Seperti yang dijanjikan, malam ini aku akan overnight di rumah keluarga Ruby dan Iskandar. Aku yang hanya membawa hand carry bag itu turun di perkarangan rumah mereka.
"Awalnya sampai babe" kata Ruby yang keluar dari kawasan laman di tepi rumahnya.
Jam baru menunjukkan pukul 5 petang.
"Saje datang awal, aku bosan takde buat apa dekat rumah" kerja aku di rumah tadi tidur je. Puas tidur, aku bangun dan terus siap siap mengemas dan bergerak ke rumahnya.
"Masuklah dulu. Pergi letak bag dalam guest room" Aku memang tidak akan tidur bersama dengan Ruby di biliknya tiap kali aku ke sini.
Aku berjalan memasuki rumah dan menapak ke ruang tamu. Kelihatan mama dan papa Ruby termasuk Iskandar sedang minum petang di sofa.
"Hi uncle, aunty!" sapaku dengan gembira. Lama tak jumpa mereka.
"Hello Sha! Awal sampai, tak siap apa apa pun lagi ni" kata Datin Rozana.
Aku jalan menyalami mereka berdua dan hanya memerhati Iskandar yang duduk di sofa single dengan hujung mataku.
"Saje datang awal aunty. Boleh Sha tolong apa apa" kataku berseloroh.
"Takpe Sha, tak payah tolong apa apa. Tolong makan je" balas Datuk Razin yang duduk bersebelahan Datin Rozana.
Aku hanya gelak.
"Sha pergilah masuk bilik dulu letak barang. Is, tolong angkatkan beg naik ke atas. Ruby tolong amikkan satu lagi cawan kat dapur untuk Sha" arah Datin Rozana kepada aku, Iskandar dan Ruby.
"Okay aunty"
Iskandar bangun lalu mengangkat beg yang aku pegang dan bergerak ke atas dahulu. Aku membuntutinya ke bilik tetamu yang terletak di tingkat 3.
Sesampai di bilik tetamu, Iskandar meletakkan beg di atas katil dan berpusing ke arah ku dan terus pegang pinggang aku. Dia kemudian menolak aku bersandar dan menutup pintu bilik lalu mula mencium leherku.
"Hey nanti family you dengarlah Is!" kataku cuba untuk menjauhkan diri.
"Kejap je please. Dari tadi I tunggu you. Dah lah semalam tak dapat" katanya yang masih mencium leher gebuku. Tangannya yang di pinggang diturunkan meramas punggungku.
Aku yang hampir terbuai tu tersedar apabila terasa giginya di leherku.
"Jangan. Nanti family you nampak" aku menghalangnya dari meninggalkan kesan di leherku. Dia kemudian beralih ke bibirku sambil tangannya tidak berhenti meramas punggungku.
Setelah 5 minit begitu, aku memberhentikannya.
"Okay that's it Iskandar. Kita dekat rumah family you"
Dia kemudian menjauhkan diri dan keluar dari bilik yang akan aku bermalam. Aku faham dia kecewa. Aku juga seksa menahan nafsu yang membuak tapi harus aku tahan kerana kami sekarang di rumah keluarganya.
~
Sesudah isyak, acara membakar di rumah Ruby dimulakan. Beberapa keluarga terdekat Ruby juga datang memeriahkan lagi acara di rumah mereka. Sebulan sekali keluarga Ruby akan mengadakan aktiviti sama ada ber-bbq ataupun pergi bercuti bersama dan itu sudah menjadi rutin harian mereka. Ini adalah kali kedua aku datang ke acara bulanan keluarga mereka itu. Kali pertama ketika mereka pergi berpiknik di pantai Cherating.
Aku, Ruby dan salah seorang saudaranya yang bernama Intan bertugas untuk menyiapkan meja makan dan membawa keluar makanan yang telah dimasak oleh Datin Rozana awal petang tadi.
Iskandar dan saudara lelakinya yang lain pula ditugaskan untuk membakar makanan mentah yang telah di perap dari malam semalam. Makanan mentah yang ada terdiri daripada ayam, kambing, sotong dan juga udang. Tidak lupa juga aku nampak ada sosej, cendawan dan juga marshmallow.
Kami semua duduk di meja panjang di kawasan laman rumah setelah makanan siap dihidang. Cepat siap apabila mempunyai tenaga kerja yang ramai.
Aku yang duduk tengah diantara Ruby dan Intan itu hanya diam dan mendengar sahaja perbualan keluarga besar itu dan sesekali tertawa dengan telatah mereka. Rindu pula dengan suasana begini. Keluarga besar aku jarang berkumpul sebegini akan kerana kebanyakkannya tidak tinggal di Malaysia.
"Kawan Ruby ni memang pendiam ke?" tanya salah seorang ibu saudara Ruby.
"Tak lah aunty, saje saya taknak menyampuk hehe" kataku sambil menyuap kambing bakar ke dalam mulut. Sedap!
"Sebaya ya dengan Ruby? Dah ada boyfriend ke?" tanyanya lagi.
Biasalah symptom makcik makcik, mesti tanya dah ada boyfriend ke belum.
"Belum lagi tu makteh" balas Ruby bagi pihak ku.
"Eh yeke? Cantik cantik ni mustahil lah takde pasangan lagi" balas makteh kepada Ruby itu.
Aku hanya mampu gelak.
"Ni anak makteh Syafiq ni pun single lagi, sebaya dengan Iskandar ni. Boleh lah cuba kenal kenal" katanya sambil memegang bahu anaknya yang bernama Syafiq itu di sebelahnya dan juga duduk bersebelah dengan Iskandar.
Aku nampak muka Iskandar dah lain. Takkan jealous kot?
"Dah tu Ateh, budak budak zaman sekarang ni suka cari pilihan dia sendiri" aku dengar Datuk Razin bersuara menamatkan perbualan tentang jodoh itu.
~
Beberapa jam kemudian, acara makan pun berakhir. Kini kebanyakkannya membuat hal sendiri. Ada yang kelihatan duduk berborak, kaum lelaki yang sedang lepak menghisap rokok, dan juga kanak kanak yang sedang bermain passing bola.
Aku yang tidak tahu mahu membuat apa itu mula mencapai pinggan dan cawan kotor yang masih berada di atas meja panjang itu. Sedang aku sibuk mengemas, terdengar satu suara di belakang aku.
"Boleh I tolong?" Syafiq, anak kepada makteh Ruby tu datang memberi bantuan.
"Sure, boleh je" lagipun memang banyak pinggan dan cawan yang kotor. Aku hanya bantu mengemas dan membawanya ke dapur sahaja memandangkan pembantu rumah ada untuk membasuhnya nanti.
"I was thinking, good idea juga my mom bagi tadi. To knowing you more" katanya.
Aku ingatkan tiada lagi perbincangan tentang ini.
"Hahaha well, we'll see first" hanya itu yang mampu aku balas.
"Fiq, makteh panggil kau dekat dalam"
Iskandar.
Syafiq berlalu pergi meninggalkan kami berdua.
Diam. Tiada suara yang keluar dari mulut kami berdua, hanya bunyi pinggan dan cawan berlaga.
"Dia ada minta phone number you ke?" soalan pertama yang ditanya.
"Nope. Dia just nak tolong I kemas je" malas aku nak bagitahu perkara sebenar. Nanti makin masam pula muka dia. Walaupun kami baru sahaja rapat namun aku dapat nampak kelainan di mukanya tadi semasa makan.
"Okay"hanya sepatah dia balas dan terus dia berlalu mengangkat pinggan kotor dan bawanya ke dapur.
![](https://img.wattpad.com/cover/336819641-288-k298720.jpg)
YOU ARE READING
A B A N G [SLOW UPDATE!]
Ficção Adolescente"Shush.. Diam, nanti adik I dengar" Ni yang susah ni kalau ada affair dengan abang kepada kawan baik sendiri. Sampai bila nak kena sorok macam ni.. ‼️ Disclaimer ‼️ Mature Content 🔞 Read on your own risk! - ON GOING -