5.milik hayder lukman*⁠.⁠✧

523 23 1
                                    

farisyah yang terbangun akibat terganggu dengan satu gerakan di tangan kiri nya terus membuka mata dengan perlahan.

wajah yang pertama kali dia lihat adalah muka sahabat nya Izara, sempat izara memberikan senyuman pada farisyah yang masih lemah terbaring itu. Izara membantu melap tubuh farisyah dengan tuala basah dan di sapu-sapu di bahagian tangan farisyah, sudah tiga hari farisyah di tahan dekat hospital sejak kejadian tiga hari lepas...

"kau nak makan ke?" soal Izara sambil membantu farisyah bangun duduk bersandar di kepala katil tersebut

"aku nak makan. tapi, aku tk nak makan bubur" balas farisyah

"habis tu kau nak makan apa?" soal Izara pada farisyah

"aku nak makan makanan yang pedas" jawab farisyah dengan suara yang lemah

"mana boleh, doktor cakap kau tak boleh lagi makan yang pedas-pedas. nanti kalau kau dah sembuh baru lah kau boleh makan apa je yang kau suka!" jelas Izara tegas dan terus mengambil bubur yang terletak di meja tidak jauh dari sebelah katil itu .. farisyah yang masih lemah itu hanya menurut sahaja, malas dia mahu membantah... kalau Izara sudah yang bercakap memang sampai ke sudah dia tak makan-makan

~ Milik Hayder Lukman~

telefon yang terletak atas meja bersebelahan dengan katil yang di baring farisyah di ambil nya, dia melihat jam di telefon menunjukkan sudah jam dua petang..

lama dia melihat telefon nya itu, lantas dia letakkan balik telefon nya dan terus merenung ke arah jendela. mata nya kelihatan layu...,

merasa bosan di dalam bilik hospital tersebut, akhirnya dia memutuskan untuk berjalan-jalan sahaja di area kawasan hospital itu.. sambil mencari teman untuk bercerita

kaki nya perlahan menurun katil yang tidak seberapa rendah itu.. susah dia ingin mengimbang badan nya kerana terasa lemas, namun dia kuat kan saja diri nya untuk berjalan daripada terus berperap terkurung di bilik yang membosankan itu.. tombol pintu di tarik nya mata menyiar-nyiar melihat ruang sekeliling hospital tersebut. dapat dia lihat pesakit dan juga para tetamu penjaga di ruang tersebut

kaki nya terus bergerak sambil melihat-lihat sekeliling, sudah tiga puluh minit dia berjalan berkeliling di area hospital tersebut. akhir nya dia kepenatan.. semenjak farisyah sakit ni tubuh nya cepat sekali kepenatan, walaupun dia berjalan sebentar sahaja

tempat duduk panjang yang terletak di hadapan pintu masuk hospital itu di duduki nya.... lega rasanya dapat berehat setelah berjalan-jalan di kawasan hospital tersebut.


------------------

sedang seronok farisyah bermain telefon nya.Tiba-tiba seorang wanita tua separuh abad datang mendekati Farisyah menyapa farisyah.

"asalamualaikum.. liya" ucap wanita tua itu memberi salam. farisyah yang sedar akan nama nya di panggil itu mendongakkan kepala nya ke atas dan menoleh ke arah wanita tersebut

"walaikumsalam ye saya?.."

"kamu ni farisyah kan?.. anak pada arwah puan Rozita" lembut saja wanita tua itu berkata

"ya.. saya anak dia. aunty kenal dengan ibu saya?" soal farisyah

"mesti lah kenal, dia tu kawan rapat aunty dulu sejak kami zaman sekolah lagi"

"oh.. yeke" terus lebar senyuman farisyah tatkala dia mengetahui wanita tua tersebut adalah teman baik ibu nya

"boleh aunty duduk?" soal wanita itu

"boleh..aunty duduk lah" ucap farisyah sambil mengundur kan tubuhnya ke belakang dan menepuk-nepuk sebelah duduk nya yang kosong itu. lantas wanita tua tersebut meletakkan punggungnya dan duduk di sebelah farisyah.

"liya.. buat apa kat sini?" soal wanita tua itu

"saja je aunty nak jalan-jalan, bosan betul asyik berkurung dalam bilik "
balas nya

"nama aunty siapa?" tanya farisyah

"oh..nama aunty Datin Rosmah.. orang selalu panggil aunty Datin,.. tapi kalau isyah nak panggil aunty pun takpe" balas Datin Rosmah tersenyum. farisyah hanya meng'O' kan sahaja tanda faham dengan jawapan Datin Rosmah

lama mereka diam, dan akhirnya Datin Rosmah tiba-tiba bersuara yang memecahkan kesunyian di antara mereka berdua

"liya.." panggil Datin Rosmah

"ye Datin?" jawab nya lagi, kali ini farisyah memanggil nya Datin sahaja

"liya.. aunty nak mintak maaf sangat-sangat sebab tak datang masa pengebumian orang tuah farisyah, aunty pun tak tahu lagi masa tu.dah sebulan semenjak orang tuah isyah meninggal baru lah aunty dapat tahu khabar tersebut " jawab wanita tu itu.. sungguh dia juga terasa sedih baru saja dia ingin membawa ibu farisyah pergi meluang kan masa, tiba-tiba dapat berita yang menyedihkan.. dia turut bersimpati kepada farisyah

"tak apa,... bukan salah Datin. lagi pun masa tu Datin belum tahu lagi kan .. " lembut saja nada suara farisyah menjawab soalan wanita tua itu..

"tapi siapa yang bagi tau Datin?" soal farisyah ingin kepastian

"abang farisyah, zayen.." jawab Datin Rosmah. ya, memang zayen saja yang tahu kalau ibu nya ada kawan rapat sejak kecil.. cuma nya di sebabkan mereka pindah, akhirnya lama puan Rozita dan Datin Rosmah tidak bertemu

"aunty sempat telefon dia masa tu, tanya khabar kamu sekeluarga.. terus zayen bagi tau lah yang orang tua korang dah meninggal " air mata Datin Rosmah mula bergenang di kelopak mata nya, namun dengan lekas di lap nya.. entah kenapa setiap kali dia melihat wajah sayu farisyah dapat dia rasakan kesedihan di wajah wanita muda itu..

"oh.." jawab farisyah ringkas

"arwah.. ibu ayah kamu dulu baik sangat-sangat, dulu masa aunty susah dia lah yang selalu tolong aunty" luah Datin Rosmah.. dia menceritakan semua sisi baik ibu farisyah kepada nya, farisyah yang khusyuk mendengar turut sama menangis apabila teringatkan arwah ibu nya ..



TOLONG VOTE DAN COMMENT YA GUYS 💗

𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐡𝐚𝐲𝐝𝐞𝐫 𝐥𝐮𝐤𝐦𝐚𝐧 Ⓖ︎Where stories live. Discover now