Saat ini, aku hanya merenung ke arah air kolam yang aku celupkan kaki ini. Tenang. Tidak seperti otak aku sekarang. Aku rasa serabut tetapi bila tanya diri sendiri, aku tak tahu apa yang aku tengah serabutkan. Ya Allah damaikan jiwa aku, tenangkan jiwa aku Ya Allah. Hilangkan segala resah dan gelisah yang ada dalam diri ini.
"Kahwin jelah. Senang cerita. Mummy tu dah lama suruh Arran kahwin tapi banyak kali dia mengelak."
Bahu aku terhenjut apabila suara Asher menyapa sistem pendengaran aku. Aku hanya menggulingkan bebola mata aku kepadanya apabila dia tenung aku bagai nak tembus. Spesies abang Ryan. Sudahlah datang-datang, cakap pasal kahwin. Salam apa pun tak ada.
"Awak diam. Yang nak kena hidup dengan Arran nanti saya, bukannya awak!"
"So? Apa lagi yang kau ragukan, Dania?"
Aku mengeluh selepas itu. Aku jarakkan sedikit antara aku dengan Asher apabila dia duduk di sebelah aku. Aku tak selesa berada dekat dengan lelaki dalam jarak yang agak dekat. Dengan Arran selama ini pun, aku jarakkan sedikit antara aku dengannya.
"Entahlah. Saya buntu. Saya tak dapat jawapan lagi dari solat istikharah saya."
"Arran tak pernah buat keputusan terburu-buru. Itu kau patut tahu. Tentang dia. Aku rasa kau dah tahu yang sekarang ni dia yang pegang Raffael bukan lagi Adryan."
"Skyler family. Awak kan?"
"Kenapa?"
"Awak pegang?"
"Kenapa?"
"Tak ada apa. Saya tak pernah sangka Allah letakkan jalan hidup saya akan jadi macam ni."
Aku pandang ke arah bulan yang sedang mengambang. SubhanaAllah. Cantiknya. Aku suka tengok bulan. Teringat pula dekat bekas crush aku yang sudah meninggal itu. You... I finally dah move on dengan you. Doakan jodoh I dengan Arran kuat dan kekal sampai Jannah ye.
"Kau asal dating dengan dia dekat tepi kolam ni, Along?"
Suara Arran menyapa gegendang telinga aku. Aku terus berdiri dan meminta diri untuk ke bilik tetamu yang disediakan untuk aku. Nak larikan diri daripada Arran. Baru sahaja aku mahu melepasi Arran, suaranya kembali menyapa gegendang telinga aku.
"Benci sangat ke awak dekat saya, Dania? Sampaikan saya datang nak tengok keadaan awak pun, awak nak terus lari?"
Aku hanya berdiri tegak seperti tugu negara di hadapan tangga. Aku pusingkan badan aku setelah itu dan hampir menjerit terkejut oleh kerana tubuh tingginya sudah pun berada di hadapan aku. Aku mendongak sedikit memandang ke arahnya.
"Saya nak awak jawab dengan seikhlas hati. Atas sebab apa awak pilih saya, Arran? Sedangkan awak boleh dapat ramai lagi perempuan lain dekat luar sana."
"Because they're not you, sweetheart."
Aku hanya kekalkan pandangan mata aku
kepadanya. Aku nak dia betul-betul jujur dengan aku saat ini atas apa dia pilih aku sebagai isteri dia."You think I'm that stupid?! Awak ingat saya ni apa, Arran?"
"Apa yang saya boleh buat untuk dapatkan balik maaf awak, Dania?"
"Leave me alone. Tibanya kita dekat US lusa, I don't want to see your face anymore. Tolong. Saya ni nak periksa tak lama lagi. My scholarship akan ditarik kalau saya tak kekalkan pointer saya. Awak ingat mak ayah saya ada duit sebanyak itu ke untuk tanggung pengajian saya dekat US? Saya bukannya lahir dalam keluarga silver spoon macam awak, Arran."
Dengan itu aku tinggalkan dia seorang diri setelah aku rasa dada aku sesak. Air mata yang aku tahan daripada tadi mengalir laju apabila aku menutup pintu bilik tetamu ini. Ya Allah, kalau betul dia jodoh aku sebenar-benarnya, tolong permudahkan jalan kami.
YOU ARE READING
Arran's Sweetheart
Romance[Second book of Fael's series] "And then I met you, and slowly but all at once my whole world began to change." -ARRAN WILLIAM & HILYA DANIA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untu...