliknya setelah puas membebel tentang Ezrian. Aku pandang Adryan setelah itu. Reaksi dia samalah seperti aku, terkejut mendengar pernyataan si Emilia sebentar tadi. Wau! Awal betul ye Ez dah jumpa cinta hati dia walaupun buku dia buku ke-empat nanti.

"Is that the reason why he--"

"Yes. Sebab tu aku cakap yang dia dah berubah, signor. Because of her. Ibu dengan papa pula tak kisah dah janji dia sambung balik. Apa ingat kakak dia ni tak pelik ke meniber je dia sambung? Tak ada angin tak ada ribut."

Arran's SweetheartWhere stories live. Discover now