4.milik hayder lukman*⁠.⁠✧

509 25 1
                                    

pagi itu farisyah tak turun kerja kerana kepala nya tiba-tiba berdenyut sakit,sempat juga dia telefon Izara yang dia tak dapat datang kerja.. nasib saja Izara memahami nya dan menyuruh nya saja untuk cuti dua hari dulu..

matahari yang terang menyilau terpancar di wajah farisyah, lekas dia bangun ingin menutup curtain tersebut.
namun baru dua langkah dia berjalan kepala nya tiba-tiba sakit kembali..
sungguh kali ini sakit nya bukan sakit seperti biasa, dahi nya berkerut menahan kesakitan yang menyiksa diri nya.. dengan tubuh yang lemas dia mula berjalan kembali ke atas katil tersebut. tak mampu untuk melihat cahaya matahari yang menyilau tersebut dia menyelimuti tubuh nya dan kepala nya..

telefon nya berdering banyak kali dia biarkan saja, tak mahu bergerak sedikit mengangkat kepalanya kerana terlalu sakit.

satu jam telah berlalu farisyah masih dalam keadaan sama, kepala nya masih sakit.Tekak nya terasa kering, panas badan nya juga semakin menaik..

tiba-tiba dia terdengar bunyi kereta terpaking di depan rumah nya, baru sahaja dia mahu bangun tubuh nya terhempas kembali.. sungguh dia tak dapat menahan sakit itu. mahu saja dia dia menumbuk kepala nya

Izara yang tiba di perkarangan rumah farisyah terus melaju keluar dari perut kereta milik nya. lantas dia berjalan naik menuju ke arah bilik farisyah..
farisyah yang masih baring itu jelas mendengar hentakan kaki yang semakin laju berjalan menuju ke bilik nya.

Izara terus memulas tombol pintu bilik tersebut, sungguh betapa terkejutnya dia melihat farisyah yang terbaring lemah di atas katil itu. tanpa menunggu lama dia langsung berlari ke arah farisyah yang masih menahan kesakitan itu..

"ya Allah.. liya kau tak apa-apa ke?kau demam ni" risau Izara di buat nya.

nasib sahaja Izara tahu yang farisyah tidak sihat waktu itu. dia terus-terusan menelefon nombor farisyah namun tidak di jawabnya, terlalu risau akan keadaan kawan baik nya itu, Izara terus melaju memandu kereta nya ke rumah farisyah..

"Zara, tolong aku.kepala aku sakit sangat" pinta farisyah pada Izara sambil mengurut kepala nya

"oke-oke kita siap-siap jom aku hantar kau pergi hospital. kau boleh jalan lagi tak?" ucap Izara sambil menarik farisyah perlahan

farisyah memaksakan tubuh nya untuk bergerak.kaki nya sedikit bergetar hampir saja dia jatuh pengsan, mujur Izara ada dan membantu nya mengimbang tubuh kecil nya

dengan perlahan kaki nya melangkah menuruni tangga dengan bantuan Izara. pintu kereta milik Izara di buka kemudian dia membantu tubuh farisyah masuk ke dalam kereta. setelah selesai dia meletakkan farisyah di tempat duduk penumpang dia terus melaju memandu pergi hospital

~Milik Hayder Lukman ~

sampai sahaja mereka di hospital, dengan cepat Izara memarking kereta nya. tak peduli lagi dengan orang lain dia terus meminta pertolongan kepada nurse yang berada di sana

"cik.. tolong kawan saya dia tak boleh nak bergerak, tolong selamatkan dia" pinta Izara

dengan pantas tubuh farisyah di angkat dan di letakkan di atas katil hospital itu..

setelah dua jam menunggu keputusan doktor. akhir nya doktor yang mengurus farisyah itu keluar dari bilik rawatan tersebut... Izara yang melihat Doktor tersebut lantas dia bangun dan terus bertanya kepada Doktor itu

"Doktor.. macam mana dengan keadaan farisyah?" tanya Izara risau, jelas kedengaran suara nya bergetar

"cik ni siapa? cik keluarga puan farisyah ke?" tanya doktor itu

"saya kawan farisyah saya yang tolong hantarkan dia tadi"

"saya Doktor Bella, isnyaallah puan farisyah baik-baik sahaja cik jangan risau. tapi puan farisyah terpaksa di tahan dekat hospital untuk rawatan lanjut" ucap doktor tersebut dengan teliti menjelaskan kepada Izara

Izara yang mendengar jawapan Doktor tersebut menghembus nafas lega, nasib tiada apa-apa terjadi pada sahabat nya itu.. kalau dia tak datang tadi entah apa jadi dengan farisyah

"boleh saya masuk?" tanya Izara

"cik dah bole masuk sekarang.kalau ada apa-apa just panggil je nurse kat sini" ujar Doktor Bella

"oke lah kalau macam tu Doktor Bella, terima kasih atas kerjasama nya" ucap Izara sambil senyum lega..

"sama-sama, saya pergi dulu ye..." ujar Doktor Bella kemudian berlalu pergi dari situ

~ Milik Hayder Lukman~

Izara memulas perlahan tombol pintu bilik hospital dengan hati-hati takut mengganggu temannya itu berehat, masuk saja dia di dalam terus melihat tubuh farisyah yang terbaring lemah di atas katil tersebut. terbit rasa kesian di hati Izara saat melihat temannya berbaring di atas katil tersebut yang di penuhi dengan wayar dan jarum yang di tusuk di tangan nya...

tolong vote dan comment guys 🥰

𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐡𝐚𝐲𝐝𝐞𝐫 𝐥𝐮𝐤𝐦𝐚𝐧 Ⓖ︎Where stories live. Discover now