Nur Hilya Dania's POV
Sungguh kepala aku bagai nak pecah saat ini. Menyesal pula ikut kepala otak aku suruh lari. Aku saat ini sedang berpaut pada dinding sebagai support aku. Dapat aku lihat samar-samar bayang seseorang seperti berjalan ke arah aku. Aku tidak tahu siapa memandangkan aku tak boleh nak fokus betul-betul saat ini. Boleh dengar dengan jelas bunyi tapak kakinya yang berlari mendapatkan aku apabila aku sudah rebah ke lantai. Aku sedaya upaya cuba untuk tidak pengsan lagi.
"Dania! Woi bangun! Jangan pengsan dekat sini woi! Aku taknak angkat kau sesuki je. Aduh, mampus Aira jealous kejap lagi."
Suara Ezrian kedengaran. Oh dia rupanya. Mujur dia, kalau Arran ni tadi, aku rasa aku lari dah walaupun rasa nak pengsan betul dah ni. Tapi apa benda pula lah dia bebel ni? Aira mana pula ni? Sudahlah dia kuis-kuisnya kaki aku pakai kaki dia sahaja! Hauk betul lah adik akak Em ni. Aku tengah sakit, boleh rasa sihat hanya semata-mata aku nak hempuk kepala dia sebab dah buat aku ni macam kucing jalanan yang ada kurap. Hauk, double hauk, triple hauk!
Bunyi deringan iPhone miliknya menjadikan perkara terakhir aku dengar sebelum aku rasa kegelapan sudah menyelimutkan aku. Selamat tinggal dunia. Semoga mimpi buruk.
Arran William Raffael's POV
Aku segera mengikut jejak langkah Zariq yang sedang membawa aku ke training centre Fayyan. Besar juga training centre diaorang. Mata aku sempat memerhatikan beberapa orang anak buah mereka yang sedang berlatih di shooting range. Hebat juga. Hampir kesemuanya pada mata ke 9 dan juga 10.
Tidak lama kemudian, aku nampak Ezrian yang sedang duduk mencangkung di hadapan Dania yang sudah terbaring di atas lantai koridor. Mata aku membulat lalu terus berlari mendapatkan mereka. Pipi Dania ditepuk perlahan-lahan. Aduh, tiada reaksi. Aku jeling Ezrian sambil dalam hati tengah beristighfar agar tak bunuh tuan muda Fayyan ni dekat sini. Taknaklah cetuskan pergaduhan pula antara Raffael dengan Fayyan nanti.
"Apahal kau tak bawa dia terus pergi bilik ward dia, Ezrian Eskandar Fayyan?"
"Tak naklah aku angkat dia. Dia bukannya Aira untuk aku dukung. Aku boleh dukung Aira sorang je."
Dengan itu tangan aku pantas melepuk kepala dia menyebabkan dia kembali melepuk aku. Sibuk dengan Aira dia! Bukannya kahwin pun lagi. Hilang seketika fokus aku pada Dania apabila dia mencari gaduh dengan aku saat ini. Ada aku mengadu dekat kakak dia kejap lagi karang. Aku penat betul dengan si Ez yang sekarang. Sejak dia ada buah hati ni, aku rasa dia memang makin okey, tapi kenapa dalam masa yang sama aku rasa dia makin hauk juga eh? Si budak Aira yang dia dating ni rasuk apa dekat si Ez ni?
Baru sahaja aku mahu meneruskan untuk melepuk dia, telinga aku ditarik oleh seseorang. Begitu juga dengan Ezrian sehinggakan terbangun kami dari duduk bertinggung kami di hadapan Dania yang sedang pengsan. Aku pandang ke sisi aku, kurang asam betul! Si Zariq ni rupanya!
"Adeh adeh deh! Sakitlah! Ez report dekat ibu yang abang tarik telinga Ez sampai capang!"
"Weh Zar! Telinga aku woi! Woi, bini aku!"
"Jangan nak merepek eh korang berdua dekat sini! Sejak bila kau dah kahwin dengan si Dania ni, Arran William Raffael bin Aizadin? Kau ni gatal juga eh macam Adryan."
Dengan itu, telinga kami dilepaskan. Serta-merta aku hempuk kepala dia pula. Tangan aku sejak dua menjad ini, laju sahaja mahu melepuk orang. Telinga aku yang aku yakin sudah kemerahan digosok-gosok. Capanglah telinga aku. Aku kembali merapati Dania dan mengangkatnya. Maafkan saya sekali lagi Nia sebab tak jaga batas saya dengan awak before kita kahwin. Keadaan tengah darurat saat ini. Saya tak ada pilihan lain selain ini. Aku kembali meletakkannya ke atas katil pesakitnya tadi sebelum Emilia kembali menyambungkan IV drip ke branula ditangannya. Aku hanya melepaskan keluhan setelah itu.
YOU ARE READING
Arran's Sweetheart
Romance[Second book of Fael's series] "And then I met you, and slowly but all at once my whole world began to change." -ARRAN WILLIAM & HILYA DANIA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untu...