empat bulan kemudian
Sliding door di buka perlahan dari dalam.kaki melangkah perlahan keluar ke arah balkoni
mata cantik farisyah merenung langit yang gelap gelita di hiasi bintang itu. dia melepaskan satu keluhan lembut, semenjak kejadian empat bulan lepas. Farisyah lebih gemar berkurung di dalam biliknya
dia akan keluar dari bilik jika ada penting saja.
Walau bagaimanapun pun. Hayder sudah meminta maaf kepadanya atas apa yang terjadi empat bukan lepas
farisyah juga sudah memaafkan Hayder. Dan semenjak itu hubungan mereka semakin membaik.
Hayder lebih gemar datang menjenguk di rumah Zayen dan membawa hadiah mahal untuk farisyah
namun tanpa Farisyah sedari di balik semua itu, Hayder sebenarnya hanya mahu melihat wajah Farisyah dan melihat keadaannya
perlahan punggungnya di labuhkan di atas kerusi depan sliding door balkoni biliknya nya. kaki di naikkan ke atas duduk bersila
angin lembut menampar pipi mulus farisyah
walaupun jiwanya masih berada di situ tetapi fikirannya melayang entah ke mana.
🥀🥀🥀🥀🥀
bunyi ketukan pintu menyapa gegendang telinga farisyah dan mengganggu tidur lenanya.
mata perlahan-lahan terbuka apabila mendengar ketukan pintu yang kuat dari luar biliknya. lantas dia bangun dari baringan dan mengambil tudung shawl nya yang terletak di atas kerusi meja soleknya..
dengan cepat dia membuka pintu untuk melihat gerangan siapa yang mengetuk pintu biliknya malam-malam begini.
terbuka saja luas pintu biliknya, terpapar lah wajah kacak Zayen yang sedang berdiri di depan pintu bilik Farisyah dengan memakai jaket hitam serta seluar jeans warna biru..
Dahi farisyah sedikit berkerut
"abang nak pergi mana?"
soal farisyah sambil menggosok-gosok kelopak matanya yang masih terasa mengantuk"liya boleh temankan abang tak?"
"nak pergi mana pulak malam-malam ni bang. liya ngantuk lah.."
rungut farisyah sambil merengek. dah kenapa dengan zayen ni tiba-tiba ajak keluar tengah malam ni!"alah.. ikut je la, it's secret"
balas zayen lembut.tanpa memberikan Farisyah jawapan tangan mulus adiknya di tarik. farisyah sedikit terkejut dengan tindakan abang nya itu. malas mahu protes dia hanya mengikuti saja abangnya
Zayen membukakan pintu kereta penumpang untuk Farisyah masuk. Farisyah hanya akur dan masuk ke dalam kereta Audi warna hitam milik abangnya
Zayen dengan lekas masuk ke dalam kereta dan mula menghidupkan enjin kereta.
kereta Audi hitam milik Zayen mula bergerak keluar dari perkarangan rumahnya selesai saja dia memanaskan enjin keretanya.
farisyah yang dari tadi kehairanan dengan tindakan Zayen itu kini tertidur pulas di dalam kereta akibat terlalu mengantuk
sementara Zayen memandu entah kemana arahnya.
sesekali kepala Zayen menoleh ke arah adik perempuannya yang sedang tidur pulas itu. senyuman terbit di bibirnya..
🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀
YOU ARE READING
𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐡𝐚𝐲𝐝𝐞𝐫 𝐥𝐮𝐤𝐦𝐚𝐧 Ⓖ︎
Spiritual➝karya pertama yang mengandungi banyak kesalahan stand alone✧彡 Nur farisyah aliya, seorang gadis berusia 19 tahun yang memiliki paras rupa cantik.Dia telah koma selama dua bulan selepas saja insiden yang menimpanya. setelah dua bulan dia sedar dari...