Sebulan berlalu, sebulan juga lah aku sudah mula bekerja sebagai pelatih di syarikat Datuk Razin ini. Hubungan aku dan Syafiq pula hanya aku hadkan dengan 'ringan ringan' sahaja memandangkan aku tidak berapa puas ketika bertarung dengannya.
"Weh Ezra, tadi aku dengar department sebelah ada boss baru" kata Sally, teman satu departmentku setibanya aku di pejabat. Pagi pagi dah ajak bergosip.
"Siapa?" tanya aku sambil menghirup kopi yang sempat aku beli sebelum tiba di pejabat tadi.
"Tak tahu lah aku, yang aku tahu dia transfer dari salah satu anak syarikat Datuk Razin" anak syarikat...? Tak mungkin Iskandar, siapa pula nak jaga anak syarikat tu kalau dia ke sini. Lagipun dia tidak pula berkata apa apa kepadaku tentang hal ini semasa kami berdua berbual di telefon semalam.
"Morning girls. Just nak bagitahu harini kita ada lunch together dengan orang atas sempena nak sambut leader sales department yang baru. Nanti 12:30 tunggu saya dekat lobby ya, korang naik dengan saya je" datang Syafiq lalu terus ke ruangan biliknya.
~
Restoren Absolute Thai dipenuhi dengan kesemua pekerja syarikat Datuk Razin. Walaupun hanya untuk pekerja yang bekerja di tingkat 9 dan orang atasan, namun ianya sudahpun memenuhi satu restoren itu menggunakan dua meja panjang.
"Encik Syafiq, leader baru sales department tu tak sampai lagi ke?" tanya Sally ingin tahu. Aku hanya mendengar sambil menghirup tomyam yang berada di hadapanku.
"Dah nak sampai dah rasanya. Ha tu dia" Syafiq menunjuk ke arah pintu masuk.
Aku agak dah.
"Everyone. Meet my son, Raiz Iskandar" Datuk Razin bangun memperkenalkan Iskandar sambil memegang bahu anak sulungnya itu.
Iskandar hanya menundukkan kepala sedikit menunjukkan hormat.
"Makan dulu son" arah Datuk Razin. Iskandar bergerak duduk bersebelahan Syafiq yang berada di hadapanku dan bersalaman dengannya.
"Sihat bro?" tanya Syafiq.
"Macam ni je bro"
Aku hanya diam tidak mahu berkata apa apa memandangkan kami berdua memang berborak tiap tiap malam.
Selesai makan, kami hanya duduk di meja sambil mendengar para atasan berbicara tentang kerja. Kami diberi masa waktu makan yang panjang memandangkan kami lunch bersama dengan orang atasan.
"Sha, diam je? Is dah depan mata ni" Syafiq bersuara di antara meja kami berempat.
"Eh you guys kenal each other ke?" Sally menyampuk. Terkejut agaknya yang aku kenal Iskandar. Sally tidak tahu bahawa aku rapat dengan keluarga Datuk Razin, yang dia tahu hanya aku dan Syafiq sudah berkenalan sebelum masuk ke syarikat ini.
"Sha ni kawan baik my sister. Kitorang kenal kenal macam tu je" balas Iskandar. Betul lah tu, kenal macam tu je hihi
"Oh really? Maknanya rapat lah ni dengan family Encik Iskandar?" tanya Sally lagi ingin tahu.
"Lebih kurang lah, tapi bukan cable tau Sally. Lepas aku dapat kerja ni je baru diorang tahu" jelas aku tidak mahu Sally fikir yang bukan bukan.
~
Tamat waktu kerja, aku mengemaskan meja aku yang penuh dengan fail yang baru sahaja diberi oleh Syafiq sejurus kami pulang ke pejabat tadi.
"Balik naik apa harini?" Sally yang sudah memakai beg tangannya itu bertanya.
"Kawan aku amik harini" kawan punya abang hehe.
Iskandar sempat memberi pesanan menyuruhku pulang dengannya pada hari ini.
Lebih kurang 10 minit menunggu di lobi, satu kereta Mercedes CLA45 berwarna kelabu berhenti di depan ku.
"Sorry lambat, papa panggil tadi" kata Iskandar sebaik sahaja aku memasuki kereta.
"Its okay. Takdelah lama mana pun I tunggu" balasku pendek.
"So, you nak bawak I pergi mana ni?" tanyaku sejurus kereta bergerak meninggalkan kompeni papa Iskandar itu.
"I nak kena balik rumah kemas barang dulu ni. Tadi I touchdown KL terus ke office. I hantar you balik dulu, pukul 9 you siap I bawa you pergi dinner boleh?" Iskandar mencapai tanganku yang berada di peha aku dan menciumnya sekilas.
"Okay Is"
ANDA SEDANG MEMBACA
A B A N G [SLOW UPDATE!]
Genç Kurgu"Shush.. Diam, nanti adik I dengar" Ni yang susah ni kalau ada affair dengan abang kepada kawan baik sendiri. Sampai bila nak kena sorok macam ni.. ‼️ Disclaimer ‼️ Mature Content 🔞 Read on your own risk! - ON GOING -
![A B A N G [SLOW UPDATE!]](https://img.wattpad.com/cover/336819641-64-k298720.jpg)