"Assalamualaikum good morning semua" tidak berapa lama kemudian kedengaran suara Iskandar yang melangkah masuk ke rumah ibu bapaku. Pertama kali buatnya masuk ke rumah itu.
"Waalaikumsalam, Iskandar come here. Breakfast dulu" mummy memanggilnya.
Iskandar melabuhkan punggung di sebelahku.
"Cepat you sampai" aku hanya berborak ringan untuk membuatkan Iskandar berasa selesa.
"Masa you call tadi I memang dah siap dah, alang alang you call terus I gerak. Lagipun dekat je kan" Iskandar menghirup air kopi dihadapannya. Nasib baik juga jarak rumah keluarganya dan keluargaku hanya 10 minit sahaja. Kalau tak mesti kejap lagi akan terlambat sampai di tempat kerja.
"Makan ya Iskandar, aunty masak simple je untuk breakfast harini" mummy bersuara mempelawa Iskandar makan.
"It's okay aunty, ni pun nampak sedap dah ni" Iskandar mula menyenduk bihun goreng ke dalam pinggannya.
Suasana senyap ketika, hanya bunyi sudu berlaga.
"So Iskandar, macam mana beza kerja dekat sini dengan Singapore?" daddy yang sudah habis makan itu bertanya.
"Takde beza sangat uncle, environment and kos je I think hahaha"
Aku nampak daddy pun ketawa dengan jawapan Iskandar.
"Oh ya Sha, lagi dua minggu your birthday right? Nak kemana this year?" mummy bersuara setelah lama diam.
"Sha rasa this year Sha tak nak pergi jauh jauh lah mummy. We can just have a simple birthday dinner here" siapa sahaja yang tidak suka bercuti namun tahun ni aku rasa hanya mahu menyambut secara kecil-kecilan.
"We can do that, a simple birthday dinner. Join us Iskandar, ajak your sister sekali" daddy yang bersetuju dengan cadangan aku itu mengajak Iskandar dan Ruby sekali.
"Sure uncle, not a problem"
~
Perjalanan ke tempat kerja hanya bertemankan bunyi radio dan sesekali kami berdua berbual ringan.
"You tak bagitahu I pun your birthday in two weeks" Iskandar bersuara memecahkan kesunyian.
"Sorry I lupa" hanya itu yang keluar kerana memang benar aku lupa hendak memberitahunya tentang hari jadiku itu.
"Hmm.. Looks like you tak rasa apa yang I rasa" dia yang sedari tadi memegang tanganku sambil memandu itu melepaskan tanganku perlahan lahan.
"Is.. you marah I ke?" aku perasan akan tindakannya yang berlainan sejak bergerak dari rumah keluargaku tadi namun aku tidak tahu pula itu puncanya.
"Its okay, I tak marah pun. I kan just abang kepada bestfriend you"
Setelah beberapa bulan kami berkenalan rapat, ini kali pertama Iskandar menunjukkan sisinya yang lain ini. Mungkin ini hanya masalah kecil namun baginya aku tidak mengambil serius tentang hubungan kami.
Kami hanya diam dalam perjalanan, tiada lagi usikan nakal dan manja yang selalu Iskandar beri kepadaku. Bukannya aku mengiakan kenyataannya namun aku masih lagi mahu memikirkan sejauh mana hubungan kami boleh bertahan jika kami hendak memulakan hubungan yang baru. Walaupun aku sejenis yang social namun aku mengambil serius tentang bab hubungan.
~
Harini genap seminggu aku dan Iskandar tidak bercakap. Marah lagi dengan aku agaknya. Jam menunjukkan hampir tamat waktu kerja. Aku yang perasan botol airku mula kosong terus mencapai botol dan bergerak ke pantry di tingkat 10.
Setibanya di pantry, sempat aku memerhati makanan ringan yang dipamerkan. Ada juga makanan berat seperti spaghetti yang dijual oleh pekerja disini namun kebanyakkannya tidak menarik perhatianku.
Sedang aku mengisi air, nampak dari jauh beberapa pekerja keluar dari bilik mesyuarat yang berada sama tingkat dengan pantry. Mesyuarat yang mungkin telah habis memandangkan waktu berkerja akan tamat dalam masa 10 minit lagi.
Pandangan ku kembalikan kepada botol yang telah terisi penuh dengan air dari Coway. Aku sempat dengar suara bising yang datang ke arah pantry, sempat aku perhatikan dan salah seorangnya adalah Iskandar dan juga bapanya, Datuk Razin.
"Hello Sha, how are you?" tanya Datuk Razin,
"I'm good uncle" aku membalas dengan senyuman.
"Papa, Is balik bilik Is dulu" nampaknya dia masih mahu mengelak dari aku.
"Is everything okay with you and Iskandar?" tanya Datuk Razin sesudah Iskandar tiada di situ.
Aku terkejut. Papa dia tahu pasal kitorang ke?
"Err.." hanya itu yang keluar dari mulut aku. Aku tak tahu macam mana nak menjawab soalan Datuk Razin itu.
"I met your parents the other day, uncle terkejut juga your parents said diorang terserempak dengan Sha and Iskandar masa dinner" Datuk Razin bersuara lagi.
"Oh yeke uncle..." lupa pula aku yang ibu bapa kami juga berkawan.
"My son nampak lain sikit these past few days, so uncle rasa mesti ada kena mengena dengan Sha. Don't worry uncle tak marah, uncle suka kalau both of you together" Datuk Razin juga nampaknya memberi "green light" kepada kami.
"Sorry uncle, both of us memang ada some problem sikit but it's my fault and Sha akan fix it" memang itu yang aku fikirkan beberapa hari ini, fikirkan cara untuk membaiki segalanya.
"It's okay Sha. Uncle tahu anak uncle tu merajuk kejap je tu, he'll get back to you. A bit tips, Is balik lambat harini" Datuk Razin senyum lalu bergerak meninggalkan aku di pantry.
Aku tersenyum mendengar ayat terakhirnya. Lega kerana dikelilingi orang-orang yang sangat baik.
Waktu berkerja sudah tamat dan dek kerana tips yang diberi Datuk Razin tadi, aku sudah pun berada di hadapan pintu bilik Iskandar.
Tok! Tok!
"Masuk"
"Hey" hanya itu yang keluar dari mulutku. Jujurnya aku sedikit gementar.
Iskandar yang tengah duduk di sofa biliknya itu nampak sedikit terkejut. Mungkin tak sangka aku datang ke biliknya.
"Sha? Ada apa apa ke?" dia bertanya. Suaranya masih lagi lembut namun dapat aku rasakan ayatnya yang tiada perasaan itu.
Tanpa dipelawa, aku terus duduk bersebelahannya.
"How are you?" aku tidak tahu bagaimana nak mulakan.
"Good" hanya sepatah yang dia jawab. Dia kemudian meneruskan kerja yang sedang dia lakukan di laptop hadapannya.
"Can we talk?"
ANDA SEDANG MEMBACA
A B A N G [SLOW UPDATE!]
Novela Juvenil"Shush.. Diam, nanti adik I dengar" Ni yang susah ni kalau ada affair dengan abang kepada kawan baik sendiri. Sampai bila nak kena sorok macam ni.. ‼️ Disclaimer ‼️ Mature Content 🔞 Read on your own risk! - ON GOING -
![A B A N G [SLOW UPDATE!]](https://img.wattpad.com/cover/336819641-64-k298720.jpg)