l a p a n

50.3K 112 0
                                        

Aku bangun apabila terasa cahaya yang terang di bilikku. Aku mencapai telefon yang terletak di meja kecil sebelah katil. Pukul 9:30 pagi. Aku bangun untuk membersihkan diri. Disebabkan aku berada di rumah family Ruby, tak enaklah untuk bangun lambat.

Malam semalam aku dan Iskandar bertarung sehingga jam 3:30 pagi, tak tahu berapa pusingan kami beradu asmara. Badan aku terasa sangat sengal pada pagi itu, nak berjalan pun sakit terasa di vagina. Penangan semalam. Iskandar pula terus pulang ke biliknya di tingkat 2. Takut adiknya datang secara mengejut lagi katanya.

Aku turun perlahan ke arah dapur dan dapat aku dengar bunyi sudu berlaga dari jauh.

"Morning semua" tegur aku kepada Datuk Razin, Datin Rozana, Iskandar dan beberapa ahli keluarga terdekat mereka yang tengah menjamu sarapan pagi di meja makan. Ruby tidak kelihatan, mesti tidur lagi tu.

"Morning Sha, meh breakfast sekali sini" Datin Rozana mengarahku duduk di sebelahnya.

"Sha okay tak ni? Nampak jalan jengket jengket tu" tegur suaminya pula.

"Okay uncle, mungkin semalam banyak berjalan" bohongku. Aku pandang ke arah Iskandar, nampak dia cuba untuk sembunyikan senyumannya. Tahulah tu sebab dia lah aku macam ni.

Sesudah makan, aku berlalu duduk ke arah satu meja yang diletakkan menghadap kolam renang untuk mengambil angin. Mama dan papa Ruby kelihatan sedang menonton televisyen bersama yang lain di ruang tamu. Iskandar tak tahu kemana dia menghilang. Aku membuat keputusan untuk bermalam satu hari lagi memandangkan esok hujung minggu.

"You okay? Nak I bawa pergi klinik ke?" kerusi sebelahku ditarik. Syafiq duduk di kerusi bersebelahanku dan meletakkan dua cawan air dan bagiku satu. Mungkin dia nampak aku yang sedang picit pinggang aku sendiri tadi.

"Eh takpe, I okay je. Mungkin salah tidur semalam" balasku berseloroh. Doktor pun gelak je nanti kalau tahu apa puncanya. Aku pandang sekeliling, takut Iskandar memerhati kami.

"Okay then. So now you semester berapa dah? Sama dengan Ruby juga ke?" tanyanya lagi.

"Tak. I dah last sem dah, lepas ni tunggu intern je" Ruby disebabkan gagal satu subjek pada semester lepas, jadi dia harus mengulang kembali semester yang lalu.

"Really? Boleh lah intern dengan papa Ruby" cadangnya. Memang itu pun rancangan aku memandangkan aku tidak mahu intern di company daddyku atas kerana tidak mahu digelar 'cable' oleh orang ramai.

"Abang, mama ajak balik" datang seorang perempuan berumur 16 tahun yang bernama Syakirah itu mengajaknya abangnya pulang.

"See you again next time Sha" kata Syafiq dan beransur ke dalam rumah bersama adiknya.

Aku kembali termenung melihat ke arah kolam renang sambil menghirup minuman yang diberikan oleh Syafiq tadi.

"Ehem" aku dengar suara Iskandar berdehem di belakang aku lalu mengambil tempat duduk Syafiq di sebelahku.

"I'm sorry" hanya itu perkataan yang keluar dari mulutnya.

"For what?" tanyaku pelik. Tiba tiba je datang minta maaf.

"I ganas sangat semalam" bisiknya perlahan.

Tersembur ketawa aku. Aku ingatkan apa lah tadi.

"Sedap takpe" aku membalas sambil berbisik.

Aku nampak Iskandar senyum bangga.

Betul. Walaupun sakit namun pertarungan semalam adalah pertarungan yang paling terbaik pernah aku rasakan. Mat salleh pun kalah kalau dengan Iskandar ni.

~

Sebulan berlalu, hubungan aku bersama Iskandar masih lagi berlarutan walaupun dia sudah kembali bertugas di Singapura. Dia juga kerap pulang ke KL hanya semata untuk melepaskan rindunya terhadap aku dan sudah pasti aku masih menyimpan rahsia tentang kami kepada Ruby. Hubungan bersama Jay juga masih aku teruskan dengan pengetahuan Iskandar. Katanya dia tidak kisah asalkan kalau dia mahukan aku, aku sentiasa akan berada dengannya.

Hari ini hari cuti, jadi aku mengambil peluang untuk berehat sambil menonton drama korea berjudul Taxi Driver di ruang tamu rumah aku. Itulah hobi aku apabila aku cuti, minatku dengan drama Korea tidak dapat aku bendung. Kadang kadang dalam masa satu hari je aku boleh habiskan kesemuanya. Kalau kumpulan kpop pula tiada yang menarik minatku kecuali BIGBANG. Teringat kembali ketika mereka datang ke Malaysia, daddyku belanja satu tiket VIP ke konsert mereka sebagai hadiah hari jadi aku.

"Cerita apa tu babe?" tanya Ruby sambil meletakkan satu pinggan berisi nugget dan sosej di meja lalu duduk di sebelah aku yang mata melekat di televisyen.

"Macam biasa, K-Drama" balasku lalu mencapai satu nugget. Ruby merupakan 'casual viewer' drama korea kerana minatnya terhadap 'American Show' yang tinggi.

"Ha Sha, bila ek interview kau dekat company papa aku tu?"

"Khamis minggu depan." Hampir aku terlupa akan sesi temuduga itu. Semester akhir aku hampir berakhir jadi aku sudah pun bersiap siap untuk mencari tempat untuk aku menjalankan internku termasuklah di kompeni papa Ruby.

"Ingat tau B, jangan bagitahu papa kau" kata aku mengingatkan Ruby. Tidak mahu papanya tahu yang aku mahu datang temuduga di sana. Biarlah aku mendapatkan jawatan pelatih itu dengan usaha aku sendiri.

A B A N G [SLOW UPDATE!]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang