Nur Hilya Dania's POV
Aku mengangkat kepala aku untuk melihat gerangan yang dah sesuki dia sahaja memegang lengan aku walaupun berlapik dengan hoodie aku. Ehh?! Apa benda si Adryan buat dekat Kuantan ni? Dah berapa kali dah ni aku bertembung dengan dia dalam bulan ini.
"Apa benda pegang-pegang saya ni?!"
"Sweetheart. Dengarlah dulu apa aku nak cakap ni."
Aku pandang dia pelik. Ada yang terhantuk dekat tiang lampu dekat taman tu tadi ke? Tiba-tiba sahaja dia panggil aku sweetheart dekat tengah-tengah alam seperti ini. Dia ni spesies tak takut bini agaknya.
"Untuk apa pula saya nak kena dengar cakap awak? Eh lepaslah! Saya nak balik."
"Aku hantar kau balik jom."
Aku pandang dia pelik sekali lagi. Mujur sahajalah dia sudah melepaskan lengan aku. Melihat aku yang masih memandangnya pelik menyebabkan dia mengeluh dan mendekati aku dan berbisik ke telinga aku.
"Just play along, sweetie. Aku tahu kau takut nak pergi ke kereta kau. Aku teman. Bukannya nak buat apa pun."
Aku pandang dia dengan penuh skeptikal tetapi melihat anak matanya yang seperti betul-betul ikhlas untuk menolong aku menyebabkan aku hanya menganggukkan kepala aku dan berjalan beriringan dengannya. Hujung mata aku dapat melihat yang lelaki-lelaki yang menyeramkan tadi memandang ke arah kami. Aku dapat dengar yang mereka mengutuk aku dengan Adryan ini.
"Tak reti jaga aweklah kau ni bro! Mehlah bagi kitaorang! Bos kitaorang pun mesti suka perempuan cantik macam awek kau tu."
Aku hanya kepalkan penumbuk aku. Geram pula apabila mereka berkata sedemikian kepada aku dan juga Adryan. Manusia macam ini wujud lagi rupanya.
Sampai sahaja di kereta aku, Adryan juga masuk ke bahagian pemandu setelah dia meminta kunci kereta aku sebentar tadi. Enjin kereta dihidupkan dan dia segera memandu keluar daripada kawasan parkir kereta dan aku sekarang dah awkward yang teramat.
"Lain kali jangan balik lewat malam. Bahaya. Kau tu dahlah anak dara lagi. Tengok dari gaya kau pun tahu dah yang mak ayah kau strict kan?"
Aku pandangnya dengan pelik sekali lagi. Memang betul pun sebenarnya apa yang dikatakan oleh Adryan sebentar tadi. Aku mana boleh keluar malam-malam tanpa peneman. Aku syak lepas ni kereta aku bakal disita oleh mak ayah aku huhuhu.
"Yang awak ni? Tak reti-reti nak berhenti? Saya tak akan benarkan stranger bawa kereta saya. Macam Encik Adryan cakapkan, bahaya."
Aku nampak dia seperti mahu menahan gelaknya. Apa yang kelakarnya ni? Aku tak buat lawak pun dekat sini.
"Sabar sweetheart. Aku nak pusing baliklah ni. Apa kau fikir aku ni bengap sangat ke?"
"Melihat daripada kejadian kehilangan Mia di airport beberapa minggu lepas, saya rasa tak perlu kot saya jawab soalan itu. Macam saya cakap, dah reti buat anak tu, pandailah jaga."
Dengan itu, dia berhenti dengan mengejut setelah aku siap cakap ayat aku. Hampir terhumban ke hadapan aku apabila dia bertindak sedemikian. Aku pandangnya dengan pandangan yang aku sendiri tak mampu untuk tafsirkan. Aku rasa nak bunuh orang sahaja ketika ini! Adryan memusingkan badannya ke arah aku dan mendekatkan mukanya dengan aku yang menyebabkan aku menjauhkan sedikit muka aku dengannya.
"Mia bukannya anak aku."
Hanya itu dan dia terus keluar daripada kereta aku menyebabkan aku tercengang buat seketika. Wah! Anoyying yang amat ye perangai dia bagi aku. Aku turut membuka seatbelt dan keluar daripada kereta aku. Melihat dia yang mahu berjalan ke arah kereta yang sedang terparkir tidak jauh daripada kereta aku menyebabkan aku juga turut sama mahu mencari gaduh dengan dia.
YOU ARE READING
Arran's Sweetheart
Romance[Second book of Fael's series] "And then I met you, and slowly but all at once my whole world began to change." -ARRAN WILLIAM & HILYA DANIA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untu...