Hujung minggu, hari untuk aku berehat. Penat bertarung dengan Iskandar pada dua hari lepas pun tidak hilang lagi jadi aku memutuskan untuk tidur sahaja pada hari ini. Pandai pandai lah Iskandar datang cari aku nanti.
Ruby pula tidak kelihatan hari ini, mungkin berada di rumah ibu bapanya tak pun di rumah Ian. Namun tadi dia ada mengajakku keluar makan sebentar lagi justeru kerana itu aku sudah pun bangun untuk bersiap memandangkan aku belum pun makan tengahari lagi.
"Eh babe, sorang je?" tanya Ruby sebaik aku tiba di meja makan restoren makanan korea itu.
"Sorang lah B" aku mengambil tempat di hadapannya.
"Abang aku mana?" tanyanya lagi.
"Abang kau tapi tanya aku pula"
Kami berdua tergelak.
"Takdelah, dia takde dekat rumah tadi. Manalah tahu dia ada dengan kau harini" sambung Ruby.
"Ohh no lah. Last aku jumpa dia dekat office je semalam. Maybe dia ada lunch meeting kot"
Ruby hanya mengangguk.
"So Sha, bila nak cerita dengan aku pasal abang aku?" tanya Ruby usai kami memesan makanan.
"Nak cerita apa? Hahaha.." takkan nak cerita pasal hal dalam kain pula.
"Ish kau ni! Cerita lah how korang boleh senyap senyap sampai sekarang ni" kata Ruby ingin tahu.
"As Iskandar said that day, since kitorang jumpa kat club tu memang a bit struggle sikit lah. And kau asyik potong stim je babe. Everytime we did 'that', mesti kau call lah, kau datang lah. Even masa bbq dekat rumah family kau tu pun kau kacau kitorang hahaha" teringat momen ketika itu, harus menahan suara kenikmatan hanya kerana tidak mahu diketahui Ruby.
"Seriuslah babe? Omg hahaha last last kantoi pun depan aku"
"Itulah! Eh tapi B, Is dah jumpa parents aku"
"HAH?!" jeritan Ruby kedengaran satu restoren. Beberapa orang memandang ke arah kami. Nasib baik tak ramai sangat harini.
"B! Shush.." aku menenangkannya.
Kami berdua terdiam dek kerana makanan yang dipesan sudah mula memenuhi meja makan kami.
"Kenapa dia jumpa parents kau? Korang nak kahwin ke?" sambungnya kembali.
Aku yang sedang meneguk air hampir tersedak dengan pertanyaan Ruby itu.
"Ish kau ni kesitu pula. Kitorang terserempak masa nak pergi dinner jelah then makan sekali je" aku menjelaskan perkara sebenar.
"Kau pula macam mana babe? Suka abang aku?" aku nampak muka Ruby tiba tiba serius.
Aku berfikir sejenak. Jarang untuk aku dan Ruby berborak sebegini, lagi lagi tentang kehidupan dan hubungan.
"Aku tak sure lah B. Kalau tak suka, takkan aku stay dengan dia sampai sekarang kan? He's just different from anyone else. Kau okay ke kalau aku dengan abang kau?" tanyaku kembali.
"Babe, mestilah aku suka" Ruby memegang tanganku.
"Doa jelah baik baik ok B"
~
Tok! Tok!
Pintu rumah aku diketuk.
"B, tolong bukak pintu jap. Abang kau rasanya tu" aku yang sedang membasuh cawan itu mengarahkan Ruby yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
"Hello girls" tegur Iskandar sesudah masuk ke dalam rumah. Aku hanya melihatnya yang bergerak ke arah aku yang masih di depan sinki. Ruby pula aku tengok sudah kembali duduk di tempatnya tadi.
Iskandar melabuhkan satu ciuman di pipi lalu bersandar disebelah sambil menghadapku.
"I miss you"
"Gedik!"
"Abang, Sha, malam ni jom? Ian ajak minum together. Lagipun dah lama tak clubbing" Ruby menjerit dari tempat duduknya.
Aku hanya memandang Iskandar yang masih diam memandangku. Dia menaikkan sedikit keningnya, mungkin menunggu jawapan aku.
"You tak kesah ke?" tanya aku.
"I ikut you je, you ada I okay je" tangan Iskandar naik membelai hujung rambutku.
"Okay B, pukul 9 kita gerak"
~
Jam menunjukkan pukul 9 malam dan seperti yang dijanjikan, kami bertiga sudah pun siap lalu bergerak ke TREC menaiki kereta Iskandar.
Setibanya kami di tempat yang dituju, kami terus bergerak mencari Ian yang telah sampai terlebih dahulu.
Alangkah terkejutnya aku apabila tiba di meja yang diduduki Ian, ternyata bukan dia seorang yang berada disitu. Jay pun ada!
YOU ARE READING
A B A N G [SLOW UPDATE!]
Jugendliteratur"Shush.. Diam, nanti adik I dengar" Ni yang susah ni kalau ada affair dengan abang kepada kawan baik sendiri. Sampai bila nak kena sorok macam ni.. ‼️ Disclaimer ‼️ Mature Content 🔞 Read on your own risk! - ON GOING -