"Babe, habis kemas ni kita shopping nak?" Ruby yang datang menolong aku dari pagi tadi untuk mengemas rumah baru aku itu bersuara.
"Boleh je, aku pun ingat nak survey barang rumah sikit. Boleh aku belanja kau makan" Orang dah datang tolong kita, mestilah kita kena balas walaupun aku tahu dia memang tak kesah pun.
~
Kami terus berangkat ke Pavilion menaiki kereta aku, senang nanti aku boleh hantarkan Ruby balik dan tidak menyusahkan pemandu milik keluarganya itu.
Satu persatu butik berjenama kami masuk di pusat membeli belah itu dan hanya Ruby sahaja yang banyak membeli kerana banyak barang yang tidak menarik perhatian aku.
Kami seterusnya memasuki satu butik kasut berjenama Vans kerana aku minat akan kasut kasut sneakers. Aku belek kasut satu persatu dan,
"Eh abang!" aku dengar suara Ruby menegur seseorang di belakang aku.
Abang mana pula ni?
"Hi adik and Natasha isn't it?" aku memaling kebelakang dan cuba untuk mengingat susuk tubuh lelaki yang menyebut namaku tadi. Segak dan bergaya walaupun hanya memakai jersi dan seluar jeans. Tapi dia panggil Ruby adik? Dan nampak mereka berdua juga sedang berpelukan seperti melepaskan rindu.
"Iskandar? Ni abang kau yang kerja dekat Singapore kan?" baru aku ingat.
"Haah betul! Bila abang balik sini? Tak singgah rumah pun" tanya Ruby kepada abangnya seorang itu.
"Last night. Pagi tadi abang ada conference dekat area sini. Ni lepas ni abang nak balik rumah lah. Nak belikan something untuk mama, papa dan adik abang sorang ni" balas Iskandar sambil mengusap rambut Ruby.
Aku yang tidak mahu menyampuk akan perbualan adik beradik itu terus menyambung memerhati kasut kasut di butik itu.
Satu kasut berwarna asphalt bersaiz high cut menarik minatku. Aku menyuruh pembantu butik itu mengambil satu kasut berukuran seperti saiz kaki aku.
"Nice taste" kata Iskandar di belakang aku. Aku pun tak perasan sejak bila dia perhatikan aku. Kelihatan Ruby sedang duduk di kerusi sambil bermain telefonnya.
Aku hanya tersenyum membalas pernyataannya itu.
"Memang minat sneakers ke?" Iskandar memulakan pertanyaannya. Mungkin tidak mahu kelihatan sombong kepada kawan baik adiknya ini. Ruby pernah cerita bahawa abangnya yang satu ini bukan jenis yang suka berborak dengan orang yang tidak rapat dengannya. Tapi lain pula aku nampak? Ini pun aku rasa baru kali ketiga kami berjumpa dek kerana dia bukan tinggal di KL bersama dengan keluarganya.
"Haah I memang minat sneakers ni" jawabku berseloroh kerana tidak mahu dilabel sombong juga.
"Oh really? Boleh lah shopping sneakers sama sama. Ni pun I ingat nak beli satu untuk I yang macam ni" katanya sambil menunjuk ke arah kasut berwarna asphalt yang aku pegang itu.
"Sure, why not. Nanti you suruh je Ruby ajak I sekali"
Tidak sempat Iskandar membalas, datang pembantu butik itu membawa kotak kasut yang aku inginkan.
"The same shoe size 40 please" aku dengar Iskandar berkata kepada pembantu itu.
Aku lalu mencapai kotak dan duduk disisi Ruby untuk mencuba kasut itu.
"Cantik tak B?" nama panggilan Ruby yang hanya aku sahaja memanggilnya.
"Cantik! Kena dengan kau" balas Ruby yang memerhatikan aku.
"Okay aku amik yang ni" kataku lalu membuka kasut dan meletakkan ia kembali ke dalam kasut.
Aku bergerak ke kaunter pembayaran dan Iskandar sudah pun berada di situ bersama dengan kotak kasut yang sama dengan aku.
"I'll pay for both shoes" kata Iskandar lalu memberikan kadnya kepada orang yang menjaga kaunter.
"Eh jangan lah. It's okay I boleh bayar sendiri. Lagipun I memang nak beli untuk I" Aku tidak suka menyusahkan sesiapa untuk membelanjakan keinginan aku.
"And I memang nak belikan untuk you. Bukan selalu I belanja bestfriend adik I" balasnya dan menyuruh pekerja itu meneruskan pembayaran kasut mereka itu.
Aku mengalah.
Sesudah selesai, kami bertiga keluar dari butik kasut itu.
"Okay apa kata I belanja you guys makan? Tanda terima kasih juga to Iskandar sebab belanja I kasut" aku memberi cadangan.
"Aku memang lapar dah ni babe. Abang, jom lah join kami sekali" Ruby berkata sambil memegang lengan satu satunya abangnya itu.
"Sorry to disappoint you girls but I've to go. Nak balik jumpa mama and papa. Next time maybe?"
Aku baru ingat nak belanja dia balik.
"Okay" balas aku.
YOU ARE READING
A B A N G [SLOW UPDATE!]
Fiksi Remaja"Shush.. Diam, nanti adik I dengar" Ni yang susah ni kalau ada affair dengan abang kepada kawan baik sendiri. Sampai bila nak kena sorok macam ni.. ‼️ Disclaimer ‼️ Mature Content 🔞 Read on your own risk! - ON GOING -