1- Budak baru

1.8K 86 0
                                    

Jihyo POV

"Ji Hyo!! Bangun lagi!!" jerit omma ku dari bawah. "Ye Omma ku sayang!" jawabku. Selepas itu, aku mencari jam loceng ku. "Pukul 7!!!" jeritku lalu dengan pantas mengambil tuala mandi dan berlari ke bilik mandi.

15 minit kemudian...

"Segar nye.." kataku selepas keluar dari tandas. Aku pun dengan cepat mencari baju sekolah. "Bibik! Mana baju saya?" jerit ku dari bilik tidurku. "Ini dia," kata bibikku sambil memberikan baju sekolahku. "Thanks bik yang ku sayang banget." kataku sambil tersenyum. Aku pun memakai baju uniform ketua pengawas Sekolah Running. Tak percaya? Aku terpilih jadi pengawas sebab aku pun tak tahu.

3 minit kemudian...

Aku pun turun untuk sarapan pagi. "Morning mummy," "Sedapnye bau nasi goreng ni.. Yummy!!" kataku sambil mengambil nasi goreng dari kuali menggunakan seduk.

Bak!!(anggap macam buat orang terkejut)

"Mak!!" kedengaran suara seseorang sedang ketawa.

"Luhan!!" jerit ku kepada abangku, Luhan. "Apa adik ku sayang a.k.a beruk?" kata Luhan sambil ketawa. "Hish.. Nasib kau oppa aku, kalau tak habis kau dibelasah aku.." kataku sambil mengempal penumbuk. "Dah lagi gaduh tu. Makan lagi nasi goreng tu. Lepas tu pergi sekolah cepat." kata omma ku. Lalu akupun makan dan pergi ke sekolah.

Di Sekolah Korean, Sarawak.

"Hai bos," kata member aku dengan serentak. "Hai.." balasku. "Lambat datang.. Cer cite" kata Bomi. "Bangun lambat.. " "Mana Sehun?" tanya ku sambil mencari-cari kelibat Sehun. "Dia pergi kantin dengan Kai," kata Bomi. "Kalau macam tu pinjam buku sains.. Aku lupa nak buat kelmarin. Hehe.." kataku sambil menghulurkan tangan.

Setelah itu, aku pun menyalin jawapan dari buku Fany. "Xie xie Fany," kataku dalam bahasa cina sambil menghulurkan buku latihan sains.

"Lambat betul cikgu masuk hari ni... Baik aku dengar lagu," keluhku lalu mengeluarkan mp3ku yang berwarna purple.

"Diri semua.. Selamat pagi cikgu," kata ketua kelas 5 Epal, Lee Kwang Soo. "Selamat pagi cikgu," ucap pelajar kelas 5 Epal serentak. "Selamat pagi semua... Sila duduk," ujar guru kelas, Puan Kim. "Hari ini kita ada pelajar baru. Song Joong Ki sila masuk dan perkenalkan diri anda,"

Joong Ki POV
"Hai, nama saya Song Joong Ki. Korang boleh panggil saya Joong Ki. Saya tinggal di Taman Pelangi Muhibah." kataku sambil tersenyum. "Kamu boleh duduk di sebelah Ji Hyo. Ji Hyo, angkat tangan kamu," arah Puan Kim.

Seorang budak perempuan yang memakai cap mengangkat tangannya. 'Mungkin dia tunang aku' bisikku dalam hati. Aku pun berjalan kearah budak perempuan itu lalu duduk di sebelahnya. "Sila keluarkan buku Matematik kamu dan buka muka surat 18," arah Puan Kim.

No one POV
Waktu rehat

"Jom blah ke kantin," kata Ji Hyo kepada ahli gengnya. "Jom blah," jawab ahli geng Ji Hyo. Mereka pun pergi ke kantin...

"Hai nama saya Sehun, Oh Sehun" kata Sehun kepada Joong Ki. "Hai, Sehun.." balas Joong Ki. "Saya pula Tao," "Saya D.O," "Saya Kai," "Kris," "I am Luhan," "Chen," "Saya Xiumin," "Suho," "Lay" "Saya Baekhyun" "Saya pulak Chanyeol,"

"Oh, hai.. Saya Joong Ki" balas Joong Ki. "Jom dengan kami makan sambil borak..." ajak Lay. "Okey.." balas Joong Ki

Di kantin

"Kamu nak makan apa? Saya belanja." tanya Luhan kepada Joong Ki. "Nasi goreng ikan masin dan air milo peng, thank you" jawab Joong Ki. "Aku kau tak belanja, Luhan?" tanya Sehun. " Nanti aku belanja bubble tea, okey?" tanya Luhan. "Yess!!" jerit Sehun. Luhan ketawa kecil lalu pergi ke kaunter.

Raja gangsterWhere stories live. Discover now