𝐀𝐫𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐚 | Episode 36

30 1 0
                                    

Aku hanya merenung ke arah Dania yang sedang melayan karenah Mia dan juga Aidan. Kalau daripada gaya dia, tak nampak macam dia anak bongsu pun sebenarnya, nampak dia seperti anak sulung. Mungkin perwatakkannya yang matang menyebabkan ramai salah sangka yang dia anak sulung. Aku sebelum ini pun menyangka bahawa dia anak sulung.

"Jangan ditenung anak dara orang lama-lama, Arran. Tak halal lagi ye."

Suara lembut aunty Aisyah menyapa gegendang telinga menyebabkan aku mengalihkan pandangan dan memandang ke arahnya yang sudah tersenyum manis ke arah aku. Baru aku perasan yang Mia ada iras aunty Aisyah sedikit. Apooo lah aku ni. Dah tentu-tentu Mia tu cucu aunty Aisyah.

"Terima kasih aunty. Maaflah Ran banyak libatkan dan susahkan Fayyan lately ni."

"Tak ada apalah Arran. Ibu suka ada tetamu nak datang rumah. Biar pun orangnya tak ada ikatan keluarga pun. Em dah cerita dekat ibu semuanya."

Aku mengeluh seketika apabila memikirkan kembali masalah yang sedang kami hadapi. Aku.. sejujurnya tak tahu apa yang kami sedang kejar. Dengan masalah syarikat di Malaysia yang sampai sekarang masih tidak selesai. Aku kusut. Kami seperti mengejar bayang-bayang yang tidak diketahui sama ada ianya wujud ataupun tidak.

"Tak apa. Slow-slow Arran. Ibu tahu penat tapi dalam hal ni, kamu berdua tak bersalah. Ingat tu. Dania tak bersalah, begitu juga dengan kamu. Kamu pun sudah sedaya upaya cuba untuk lindung dia."

Ibu. Aunty Aisyah selalu gelarkan diri dia sebagai ibu instead of aunty apabila bercakap dengan kami yang bukannya ikatan keluarganya. Kadang apabila tengok aunty Aisyah, aku turut rindukan mummy yang berada di Sepanyol dan juga arwah ibu kandung aku. Aunty Aisyah lemah lembut sangat orangnya namun Emilia kata yang ibunya ada kalanya tegas juga dalam mendidik dia dan juga Ezrian. Apa orang kata tu, dalam lembut ada tegasnya ha gituu.

"Ibu ada benda nak cakap dengan Arran boleh?"

"Boleh. Cakaplah aunty."

"Arran dah check sama ada boyfriend kawan dia tu ada kaitan dengan yang culik dia?"

"Dah. Tapi semuanya clean kecuali Aurora tu je. Aurora tu macam ada something suspicious sangat sebab dia pun bawah scholarship yang sama dengan Nia. Sedangkan Yayasan tu memang dekat Malaysia sahaja dan hanya menaja pelajar yang berasal dari Malaysia."

"Intel Fayyan ada beritahu kami baru-baru ni yang Lucas masih hidup."

What?!! Aku memandang ke arah Emilia yang sedang melabuhkan duduknya di sebelah aunty Aisyah dan kemudiannya merehatkan kepalanya ke bahu aunty Aisyah. Tengok mukanya yang terlalu tenang menyebabkan aku rasa nak sepak muka cantik si isteri Adryan ini. Dia dah jatuhkan bom besar dekat sini lepastu boleh dia bersahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku?

"You ni biar betul? Jangan nak main-main benda macam ni, Emilia."

"Lah... Untuk apa pula I nak menipunya? You ingat intel Fayyan cikai-cikai ke? Papa yang lantik sendiri. Me myself dont really know who they are, Arran. Believe me when I said Fayyan is biggest in US, UK and Russia, it is big, Arran."

Nampak aura Miss Fayyan nya keluar secara tidak langsung. Aku tahu tentang itu. Aku tahu pun disebabkan oleh Adryan yang ceritakan kepada kami yang Fayyan berfungsi sangat berbeza dengan sistem keluarga underworld yang lain. Raffael sendiri masih mengikut sistem yang sama seperti keluarga underworld yang lain walaupun ada sedikit perubahan yang berlaku apabila Adryan berkahwin dengan Emilia dahulu.

"I tahulah tapi bukannya dia--"

"You tak ingat ke yang you sendiri cakap you tak sempat headshot dia masa I jatuhkan arahan dulu?"

Arran's SweetheartWhere stories live. Discover now