𝐀𝐫𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐚 | Episode 26

39 3 0
                                    

Arran William Raffael's POV

Aku mengeluh seketika dan menjeling tajam ke arah Emilia yang turut sama berada di sisi Dania yang masih lagi tidak sedarkan diri. Sudahnya, aku balik yang kena jeling dengan Adryan. Masakan tidak? Adryan kan pantang orang sentuh Emilia sedikit pun. Kalau aku atau yang lain tersentuh Emilia tanpa izin dia, tanpa kerelaan Em sendiri, memang dia auto nak bebel campur juga dengan nak bunuh kami.

"I ingat you dah bagitahu dekat Nia... I'm sorry, Arran."

"Sorry naik lori lah! Mujurlah Zariq ikut sekali. Kalau tidak?"

"Woi! Bini aku ni kalau tak sambung BA pun dia boleh tengokkan buah hati kau lah! Kau cakap macam bini aku ni bebal sungguh bab medic padahal bini aku punyalah cerdik belajar medic dekat Imperial dulu."

See? Pantang sedikit sahaja kami sentuh Emilia tak kiralah apa cara sekali pun. Adryan sekarang pun mungkin tengah plotkan cara untuk humban aku keluar dari private jet kami sekarang ini tanpa dikesan oleh sesiapa pun. Dia ni pun bukannya betul sangat otak tu. Wayar terputus sokmo.

"Kenapa you bagitahu, Em...?"

"Jangan jadi bengap dekat sini, Arran. Kau fikir Dania takkan terkejut bila sampai rumah keluarga kau nanti dekat Spain? Baik beritahu terus daripada kau buat senyap sahaja. Elok budak tu terbuka hati nak kahwin dengan kau, ha merana lah kau tak dapat kahwin sampai sudah!"

Serabut betul aku dengan Adryan saat ini. Menyampah! Aku bukannya tak mahu beritahu daripada awal tetapi aku sibuk. Along aku pula cakap tak payah bawa balik Dania ke Sepanyol sedangkan dulu dia juga yang suruh aku kahwin sangat dengan Nia tu. Hauk betul. Mummy dengan Sya pula teruja apabila aku cakap aku bawa balik bakal isteri aku untuk dikenalkan. Noah? Tiada reaksi. Reaksi dia sama seperti Asher. Lantaklah.

"Aku bukannya taknak bagitahu.."

"Arran, dalam hidup ni, tak semua keputusan kau boleh buat sendiri apatah lagi ianya melibatkan orang lain. Aku taknak nanti kau dah kahwin dengan budak tu, kau buat macam ini lagi. Mungkin kau rasa cara kau tak akan membawa apa-apa kepada dia sebab kita semua dah calculate every single threat yang bakal terjadi dan how to prevent it. Tak, Arran. Kau silap. Budak tu ada hati perasaan."

Dia. dah. buka. kelas. rumah. tangga. dia!! Aku rasa nak sepak Adryan saat ini. Sabar jelah. Tadah jelah telinga kena bebel dengan dia. Saat ini, kami sudah berada di ruang hadapan dan hanya Emilia yang menunggu Dania di ruang rehat di belakang.

"Ya aku tahu.."

"Tahulah sangat. Kalau tahu, asal kau buat juga?"

Aku diam sahaja saat ini apabila aku seperti Mia dengan Aidan yang kena marah dengan daddy mereka sebab buat salah. Memang Emilia pun sekarang dah macam typical Asian mother yang suka membebel tapi ya Allah, Adryan ni another level of membebel. Dia membebel tak ingat dunia! Seperti sekaranglah.

"Kau kahwin dengan dia nanti, kau buat macam ni lagi, aku sekeh kepala kau! Sepupu tak sepupu, kisah apa aku."

"Ish! Diam lah kau. Membebel je kerja kau ni, Ryan! Patutlah makin tua!"

"Sedar diri sikit yang kau pun sama je tua."

Se. te. pek sangat ye. Sakit hati aku kalau bercakap dengan Adryan ni sebenarnya. Penat. Sudahnya aku hanya jeling sahaja dia dan bermain dengan telefon aku. Lambat lagi nak tiba. Kami baru berada di ruangan udara selama 2 jam. Ada lagi lebih kurang 10 jam perjalanan.

"Nia cari you. Pergilah. Jangan buat dia mengamuk sudah. Budak tu baru je sedar dari pengsan."

Suara Emilia menyapa pendengaran aku. Aku memandang ke arahnya yang kini duduk di sebelah Adryan dan hanya menyuruh aku untuk ke belakang. Aku mengeluh seketika sebelum bangkit kembali daripada kerusi duduk aku dan berjalan ke belakang. Sampai sahaja di ruangan rehat belakang, Dania terus memandang aku tajam apabila aku duduk berhadapan dengannya.

"Apa masalah awak ni?!"

"Saya tahu saya salah, saya minta maaf."

"Maaf, maaf! Awak ingat saya ni tunggul? Yang awak boleh sesuka hati seret mana awak suka, tinggal mana awak nak? Macam tu ke nilai saya dekat mata awak, Arran William Raffael?"

Aku patut gerun saat ini apabila budak kecil di hadapan aku sekarang tengah sebut nama penuh aku. Mujur tidak sekali dengan bin. Kalau sekali dengan bin, gamaknya aku patut rela diri terjun PJ kot? Aku hanya berlagak tenang sahaja saat ini.

"You don't know how much value you have, Nia. Awak takkan pernah dapat teka betapa bernilainya diri seorang Hilya Dania kepada seorang Arran William."

"Dahtu?! Kenapa buat saya macam ni? Agaknya Allah nak tunjuk kot dekat saya perangai sebenar awak macam mana?"

Wah, ini agak melampau. Aku mencerlung tajam Dania apabila dia berkata begitu. Aku ingatkan dia akan takut tetapi tidak. Malah, dia semakin berani merenung tajam ke arah aku. Aku baru teringat yang semua female lead author Evine badass female. Dan aku lupa yang di hadapan aku sekarang ini ialah Nur Hilya Dania binti Affandi. Mungkin dia bukanlah seperti Emilia Ezrina Fayyan tetapi Hilya Dania juga seorang yang berpendirian teguh dan saat ini membuktikan perkara itu.

"What did you say?"

"Kenapa? Terasa hati? Baguslah. Sekurang-kurangnya saya tahu awak masih ada hati perasaan. Ingatkan tak ada sebab itu awak buat hati perasaan saya ni macam tunggul!"

"Watch your words when you're speaking to me, sweetheart."

"Kenapa? Tak suka bila seorang Hilya Dania di hadapan awak saat ini bukan seorang Hilya Dania yang bercakap lembut? Awak bukannya suami saya lagi yang saya perlu cakap lembut-lembut!"

"Your words is harsh, sweetheart. Watch it."

"Hei! Awak tu pun sama lah! Awak ingat mak abah saya tak marah ke bila anak dara dia ni kena seret pergi mana-mana dengan lelaki yang tak ada hubungan langsung dengan saya? Awak buat saya macam ni, macam saya ni tak ada maruah."

"Stop it, Nur Hilya Dania. Better jangan buat saya naik angin dengan awak."

"Then? Awak nak buat apa? Pukul? Pukul lah! Kalau sebelum kahwin pun, awak sesuka hati sahaja buat saya macam ni, agaknya lepas kahwin lagi teruk kot?"

Aku hampir nak terkam anak dara orang saat ini namun sempat aku tahan diri dan hanya kekalkan jarak kami yang agak dekat saat ini sebelum aku fikir kembali kewarasan diri. Sangkaan aku ialah dia akan takut apabila aku hampir begini namun tidak! Ya Allah. Memang nampak dekat situ yang memang dia dah sedia apa jua yang akan datan kepadanya. Tak bergerak walaupun seinci dan hanya renungannya yang semakin tajam.

"I'm sorry sebab hampir nak terkam awak but.. saya minta tolong hormatkan keputusan saya kali ini sahaja. Saya minta maaf sekali lagi sebab tak beritahu awak awal-awal yang kita ke Spain untuk jumpa keluarga saya."

"Kadang saya fikir, awak betul ke nak kahwin dengan saya sebabkan cinta, Arran? Saya minta maaf sebab tak dapat nak maafkan awak lagi. Awak boleh duduk depan balik."

Aku mengeluh kembali dan membuat tindakan yang diminta olehnya. Aku tahu tak ada guna kami berbincang dengan baik saat ini apabila dua-dua mahu menjadi api. Aku duduk kembali ke tempat aku dan ianya mengundang pandangan semua orang terutamanya Emilia dan juga Adryan.

"Told you so. Aku memang tepuk tangan dan nak bangga sebab dia bukanlah seperti yang kita sangka. She suited to be Mrs. Arran Raffael."

Aku hanya endahkan sahaja perlian daripada Adryan dan melelapkan mata aku. Ada baik ya aku tidur. Perjalanan kami masih panjang dan aku tak tahu apa bahaya yang bakal menyambut kami di bumi Sepanyol, tempat kelahiran aku dan juga Diana. Teringat juga aku kepadanya. Lantaklah, dia kisah silam.

Hello dan assalamualaikum everyone! Saya update sampai minggu ini sahaja ye? Saya dah nak kena uni balik. Semester break almost over dan kembali lah saya kepada lumrah kehidupan seorang pelajar. Nanti kalau sempat, saya update lagi. Have a good day everyone!

Arran's SweetheartWhere stories live. Discover now