l i m a b e l a s

32.9K 100 1
                                        

"Jay"

"Iskandar"

Mereka bersalaman dan kami masing masing sudah duduk di sofa.

"Is he the one?" tanya Iskandar sedikit kuat dek kerana muzik yang kuat dimainkan.

Aku hanya mengangguk. Iskandar tahu tentang aku dan Jay dan Jay juga tahu tentang aku dengan Iskandar namun ini kali pertama mereka bertemu. Aku pula yang rasa janggal apabila mereka bertemu, haha!

"So Iskandar, berapa lama ada di KL kali ni?" tanya Jay yang masih tidak tahu bahawa Iskandar sudah pun berpindah ke sini.

"This time, forever. Hahaha" balasnya sambil meneguk air di hadapannya.

Tampak muka Jay sedikit terkejut dengan jawapan Iskandar.

"Don't worry" hanya itu yang keluar dari mulut Iskandar apabila dia lihat tiada perkataan yang keluar dari Jay. Hanya mereka yang faham maksud akan ayat itu.

"Sha, jom dance!" Ruby mengambil tanganku membawa ke pentas tari meninggalkan kaum lelaki di meja.

"Awkward babe aku tengok diorang tu" aku bercakap sedikit kuat sambil menari kecil.

"Don't worry lah babe, they will be okay. Eh, next month birthday kau apa plan? Birthday Party?" tanya Ruby sambil mengangkat kening belah kirinya.

Aku pun hampir terlupa akan itu.

"Tak plan apa apa pun babe. Kalau kau tak tanya ni aku pun lupa birthday aku"

Jikalau sebelum ini, ibu bapaku lah yang selalu merancang tentang sambutan hari jadi aku memandangkan aku duduk bersama dengan mereka. Seperti tahun lepas, mereka membawaku bercuti di Turki. Tahun ini mungkin agak lain dek kerana kami mulai duduk berasingan.

~

Aku tergelak kecil memandang ke arah Ruby yang sedang di lantai tari bersama abangnya itu. Iskandar yang tampak kaku menari bersama satu satunya adik itu. Manakala aku ditinggalkan berduaan bersama Jay di meja. Ian pula tidak nampak batang hidung, mungkin ke tandas.

"So, apa yang you borak dengan Iskandar tadi?" soalan yang dari tadi buat aku tertanya tanya.

"Men's stuff" balasnya lalu meneguk habis cawan di hadapannya.

"How's intern?" tanya Jay kembali setelah hanya muzik menemani kami. Walaupun kami berteman, namun dia tetap pensyarah yang mengawasi latihan kerja ku.

"So far so good. I still can handle it"

"You're alone right? Takde classmates lain yang join the same company with you?" tanyanya lagi memandangkan kebanyakkan rakan kelas yang lain dapat menjadi pelatih secara berduaan.

"Yup but don't worry, Iskandar ada tolong I"

"He's there too?" aku nampak muka dia sedikit terkejut.

"Jay, you lupa ke I intern dekat Ruby's parents company? Hahaha" tergelak aku melihat reaksi dia.

"Oh ya, I forgot about that" dia yang teringat tentang hal itu terus ketawa.

"Sayang, jom balik. Esok nak kerja" Iskandar datang menghampiriku.

"Okay, hantar I balik rumah my parents ya"

~

Tepat pukul 7:00 pagi, aku sudah pun bersiap untuk turun sarapan di rumah keluargaku. Tampak daddy dan mummy sudah pun berada di meja makan.

"Morning daddy and mummy!" aku cium pipi kedua ibu bapaku lalu duduk di meja makan. Kelihatan ada bihun goreng dan juga beberapa keping roti bakar yang terletak dia atas meja.

"Morning sayang" ujar mummy.

"Tak nampak kereta Sha pun, daddy hantarkan Sha pergi office ya?" daddy bersuara sambil menyuap bihun goreng.

"Takpe daddy, Iskandar datang amik Sha kejap lagi" aku mula menyuap sekeping roti yang sudah disapu dengan jem strawberi.

"Suruh dia datang awal lah, ajak dia breakfast sekali" balas daddy.

Aku yang agak terkejut dengan arahan daddy itu terus menelefon Iskandar dan mengarahnya untuk datang sekarang.

A B A N G [SLOW UPDATE!]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang